BAB16

2.6K 93 1
                                    

Aizat termenung di sebuah kafe . Siapa wanita itu ? Kenapa wajahnya saling tak tumpah seperti Zyra ?

Aizat mencapai iPhone nya lalu mendail nombor telefon Zyra.

"Hello." kedengaran suara Zyra dicorong telefon.

"Kau dekat mana sekarang ni ?" soal Aizat inginkan kepastian.

"Dekat kampus lah . Kenapa?"

Aizat bertambah pelik.

"Hm. Takde apa. Kejap lagi aku ambil kau." ujar Aizat lalu memutuskankan panggilan.

****

Zyra merenung lama iPhone nya itu.

Aik , dah kenapa dengan mamat tu ? Mabuk ketum ke apa ? gumamnya.

"Siapa call kau ?" soal Mira sambil mengacau air milo ais yang dipesannya tadi.

"Aizat." jawab Zyra sepatah lalu memasukkan semula telefon bimbitnya ke dalam beg tangan.

Mira hanya mengangguk faham.

Tiba-tiba seorang lelaki menarik kerusi dan duduk bersebelahan Zyra dan seorang lagi duduk bersebelahan Mira.

"Yow wassup." ujar lelaki yang berkemeja hitam itu.

Mira dan Zyra hanya menggeleng.

"Yow waalaikumussalam." perli Zyra.

Mira sudah ketawa terbahak-bahak.

Hariz menarik muncung.

"Ceh , perli."

"Tulah kau . Kau ingat ni New York?" ujar Erhan.

Zyra tersenyum menang.

"Ni korang dah kenapa nak lepak setable ni ? Mana sahabat dunia akhirat korang tu?" perli Mira pula.

"Siapa ?" soal Hariz dan Erhan serentak .

"Rayyan." jawab Mira sepatah.

Hariz menggeleng.

"Puih. Itu bukan sahabat." jawab Erhan.

"Then?" soal Zyra pula.

"Itu musibat." jawab Hariz pula dengan selambanya.

Erhan, Mira dan Zyra hanya ketawa mengekek.

"By the way , hari ini korang free tak ? Jom lah lepak gi tengok wayang !" ajak Hariz dengan terujanya.

"Ha ah. Jomlah ! Before final exam. Kasi chance lah dekat otak aku nak dapatkan oksigen." sokong Erhan.

Mira sudah menangguk laju tanda setuju. Dia pun sudah lama tidak keluar daripada rumah. Bosan lah jugak.

Zyra terdiam sejenak.

"Hm guys , sorry lah , aku rasa aku tak boleh join korang." katanya perlahan.

Hariz dan Mira saling berpandangan antara satu sama lain.

"Why do? Selalunya kau on je ." tanya Erhan pelik.

Zyra hanya mengeluh.

"Suami aku dah on the way nak datang ambil aku." jawabnya perlahan.

Erhan , Mira dan Hariz masing-masing mengangguk faham. Mengerti akan keadaan Zyra sekarang. Mereka juga terlupa bahawa Zyra bukan lagi hidup bujang. Dia sudah ada kewajipannya.

"Hm kalau macam tu , tak pe lah. Next time ? Or maybe you can ask your husband to join us as well too?" cadang Hariz.

Mira dan Erhan mengagguk setuju.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now