BAB49

2.2K 55 0
                                    

Sebaik sahaja dia menangkap bayang Datin Zarina yang sedang duduk di atas gazebo menghadap kolam ikan , Zyra pantas menyarungkan selipar ke kakinya lalu mengatur langkahnya menuju ke arah Datin Zarina. Dia duduk bersebelahan Datin Zarina yang sedang kusyuk membelek majalah masakan.

   "Ma..." panggil Zyra perlahan.

Datin Zarina mengalihkan pandangannya ke arah Zyra. Dia menutup semula majalah itu. Dihulurnya senyum manis buat anak gadisnya itu.

  "Ya ? Kenapa Zyra ?" soalnya lembut.

Zyra tersenyum hambar.

  "Aizat sihat ?" soalnya pada Datin Zarina.

Datin Zarina terdiam sejenak sebelum menyambung ,

  "Kenapa Zyra tanya mama ? Kenapa tak tanya je terus ke tuan empunya badan ?" soalnya lembut sambil jari jemarinya mengusap kedua dua belah tangan Zyra yang berada di pahanya.

Zyra terdiam.

  "Zyra tak nak tanya khabar dia ke ?" soal Datin Zarina lagi.

  "I'm asking you about him right ?" putar Zyra sedangkan dia tahu apa maksud sebenar ibunya itu.

  "Maksud mama , Zyra tak call dia ke ? Or maybe message him ?"

Zyra menarik nafas sedalam-dalamnya.

  "Semalam I once called him." jawab Zyra separuh terpaksa.

Datin Zarina angguk faham.

  "And then ?"

Zyra kembali diam. Sedang berfikir soalan apa yang perlu ditanya pada Datin Zarina.

Ya !

Soal budak lelaki itu !

Pantas Zyra kembali duduk tegak. Tangannya menggenggam erat jari-jemari Datin Zarina. Pandangan penuh pengharapan diberinya pada Datin Zarina.

  "Ma..." panggilnya.

Datin Zarina mengangkat kening sebelah tanda mengapa.

  "Can I ask you something ? No. No. Can I confirm about something with you ?" soal Zyra serius.

Dahi Datin Zarina berkerut seribu.

   "About what ? And about whom ?"

   "Aizat." jawab Zyra sepatah.

Mendengar akan nama itu Datin Zarina terus diam mengunci mulutnya. Dia seolah-olah dapat menjangka soalan apakah yang bakal ditanya oleh anak daranya itu.

  "Kenapa dengan suami kamu?" Datin Zarina cuba untuk menyembunyikan rasa gelisahnya.

Zyra dapat membaca air wajah mamanya. Bukannya sehari dua dia kenal dengan ibunya itu. Dia pasti , ada sesuatu yang disorokkan oleh Datin Zarina daripada pengetahuannya. Tidak. Bukan hanya Datin Zarina. Bahkan ahli keluarganya yang lain juga turut menyembunyikan sesuatu daripadanya.

   "Are you guys are hiding something important from me ma ?" soalnya serius.

Datin Zarina tergamam.

  "Ma , answer me.." lirih Zyra sambil membuat muka kasihan

Datin Zarina menghela nafas berat.

  "There's nothing to be hide from you sayang.." ujar Datin Zarina lembut. Dia cuba untuk tersenyum dengan ikhlas namun dia turut merasakan bahawa senyumannya itu agak hambar.

   "No. You're lying." pangkas Zyra.

Akhirnya Datin Zarina terdiam.

   "Please ma... Let me know... If the thing that you're hiding from me , is about myself or my personal life , please , let me know. Zyra ada hak ma." tegas suara Zyra. Dia sudah berasa tidak sedap hati.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now