BAB50

2.4K 52 4
                                    

Amirah memasukkan bagasinya di belakang bonet kereta Honda Jazz miliknya itu. Dia tumpang bermalam sehari di rumah Zyra kerana ingin mengejar masa. Kalau bertolak dari rumahnya ke rumah Zyra pada hari ini , mungkin lambat sampai pula mereka ke Kedah. Biasalah , Kuala Lumpur punya jammed. Lagi pula , rumahnya memang agak jauh dari rumah Zyra.

   "Zyra, kamu ni betul ke dah sihat ? Baru tiga hari discharged dah nak ke Langkawi. Jauh tu." soal Datin Zarina sedikit risau.

Zyra hanya tersenyum.

  "Zyra sihat jelah ma.. Mama jangan risau lah. Lagipun kan Mira ada sekali. Lagi satu , nanti papa dah balik , kirim salam eh. Cakap Zyra tak sempat nak tunggu papa balik." ujar Zyra.

Amirah disebelahnya hanya mampu tayang sengih dan menganggukkan kepalanya.

   "Haih yelah , kalau macamtu... Korang berdua ni jaga diri tau. Korang tu perempuan. Apa-apa call mama terus. Drive elok-elok." pesan Datin Zarina.

Zyra menarik tangan Datin Zarina lalu disalamnya. Begitu juga Amirah.

  "Kitorang pegi dulu eh aunty.." pamit Amirah.

Datin Zarina tersenyum lalu mengusap lembut bahu Amirah.

  "Hati-hati ye ? Ingat , apa-apa call mama cepat-cepat." pesan Datin Zarina untuk kesekian kalinya.

Mereka berdua mengangguk tanda faham sebelum memboloskan diri kedalam kereta.

                         ****
Aizat tersenyum melihat teletah anaknya yang sibuk bermain dengan kucing yang baru sahaja dipeliharanya beberapa hari lepas. Puas juga budak itu memujuk Aizat agar membelikan dia seekor kucing. Katanya bosan tidak punya kawan hendak bermain di rumah.

   "Qalish Wafy ! Come here !" panggilnya dari dalam rumah.

Anak kecil itu mengalihkan pandangannya ke arah suara tersebut. Sengihannya semakin melebar sebaik sahaja melihat wajah papanya pulang dari kerja.

  "Papa !" jeritnya lalu berlari pantas ke arah Aizat.

Lantas Aizat mendukungnya lalu sebuah kucupan dihadiahkan pada pipi gebu itu.

  "Anak papa buat apa ni ?" soal Aizat sambil menggomol wajah kecil itu.

Tergelak sakan budak itu dibuatnya oleh kerana kegelian.

  "I'm playing with Fify !" jawabnya dengan teruja.

Aizat tergelak kecil.

  "Really ? You're playing what ?" soalnya lagi. Saja hendak bermanja dengan anak kecil itu.

  "Run run runnnn !" jeritnya ceria.

Sekali lagi Aizat tergelak. Dia mengusap rambut Qalish yang berjuntaian di hadapan. Rambut mangkuk itu menyerlahkan lagi kecomelan yang dimiliki oleh dia.

   "Esok papa nak bawak Qalish pergi jalan-jalan. Nak ikut tak?" soal Aizat.

Qalish mengangguk secepat yang mungkin.

  "Yes ! Nak ikut !"

  "Kalau macam tu... Qalish kena mandi dulu lepastu bagi Fify makan. Boleh ?"

Qalish angguk faham.

Aizat tersenyum.

   "Good boy !"

                          ****
Aizat meluangkan waktunya dengan mewarna bersama-sama QQalish diruang tamu. Sesekali terdengar suara mereka berdua bergelak ketawa.

Datin Airina melabuhkan duduknya di atas sofa. Dipandangnya dua beranak itu yang elok meniarap di atas lantai beralaskan  permaidani turki.

  "Esok kamu nak ke Langkawi pukul berapa Zat ?" Datin Airina memulakan bicara.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now