BAB35

2.2K 63 1
                                    

Zyra pantas mengemas baju-bajunya setelah dia menelefon Amirah agar mengambilnya di rumah secepat mungkin. Mujur sahaja Amirah baru pulang dari kampung halamannya.

Sebelum dia keluar dari rumah , dia menarik bagasinya ke tengah ruang tamu rumah , lalu berdiri tegak sambil matanya meliar di segenap sudut rumah itu. Rumah dimana banyak menyimpan kenangan suka dan duka dia dan Aizat.

Entah mengapa , dia rasa bersalah dan berdosa meninggalkan suaminya tanpa kebenaran. Namun apa yang dilakukan oleh Aizat benar-benar menghiris hati dan perasaannya sebagai seorang isteri. Dia tidak dapat menerima itu.

Kedengaran bunyi enjin kereta Amirah dari luar , Zyra segera mengorak langkah.

Maafkan saya andai saya bukan yang terbaik.

                        ****
Pulang sahaja ke rumah , Aizat pantas menuju ke arah bilik Zyra. Dia mengetuk pintu isterinya itu berkali-kali namun tiada sahutan.

Ahhh lantak ah ! Masuk jelah !

Aizat melihat ke arah katil , tiada figura isterinya. Dia berjalan ke arah bilik mandi pula , namun tetap tiada. Aizat mula cemas.
Dia berlalu pula ke arah almari pakaian.

Ya , sangkaannya benar. Zyra sudah  meninggalkan rumah ini. Aizat meraup kasar wajahnya.

Dia segera mengeluarkan iPhone X miliknya lalu di dailnya nombor telefon Amirah.

  "Hello , Mira." panggil Aizat.

  "Ya saya. Kenapa eh Aizat?" kedengaran sayup-sayup suara Amirah dicorong telefon.

  "Zyra ada dengan awak tak ?" soal Aizat sepantas kilat.

  "Zyra? Takde pulak..."

Dahi Aizat berkerut.

  "Seriously ?" soal Aizat lagi , inginkan kepastian.

  "Ha ah serious. Lagipun saya bukan ada dekat KL ni , saya balik kampung emak saya dekat Seremban. Kenapa eh?" soal  Amirah semula.

Shit damn ! Maki Aizat dalam hati.

   "Saya ada bergaduh sikit dengan dia , tapi tak sangka dia nak lari dari rumah. Mira , if awak ada apa-apa information , tolong lah bagitahu saya secepat mungkin ! I'm begging !"  Aizat semakin terdesak dan cemas.

   "Okey then. Jangan risau sangat , insya Allah everything gonna be fine. Okeylah , saya letak dulu , assalamulaikum." pamit Amirah.

   "Waalaikumussalam." jawab Aizat sebelum panggilan diputuskan.

Kau nak aku buat apa lagi untuk kau percaya dan faham aku Zyra ?

                        ****
Amirah mengalihkan pandangannya ke arah Zyra sebaik sahaja dia menamatkan panggilan itu.

   "Asal kau pandang aku macam tu ?" soal Zyra pelik.

Amirah menggeleng.

  "Kau ni ! Tak baik tau tipu suami kau ! " marah Amirah.

  "Siapa yang cakap dengan laki aku tadi? Kau kan? Hah so kau lah yang tipu dia bukan aku." ujar Zyra selamba.

Lantas Amirah menampar bahu Zyra dengan kuat.

  "Aku tipu sebab kau yang suruh lah bongok !"

Zyra tergelak.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now