BAB 41

2.2K 73 0
                                    

Aizat mengeluh mendengar bait bait perkataan mama nya sebentar tadi.

"Mama tak kira. Kalau Zyra tak balik jugak ke Malaysia dalam masa sebulan , Aizat kahwin dengan Aireen ! Apa dia dah tak ingat ke tanggungjawab dia sebagai isteri orang ?" marah Datin Airina.

Bukan apa , dia hanya kasihan melihat Aizat seperti hilang arah dan tujuan. Ada isteri pun tak boleh di harapkan. Huh.

Aizat meraup kasar wajahnya.

"Macam ni lah ma , Aizat dah besar. Aizat tahu apa yang baik untuk Aizat. Mama janganlah risau okey ?"

Bunyi kerusi ditarik menarik perhatiannya. Dia mengalihkan pandangan.

Dato' Fuad tersenyum nipis melihat wajah anak terunanya itu yang sedikit serabut. Dia tahu apa yang bermain difikiran anak lelakinya.

"Aizat fikirkan apa tu ?" soal Dato' Fuad sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di bangku bersebelahan Aizat.

Aizat hanya mengukir senyum paksa.

Kepala digelengnya.

"Nothing. Saja ambik angin , tengok awan..." balasnya sambil matanya meliar memerhati ciptaan Illahi.

Dato' Fuad tergelak kecil.

Bukannya dia tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh anak muda itu.

"How was your work ? Berjalan lancar ?" Dato Fuad memulakan bicaranya.

Aizat mengangguk sedikit.

"Okey je pa. Everything went well , alhamdulillah."

Dato Fuad terangguk-angguk tanda memgerti.

"Aizat, you know what ?"

Aizat mengjongketkan keningnya tanda ingin tahu.

"You're a good businessman. Aizat hebat dalam selok belok perniagaan , dalam urusan pejabat dan juga hebat dalam mengatur strategi. Plus , you're also a very good son to me and your mom. You know that?" puji Dato Fuad ikhlas.

Aizat tergelak kecil.

"Aik ? Kenapa tiba-tiba je ni papa puji Zat ? Ada apa-apa ke yang papa cuba nak sampaikan?" soal Aizat ingin tahu.

Dato Fuad tersenyum.

"Papa tahu apa yang sedang bermain di fikiran Aizat. I know it all."

Aizat menayang wajah tidak faham.

"Zat fikirkan soal isteri kamu dan rumah tangga Zat kan ?" tebak Dato Fuad.

Aizat terpempan.

"Ha ? Eh. Tak.. Takde lah ! Pandai pandai je papa ni. Ma.. Mana ada fikir pun.." Aizat menidakkan.

"Zat tak payah nak tipu papa lah. Papa tau dan papa faham. Zat rindukan Zyra bukan ?" duga Dato Fuad lagi.

Akhirnya Aizat terdiam. Dia duduk tersandar.

Sungguh , pada ketika ini , beban yang berada di bahunya tidak pernah hilang. Dia serabut memikirkan hal itu.

"Entah lah pa... Aizat pun tak pasti apa yang Aizat rasa sekarang ni. Tapi... Apa yang Aizat tahu , Aizat tak boleh hidup tanpa Zyra. Itu je." ujar Aizat dengan suara yang amat berat.

Dato Fuad mengangguk faham.

"Aizat , kamu dengar sini apa yang papa nak cakapkan. Begini , Aizat memang hebat dalam perniagaan , hebat sebagai anak. Tapi , Zat yakin ke yang Zat dah jadi seorang suami yang hebat ? Zat kena ingat. Sehebat mana pun Zat sebagai seorang lelaki , tapi kalau Zat takmampup jaga hati dan perasaan isteri Zat , Zat bukanlah siapa siapa. Wanita itu sangat penting bagi seseorang lelaki. Wanita itu tulang rusuk kita Zat. Sebab itulah , bila isteri Zat menghilang , kehidupan dan diri Zat tak terurus. Sebab Zat hilang punca kekuatan Zat. Percayalah , sekuat mana pun Zat , sehebat mana pun Zat , tapi kalau Zat sudah hilang seorang wanita yang amat Zat cintai , Zat akan menjadi manusia yang lemah." ujar Dato Fuad panjang lebar.

Aizat terdiam seribu bahasa.

"Maksud papa ?" soalnya meminta penjelasan.

"Pergi cari punca kekuatan Aizat. Cari isteri Zat , Zyra. Pujuk dia kembali kepada Zat. Ketepikan ego. Masa depan rumah tangga Zat sekarang ni ada pada Zat. Sama ada Zat nak selamatkan atau tak , itu pilihan Zat. Papa cakap je sebagai seorang ayah. Papa harap , Zat tak salah dalam membuat keputusan. Kalau tak , Zat yang akan menyesal." tambah Dato Fuad lagi.

Aizat terdiam. Otak memikirkan sesuatu.

***********************

Hii ! 🙌 sorry sangat sangat sebab lambat update new chapter ! 😭 act , taklah busy sgt pun. Cuma yalah. Kadang bia nak update , rasa malas. Bila rajin , idea pulak takdak haihla 😪

Oh yeahhh btw ! My story has surpassed 1.22k readers omaigod ! thank you soo much guys for your support ! I do really appreciate that and i love you sm !!!! Thank you ! ❤🌻

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now