BAB52

2.2K 68 6
                                    

"Asal kau diam je ni daripada tadi ?" soal Amirah sambil berjalan beriringan dengan Zyra di tepi pantai. Air laut yang berombak sesekali menghempas kaki mereka. Pasir yang sejuk dan halus menjadi alas kaki.

Zyra mengeluh.

"Tadi aku jumpa Aizat.." beritahunya.

Serentak dengan itu Amirah memandang tepat ke arah Zyra.

"Seriously ?! Bila ?!"

Zyra angguk.

"Tadi masa aku pergi kedai beli air tulah. Itu yang aku lambat sikit. Anak dia terlanggar aku." ujar Zyra.

Dahi Amirah semakin berkerut.

"Aik jap. Haritu masa dekat hospital , kan mama kau cakap dia kahwin lain masa dua minggu lepas dia pujuk kau. Bukannya masa tiga tahun lepas. So maknanya... Lepas arwah Imran meninggal lah dia kahwin kan ?" soal Amirah.

Zyra mengangguk.

"Asal ?"

Amira mengurut dagunya perlahan-lahan.

"Tapi... Asal anak dia dah besar panjang ? Aik jap. So kiranya dia kahwin dengan perempuan tu tak sampai sebulanlah kan ?!" soal Amirah separuh tidak percaya.

Zyra turut terdiam. Mereka berdua berhenti berjalan. Berpandangan antara satu sama lain. Zyra memikirkan soal itu.

"Oh. Maybe dia kahwin dengan janda anak satu kot ?" teka Zyra.

Akhirnya Amirah mengangguk setuju.

"Ha ah lah kan ! Betul jugak tu !"

Zyra terdiam sejenak.

"Tapikan , dalam banyak-banyak perempuan , dengan janda anak satu jugaklah yang dia nikah pun kan ? Pelik betul aku." Amirah mengutarakan pendapatnya.

Sebenarnya Zyra juga pelik dengan keputusan suaminya itu.

"Kau rasa dia datang sini dengan anak dia buat apa ?" soal Amirah ingin tahu.

"Tah. Honeymoon dengan bini dia lah kot." walaupun sakit mengucapkan ayat itu , Zyra harus terima hakikat.

"Betul jugak tu... Hm.. Macam manalah kau nak hadap dia lepasni ?" ujar Amirah sedikit risau.

Zyra tersenyum hambar.

"Sebelum balik China nanti , aku failkan cerai dekat dia."

Amirah terkejut beruk.

"Kau biar betul Zyra ?!"

Zyra hanya angguk.

"Kau dah fikir masak-masak ?"

Angguk lagi.

"Dia dah ada keluarga dah pun. Aku tak nak jadi pengganggu hubungan dan kebahagiaan dia. Lagipun , aku tak layak jadi isteri dia. Dan aku tak sanggup hidup bermadu. If you know what I mean." jawab Zyra.

Amirah terdiam.

Ada betulnya juga kata-kata sahabatnya itu. Kalau dia berada di tempat Zyra sekalipun , dia tidak sanggup hidup bermadu kasih. Lebih baik mengundurkan diri daripada menyeksakan diri.

"Kau sabar eh beb ? Aku , Erhan , Hariz , kitorang semua ada dengan kau. Kau kena kuat." Amirah memaut bahu Zyra. Cuba untuk memberikan kekuatan untuk rakan baiknya.

Zyra hanya mampu tersenyum lemah.

****
Memandangkan resort yang disewa oleh mereka berdekatan dengan pantai Chenang , jadi Amirah dan Zyra hanya berjalan kaki ke sana. Sudah masuk hari kedua mereka berada di Langkawi. Zyra mahu menghabiskan masanya lagi dua hari disini. Jadi empat hari tiga malamlah mereka berdua bercuti di Langkawi.

My Mr Annoying !حيث تعيش القصص. اكتشف الآن