BAB37

2.2K 66 1
                                    

Sudah masuk hari ketiga Zyra berkurung di dalam bilik dan hanya keluar untuk makan dan mandi. Itu pun makan ala kadar. Amirah agak risau melihat keadaan sahabat baiknya itu. Zyra tidak pernah berpelakuan sebegitu rupa.

Amirah mengetuk pintu bilik Zyra perlahan.

"Zyra... Keluar lah makan. Kau tak lapar ke?" soal Amirah kerisauan.

Pintu bilik dikuak perlahan.

Wajah sugul Zyra menyambut pandangan Amirah.

"Ya Allah Zyra ! Kau okey tak ?" Amirah pantas meluru mendapatkan Zyra lalu dipegangnya bahu Zyra.

"Ya... Aku okey..." balas Zyra perlahan.

Amirah pantas menggeleng.

"No ! Kau tak okey lah gila ! Kau ni kenapa hah ? Kau cuba cerita dekat aku !" marah Amirah.

Zyra meraih jari jemari Amirah perlahan-lahan. Amirah terkejut melihat tangan Zyra yang terketar-ketar.

"Ka...kau.. Kau okey ke?..." soal Amirah lagi.

Zyra tidak menjawab namun hanya merembeskan air matanya.

Amirah segera menarik Zyra duduk di birai katil. Dia menggenggam erat jari jemari Zyra yang terketar-ketar itu.

"Aku... Aku cuba untuk kuat... Aku... Aku cuba untuk...lupakan dia... Aku tak nak ingat dia... Tapi.. Tapi aku.. Aku rindu dia.. Mira... Tolong aku.." Zyra merintih. Suaranya bergetar.

Amirah tergamam.

Ya Allah , apa perlu aku buat ni ? Sungguh aku tak sanggup sahabat baik aku lemah macam ni.

Amirah menarik Zyra ke dalam pelukannya. Dia mengusap belakang sahabatnya itu untuk menenangkan Zyra.

Zyra hanya mampu menangis teresak-esak di dalam rangkulan Amirah. Dia sudah lemah.

Aizat, saya rindu awak. Saya syangkan awak. Kenapa awak buat macam ni dekat saya ?

****
Datin Zarina terkejut besar sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Amirah memaklumkannya tentang keadaan dan masalah anak sulungnya itu.

"Saya tak sangka sampai macam tu sekali masalah yang anak kita hadapi." luah Datin Zarina kepada suaminyadengan nada suara yang risau.

Dato Hamzah mengangguk sedikit tanda setuju.

"Patutlah masa Zyra datang ke rumah kita haritu , dia datang seorang. Lagi satu , masa abang bersembang dengan dia , dia ada lah tanya soalan pasal hal-hal rumah tangga ni. Tapi, abang tak sedar yang dia tengah ada masalah. Hm.. Sepatutnya abang lebih peka dengan situasi anak kita tu." jelas Dato Hamzah panjang lebar sambil membetulkan duduknya.

Datin Zarina hanya terdiam. Dia sedang berfikir apa yang patut dilakukannya.

"Perlu ke kita bagi tahu besan kita bang?" soal Datin Zarina.

Dato Hamzah kelihatan terdiam sejenak. Cuba untuk memikirkan terlebih dahulu baik buruknya tindakan itu.

Selang 1 minit akhirnya Dato Hamzah mengangguk setuju.

"Hmm bagus juga idea awak tu. Kita telefon Fuad dan Airina. Beritahu dulu perkara yang sebenar. Hal ni melibatkan anak diorang juga. Diorang kena tahu."
Datin Zarina mengangguk tanda faham.

****
Aizat memarkir keretanya di perkarangan rumah kedua ibu bapanya. Selepas makan tengah hari tadi , dia mendapat panggilan daripada mama nya iaitu Datin Airina mengatakan dia harus pulang ke rumah pada hari ini juga.

Aizat menanggalkan kasut. Dengan malasnya dia memasuk ruang rumah tersebut. Dilihatnya Dato Fuad dan Datin Airina sudah duduk di ruang tamu menunggu kepulangannya.

Aizat sedikit hairan. Namun digagahinya juga berjalan ke arah orang tuanya itu. Dia menyalami tangan kedua-dua ibu bapanya lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Ada apa mama dengan papa panggil Aizat balik ni ? Tiba-tiba je.." Aizat memulakan bicara.

Datin Airina merengus.

"Kamu dah buat apa dekat Zyra hah ?!" soal Datin Airina sedikit marah.

Dato Fuad pula memilih untuk diam.

Akhirnya Aizat tersandar di sofa. Punyalah dia berusaha untuk melupakan nama itu. Untuk tiga hari , dia tidak pernah lagi menyebut nama Zyra. Dan seboleh-bolehnya dia tidak dengar nama itu. Nama itu ibarat luka buatnya.

"Mama tanya kamu ni Aizat ! Jawablah !" tengking Datin Airina.

Dato Fuad menarik nafasnya.

"Aizat... Cuba ceritakan dekat mama dengan papa , apa yang jadi antara kamu dengan Zyra?" Dato Fuad bertanya dengan nada yang lembut.

Dia tahu , anak jantannya itu tertekan. Jadi dia tidak mahulah memberi lagi tekanan.

Aizat akhirnya mengalah. Ya , dia tahu , lambat-laun keluarganya akan tahu juga.

Aizat menarik nafas sedalam-dalamnya.

Dia memulakan cerita dari awal hingga akhir.

****
Datin Airina terdiam. Dato Fuad pula tergamam.

"Kamu tahu tak , Zyra dah terima tawaran sambung belajar ?" soal Dato Fuad.

Dahi Aizat berkerut seribu.

"Hah? Tawaran sambung belajar?" soalnya pelik.

Datin Airina mengangguk.

"Dia dapat tawaran ke universiti di China. Dan dia dah terima tawaran tu." sambung Darin Airina.

Aizat terkedu.

"Bi..bila.. Dia.. Pergi ?" soalnya tersekat-sekat.

"Minggu depan." balas Dato Fuad pula.

Aizat hanya mampu terdiam seribu bahasa.

Minggu depan ? Harini pun dah hari Rabu.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now