BAB10

2.7K 85 0
                                    

Zyra memulas tombol pintu perlahan. Kelihatan susuk tubuh Aizat sedang duduk berteleku sambil tangannya memanjatkan doa . Usai sahaja mengerjakan solat Isyak , dia mengalihkan pandangannya ke arah Zyra yang mencari pakaian untuk disalin.

     "Cuti lagi ke ?" soal Aizat sambil melipat sejadah lalu disidainya kemas di rak penyidai telekung dan sejadah.

Bahu Zyra terhenjut sedikit gara-gara teguran Aizat.

    "Hah ? Eh taklah ! Awak ingat saya cuti sebulan 10 kali ke ?" Zyra mendengus kasar.

Aizat menggaru lehernya.

   "Err , kau mandi lah dulu , aku nak sembang dengan adik beradik dulu." ujar Aizat sedikit kekok.

Zyra hanya mengangguk. Fuh , lebih bagus sekiranya dia tidak berada di dalam kamar ini di waktu waktu genting seperti ini.

Baru sahaja dia berura ura hendak ke bilik air , kedengaran bunyi telefon bimbit milik suaminya berbunyi menandakan ada panggilan.

Zyra segera mencapai telefon tersebut . Dilihatnya nama yang terpapar di skrin iphone X tersebut.

                     "sayang❤"

Berderau darah Zyra saat terpandang nama yang terpapar di skrin itu.

Huh ! Kalau dah nama lelaki tu , sama je semua !

                          ****

Zyra yang berbaring di atas katil menarik gebarnya sehingga ke paras dada. Kedengaran pintu bilik terkuak. Zyra tidak meghiraukannya . Malas nak ambil tahu.

    "Are you sleeping Zyra?" soal Aizat perlahan.

Melihat tiada respond daripada Zyra , Aizat menambah lagi.
  
   "Err , can I sleep besides you if you don't mind ? Don't get me wrong, aku tak boleh tidur dekat bawah or sofa , nanti kang esok pagi pinggang aku sakit." terang Aizat.

Melihat tubuh Zyra masih kaku , Aizat mengeluh perlahan.

Haih terpaksa lah aku sakit badan seharian esok ni. Rungutnya sambil mengambil bantal dan selimut dari dalam almari.

Akhirnya ego Zyra jatuh lagi gara-gara jejaka ini. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Aizat seraya berkata ,

   "Hish ! Awak tidur jelah dengan saya dekat atas niha ! Bukan haram pun !"

Aizat mengalihkan pandangannya ke arah Zyra lalu dia tersenyum nipis.

   "Risau jugak eh kau dekat aku" ujarnya perlahan namun masih boleh didengari oleh Zyra.,

"Shut up." gerutu Zyra perlahan.

Aizat tergelak kecil. Mereka akhirnya hanyut dibuai mimpi.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now