BAB42

2.2K 52 12
                                    

"Eh Aireen ! Masuk lah !" pelawa Datin Airina dengan senang hati.

Aireena tersenyum melihat wajah senang wanita itu. Dia menanggalkan kasut tumit tingginya itu lalu mula melangkah masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja memasuki rumah , lantas dia menggapai tangan tua itu lalu disalaminya.

"Aunty sihat?" soal Aireena dengan wajah yang ceria.

"Alhamdulillah... Sihat je.. Aireen sihat tak ?" balas Datin Airina dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.

Sudah beberapa hari Aireen tidak menjenguknya. Sejak pemergian Zyra , Aireen lah yang sering datang ke rumahnya untuk berbual dan bercerita walaupun khidmatnya sebagai setiausaha Aizat sudah lama tamat. Kononnya supaya Datin Airina tidak kesunyian. Kadang-kadang dia dan Datin Airina memasak bersama-sama persis semasa Zyra berada dirumah itu.

"Aireen pun sihat je alhamdulillah... Ni aunty makan tak lagi ? Aireen ada bawakan kek dengan dessert niha." ujar Aireen sambil menunjukkan plastik yang berisi kotak makanan.

Datin Airina tersenyum senang.

"Belum lagi.. Takpe kejap lagi kita makan petang sekali. Eh ! Apa berdiri je dekat sini ! Jom duduk dulu ,kita borak-borak lepastu solat Asar sekali. Ha...lepas solat Asar baru kita makan. Boleh ?" cadang Datin Airina.

Aireen mengangguk laju sambil tersenyum manis.

****
Aizat melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya. Dia yang baru sahaja pulang daripada berjumpa dengan Imran , terpaksa singgah ke rumah ibu bapanya sebentar kerana ingin mengambil beberapa fail yang diperlukan untuk projeknya di Chenang.

Dia melangkah masuk ke ruang tamu namun tiada sesiapa di situ. Kemudian dia terdengar suara orang berbual dari arah dapur. Dia segera menyusun langkahnya ke arah dapur untuk mencari kelibat ibunya.

"Assalamulaikum." ucap Aizat dari arah belakang meja makan.

Serentak dengan itu dua kepala beralih ke arahnya.

"Eh eh... Aizat ! Kenapa balik tak kasi tahu ? Meh sini meh !" Datin Airina sedikit terkejut dengan kedatangan Aizat yang tiba-tiba. Maklumlah , sejak perbalahan mereka berdua tempoh hari , Aizat dilihatnya sering mengelak daripada bertemu dengannya. Malah hujung minggu pun anak lelakinya itu tidak pulang menjenguknya.

Aizat hanya menayang senyum hambar. Matanya sempat menangkap susuk tubuh Aireen.

Aireen tersenyum melihat Aizat.

"Er takpe lah ma. Zat singgah kejap je. Nak ambil fail projek." Aizat menolak pelawaan ibunya.

Pertama , kerana dia memang tidak betah berada disitu lama-lama. Kedua , kehadiran Aireen benar-benar tidak menyenangkan.

"Lah... Encik Aizat duduklah makan sekali... Banyak tau saya beli ." ujar Aireen dengan mimik muka meminta simpati.

"Betul tu Aizat ! Banyak ni Aireen beli . Jomlah makan sekali !" Datin Airina masih berusaha memujuk anak lelaki nya itu.

"Ada aku suruh kau beli kan ke ? " soal Aizat dingin.

Aireen tersentak.

"Kurang asam punya jantan !" detik hatinya.

Mata Datin Airina membuntang besar.

"Aizat ! Kenapa cakap macam tu dekat Aireen ?!" marah Datin Airina geram.

Aizat melepaskan keluhan.

"Macam ni lah ma , Aizat busy. Banyak kerja nak kena buat. Aizat naik atas dulu." balas Aizat lalu segera menghayunkan langkahnya.

Aireen hanya mengetap bibir.

Datin Airina menggeleng melihat perangai anak terunanya itu.

"Aireen jangan ambik hati lah dengan si Aizat tu. Dia memang macam tu. Maybe dia stress sebab kerja kot." ujar Datin Airina cuba untuk menyedapkan hati Aireen.

Aireen hanya menayang senyum plastik.

"Eh takpe. Aireen tak terasa pun. Betul lah tu. Maybe Encik Aizat stress tu. Biasalah kan ?" balas Aireen.

Datin Airina tersenyum lega.

Baginya Aireen itu jauh lebih bagus dan baik daripada menantunya Zyra. Malah daripada segi rupa paras mereka , tiada bezanya. Kedua-duanya sama cantik. Tapi entah kenapa si Aizat itu masih memilih untuk setia menunggu isterinya itu. Sedangkan Aireen sudah jauh mencukupi.

****
"Encik ! Encik Aizat !" panggil Aireen tergopoh-gopoh.

Aizat hanya menghiraukan panggilannya. Dia terus memakai kasut dan berjalan menuju ke arah kereta Audi miliknya.

Belum sempat dia membuka pintu kereta , tangan Aireen terlebih dahulu menahan.

"Kejap !" tahannya.

Aizat menarik nafas supaya bersabar. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar lalu dipandangnya Aireen dengan wajah tidak senang.

"Kau nak apa ni ?" soalnya dingin.

"Nothing." balas Aireen sambil menayang senyum nipis.

"Kau ingat aku ada masa nak main-main dengan kau ? Hah?" suaranya sudah mula mengeras.

Sudah lah dia sibuk , eh datang pula si perempuan tak betul ni.

Aireen tergelak sinis melihat wajah merah padam Aizat.

"Chill lah ! Cuma... Saya nak cakap... Soon or later , you'll be mine and I won't never let Zyra go back to you." ujarnya dengan suara yang sinis.

Aizat tergelak kecil.

"Are you kidding me ? Sorry but I'm not interested. You're not my type after all." perli Aizat sinis.

Aireen hanya tayang sengih.

"Oh ! Maybe sebab muka I macam isteri Encik Aizat kan ? Eh jap . Isteri ? Oh ! Zyra kan ? Zyra isteri Encik yang dah lupa suami dia tu kan?? Oh... Kesiann suami dia hm... Entah entah dia dekat sana tengah berfoya-foya dengan laki kan ? Oops !" Aireen menutup mulutnya dengan gaya gedik.

Aizat menggenggam jari jemarinya. Rahangnya diketap sekuat mungkin.

"Kau jangan berani cakap buruk-buruk pasal bini aku. This is my last warning ! Tangan aku ni tak naik dekat muka kau , bukan sebab aku takut kena cop dayus , tapi sebab muka kau ingatkan aku pada Zyra je aku tak sanggup nak tampar ! Kalau tak kerana muka korang sama , aku tak heranlah setakat nak lempang muka kau ni ! Aku nak kau jauhkan diri daripada mama aku ,keluarga aku ! Aku tak suka. Kalau boleh , aku nak kau berhambus daripada sini. Kau semak kau tau tak semak ?" Aizat menghamburkan kata-katanya lalu menolak kasar tubuh Aireen yang menahan pintu keretanya.

Aizat segera menghidupkan enjin keretanya lalu membelah jalan.

Aireen mengetap bibirnya menahan geram yang amat .

"Kau main main dengan aku Aizat ?... Kau belum kenal aku siapa. Tak kau , family kau semua aku bunuh ! Dasar sialan!"

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now