BAB28

2.2K 78 2
                                    

Aizat mengalihkan pandangannya ke arah Zyra yang duduk termenung di atas gazebo yang terletak bersebelahan kolam renang di tepi laman rumah.

Aik. Jarang bini aku nak termenung. Ni mesti ada apa-apa yang dia sorokkan lah ni.

Aizat segera menutup laptopnya lalu berjala menuju ke arah gazebo tersebut. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan isterinya.

  "Kau termenung apa?" soal Aizat.

Bahu Zyra terhinjut sedikit dek kerana terkejut dengan sapaan itu.

  "Ish awak ni. Terkejut saya ! Sejak bila awak duduk sini ?" soal Zyra dengan wajah yang penasaran.

Aizat menggeleng perlahan.

  Sah ! Bini aku punya tahap mengelamun ni bukan tahap biasa dah ni.

  "Aku nak tanya kau?"

Zyra menjongketkan keningnya.

  "Kau ni tengah berangan ke tengah hitung dosa kau ? " soal Aizat selamba.

Zyra menjeling.

Kurang hasam punya suami ! Aku cili mulut tu kang apa pun tak boleh !

  "Awak ni kenapa hah? Suka cari pasal dengan saya !" bentak Zyra.

Aik ! Marah pulak ? Orang tanya je.

  "Aku tanya kau je , yang kau nak marah ni kenapa ?" soal Aizat lagi.

  "Jangan tanya ! Tak payah tanya ! Tak perlu tanya ! Saya tengah takde mood dengan suara yang sebal.

Aizat tersenyum.

  "Okey lah . Aku serius. Cuba cakap kenapa kau asyik mengelamun je dua tiga harini ? Mana tau aku boleh tolong ke..." Aizat memulakan bicaranya dengan lebih serius.

Zyra terdiam sejenak. Dia berkira-kira sama ada hendak menceritakan masalahnya tentang gosip yang melanda di universiti dia atau pun tidak. Kalau cerita pun , bukan suaminya tu kesah sangat pun ! Tapi kalau cerita... At least rasa lega sikit. Yelah daripada nak kena pendam and hadap sorang sorang...

   "Kalau saya cerita dekat awak , awak janji jangan nak bahan saya ! Boleh ?" Zyra cuba untuk membuat perjanjian dengan Aizat.

Aizat hanya mengangguk tanda setuju.

Zyra menarik nafas. Dia mula menceritakan daripada awal sampai akhir.

                           ****

Sesudah Zyra menghabiskan ceritanya mengenai Gina dan segala yang berlaku , Aizat terdiam sejenak. Cuba untuk brain satu persatu.

Selang dua minit , akhirnya Aizat menghela nafas berat. Dia memandang tepat ke arah  Zyra.

  "Boleh aku tanya kau something?" soal Aizat.

Zyra mengangguk.

  "Kau menyesal tak kahwin dengan aku ?"

Zyra tergamam saat soalan itu terpancul dari mulut suaminya. Dia menarik nafas lalu menghebusnya perlahan.

  "Kenapa awak tanya?" soal Zyra semula.

My Mr Annoying !حيث تعيش القصص. اكتشف الآن