Bab 1

8.9K 161 1
                                    


  "Zyra ! Cepatlah ! Kamu buat apa lama sangat tu sayang !" panggil Datin Zarina.

     "Iya iya kejap ! Zyra dah siap ! " Zyra tergopoh-gopoh menyarungkan kasutnya sambil tersenyum ke arah papanya , Dato' Hamzah yang sudah menarik muka .

   "Zyra , kamu ni cubalah berdisiplin sikit . Macam mana kamu nak handle syarikat nanti hah kalau perangai kamu macam ni ?" ujar Dato' Hamzah .

     Zyra mencebik .

  "Huh. Papa tak habis-habis dengan company . Papa suruh jelah si anak jantan papa , Zarif Hazriq ni ! "

     "Eh ehhh... Apa ni Zarif pulak . Excuse me sister , im only 17 years old.  What do you think a 17 years boy could do hah ? Get yourself lah akak. Tolonglah sedar diri tu dah tua untuk galas tanggungjawab papa . Jangan nak libatkan Zarif okey kak , pa . " Zarif menjeling ke arah kakak sulungnya itu .

    Baru sahaja Zyra hendak membuka mulut membalas semula hujah adiknya tadi , Datin Zarina terlebih dahulu menghalang .

   "Eh korang dua ni , sudah-sudah ! Pergi masuk dalam kereta ! Bergaduh je tau !"

     Zyra melibaskan jelingan tidak puas hatinya ke arah Zarif yang leka dengan telefonnya .
  
                        *****
     Sampai sahaja di hadapan rumah kawan Dato' Hamzah , Zyra terpegun dengan dekorasi majlis cukur jambul cucu Dato' Fuad.

    "Perghhh... Akak , ini majlis cukur jambul ke kahwin ni ? Pelamin tu hah dah macam nak cukur bulu kambing gamaknya . Besar gila !" bisik Zarif .

     Zyra tergelak kecil mendengar ucapan adiknya.

    "Itulah . Akak pun terkejut dik ." balas Zyra .

     "Fuad , kenalkan ini lah anak-anak aku . Yang sulung ni Zyra Hannan , yang bongsu ni Zarif Hazriq . " Dato ' Hamzah memperkenalkan anaknya.

     Zyra hanya mampu tersenyum sahaja manakala Zarif bersalaman dengan Dato' Fuad.

     "Manis orangnya.  Umur berapa Zyra?"  soal Dato' Fuad.

     "23 tahun unofficially uncle ."

     "Muda lagi . Tapi kamulah yang bakal uruskan company papa kamu nanti . Uncle kagum dengan kamu."

     Zyra hanya tersenyum.

      "Kalau begitu , boleh la kita bincangkan hal itu sekarang ya Hamzah, Zarina ?" ujar Dato' Fuad .

      "Iyalah . Jom kita ke sana ." ajak Dato' Hamzah .

     "Kamu berdua pergi ambil pinggan , makan dan duduk diam-diam ! Jangan bergaduh . Papa dengan mama ada hal . Nanti dah selesai kami datang. " pesan Datin Zarina lalu terus mengikut langkah suaminya dan Dato' Fuad .

      "Aik . Hal apa eh?"

     Zyra tertanya-tanya.

                        *****
     Zyra yang sedang memegang cawan berisi air oren melilau matanya mencari kelibat Zarif di meja makan namu tidak kelihatan.

     "Aik.  Mana jebon ni ugh !" bentak hatinya.

    Sebaik sahaja dia mengalihkan badannya , dia terlanggar dada bidang milik seorang lelaki.

    Zyra tergamam sebaik sahaja melihat wajah jejaka tersebut . Hah sudah ! Macam mana ni ?!

      "Errr encik , saya mintak maaf , saya betul-betul mintak maaf . I'm sorry , my false ." pinta Zyra bersungguh-sungguh.

     Mata lelaki itu menyambar anak mata Zyra . Riak wajahnya jelas menunjukkan ketidakpuasan hatinya . Baru sahaja jejaka tersebut mahu membuka mulut ,

    "Aizat ? Apa yang kecoh-kecoh ni ? Zyra ?" soal Dato' Fuad .

     "Uncle , Zyra terlanggar dia , salah Zyra . Zyra mintak maaf sangat-sangat." dia menunduk.

    "Tak apa Zyra , sikit je tu ha. Aizat , kamu pergi naik atas tukar dulu baju , lepastu turun semula ke bawah . Papa dgn aunty Zarina and uncle Hamzah nak berbincang.  Cepat. "

     "Okey pa ." Aizat sempat menjeling ke arah Zyra yang menikus .

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now