BAB44

2.1K 70 13
                                    

Datin Airina terkejut besar apabila mendapati bahawa Aizat akan terbang ke China pada esok pagi.

"Kenapa dia tak bagitahu Rina ? Kenapa abang je yang tahu ni ? Dah tu apa guna Rina ? Rina ni ibu dia tahu tak ?" marah Datin Airina.

Dato Fuad hanya menggelengkan kepalanya.

"Awak ni , dah kenapa ? Hah sebab perangai awak nilah Aizat tak nak bagitau awak . Rina , awak ni tak nak tengok ke anak awak gembira ?" soal Dato Fuad pula.

Datin Airina merengus tanda tidak puas hati.

"Bukan soal gembira atau tak ! Tapi masalahnya , kenapa anak kita pulak yang nak kena bersusah payah pergi cari dia ? Dia tu isteri Aizat. Sepatutnya dia lah yang kena datang sini , mintak maaf dekat Aizat ! Aizat tu suami dia ! Huh ! Saya betul-betul tak suka lah cara Zyra tu layan anak kita ! Macam anak kita ni takde maruah nak kena terhegeh-hegeh pujuk dia pulak !" Datin Airina menghamburkan kata-katanya.

Dato Fuad hanya mampu menggeleng melihat perangai isterinya itu.

"Apa-apa jelah Rina , yang abang tahu , abang sokong semua tindakan Aizat kalau tindakan itu untuk menyelamatkan rumah tanggga mereka berdua. Kamu dah tua Rina , takkan itu pun abang nak kena beritahu kamu ? Pandai-pandai kamu lah fikir. Abang dah malas nak bertengkar dengan Rina. Daripada Rina sibuk marah marah ni , abang rasa ada bagusnya juga Rina doakan Aizat selamat sampai dan rumah tangga diorang selamat." nasihat Dato Fuad lalu meninggalkan isterinya itu.

Datin Airina terkebil-kebil.

"Huh ! Apa-apa jelah ! Sakit kepala aku fikir ! Bapak dengan anak sama je ! Hish !" gumamnya.

****

Imran menepuk bahu sahabatnya itu tanda sokongan.

"Aku harap kau pulang dengan berita gembira Zat. And aku doakan urusan kau dipermudahkan.

Aizat tersenyum nipis.

" Thanks Im. Kau dah banyak sangat tolong aku. Aku hargai sangat-sangat. " ucap Aizat seikhlas hati.

Jauh disudut hatinya , sungguh dia amat bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang sangat memahami dan sentiasa ada bersamanya ketika susah dan senang.

"No hal lah bro. Selagi aku boleh tolong kau , aku tolong. Cuma satu je aku nak pesan. Kau jaga diri baik-baik. Aku cuma ada kau je kawan dunia akhirat aku. Jaga diri Zat." pesan Imran.

Entah mengapa dia rasa seperti dia akan berpisah jauh daripada sahabat baiknya itu.

Dahi Aizat berkerut.

"Chill lah bro. Aku pergi pujuk bini seminggu je pun. Bukannya nak tinggal dekat sana terus. Apa kau ni." ujar Aizat dengan nada yang pelik.

Imran hanya tersenyum nipis.

"Ye tau ! Aku pesan je. Kau ingat pesan aku tu ! Jangan lupa bawak balik bini ! Nanti kang jadi suami tergantung tak bertali pulak hahaha !" seloroh Imran.

Aizat tergelak kecil.

"Banyak lah kau ! Hmm... Flight aku dah nak dekat dah. Chau dulu ah." ujar Aizat sambil matanya melirik ke arah jam tangannya.

Imran mengangguk faham.

"Okey boek. Aku gerak dulu. Apa-apa call je." balas Imran.

Aizat mengangguk tanda mengerti.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now