BAB36

2.2K 64 2
                                    

Aizat duduk dengan tangan bersilang di dada. Melihat wanita di hadapannya menjamu selera.

Pada pemerhatiannya ,walaupun muka Aireen dan Zyra hampir serupa, namun cara dan sifat mereka ternyata berbeza. Zyra seorang yang sangat sopan di meja makan. Kunyahannya perlahan namun tidak terlalu lambat. Berbeza dengan Aireen yang makan tanpa melihat kiri dan kanan.

"Encik tak nak order makanan ke ?" soal Aireen.

Aizat menggeleng. Dihirupnya jus epal itu sedikit.

"Cepatlah. Saya takde masa nak tengok awak makan." balas Aizat tidak senang.

Aireen mencebik.

"Yelah yelah. Dah habis dah pun , jom !" akhirnya Aireen mengalah.

Aizat dan Aireen bingkas bangun menuju ke luar kafe. Entah di mana silapnya , tiba-tiba kaki Aireen terpeleot lalu pantas lengannya disambut Aizat. Aireen pantas membetulkan kedudukannya. Aizat hanya menggeleng.

Baru sahaja Aizat hendak mengorak langkah , kelihatan susuk tubuh Zyra berdiri betul-betul di hadapannya.

Aireen tersenyum sinis. Zyra terdiam manakala dahi Amirah berkerut seribu.

"Zyra." panggil Aizat.

Zyra membatukan dirinya.

Aizat berjalan mendekati Zyra.

"Kau pergi mana?" soal Aizat.

Diam.

Aizat menunduk lalu mengeluh perlahan. Diangkatnya semula wajahnya memandang Zyra tepat. Dia memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar.

"Susah sangat ke nak jawab ? Ke kau dah bisu ?" soal Aizat lagi.
Zyra tayang senyum sinis.

"None of your business."

Aizat memandang tepat ke arah isterinya itu. Kesabarannya benar-benar teruji. Tambahan pula dia sememangnya seorang yang agak panas baran.

Aireen dan Amirah masih setia berdiri. Memerhati gelagat laki bini itu.

"None of my business? Kau sedar tak yang aku ni suami kau?" soal Aizat lagi. Dia cuba sedaya upaya mengawal suaranya.

"Suami ? Suami awak cakap ? Suami jenis apa awak ni ? Tak cukup dengan berpelukan dengan perempuan lain , and then malam ni keluar makan pulak ? Ini ke suami yang awak maksudkan?" soal Zyra sinis.

Aizat meraup wajahnya kasar.

"Sorry Amirah , I have to bring along my wife." ujar Aizat kepada Amirah lalu segera menarik tangan Zyra agak mengikuti langkahnya.

Amirah terkedu. Aireen hanya memerhati dengan perasaan yang tidak senang.

"Awak buat apa ni hah?! Lepaslah !" marah Zyra.

Aizat hanya menghiraukan Zyra dan terus mengatur langkah ke arah keretanya.

"Awak ni kenapa hah ?! Lepaslah ! Sakit tau tak !" Zyra meronta minta untuk dilepaskan.

Aizat membuka pintu penumpang dihadapan.

"Masuk." arah Aizat tegas.

"No way !" bantah Zyra dengan perasaan marah.

"Aku kata masuk." Aizat mengawal kemarahannya.

"Saya cakap saya tak nak , tak nak lah !" marah Zyra.

"Aku cakap masuk ,masuk jelah !!!" jerkah Aizat.

Bahu Zyra terhinjut dek kerana terlalu terkejut. Wajah Aizat yang bengis itu akhirnya mampu menakutkan dirinya.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now