BAB18

2.5K 85 0
                                    

Zyra mengajak Amirah untuk menemaninya keluar makan malam memandangkan Aizat masih belum pulang bekerja. Hendak memasak pun rasa macam rugi pula kalau yang nak menghabiskan makanan itu semua hanya dia seorang.

   "Mimpi apa kau ajak aku keluar makan malam-malam macam ni? Siap belanja makan mahal mahal lagi." ujar Mira sambil memotong lamb chop kegemarannya.

   "Hehehe. Aizat takde dekat rumah , dia cakap dia balik lambat sikit harini , ada hal katanya. Ala , sekali sekala belanja kau. Lagipun bukan guna duit aku . Aizat kasi duit tadi sebelum keluar." terang Zyra.

Mira terangguk angguk faham.

   "Untunglah kau , dapat suami baik , kaya , handsome pulak tu." puji Mira.

Zyra tersenyum simpul.

  "Ceh. Yang kau tu ? Erhan ada , tapi saja je eh kau nak main tarik tali dengan dia?"

Mira tergelak kecil.

  "Bukan main tarik tali , tapi saja nak test dia je."

Zyra menggeleng sambil tersenyum.

  "Eh lepasni kau boleh temankan aku beli barang sikit dekat Watsons tak?" tanya Zyra.

Mira mengangguk.

  "Boleh je. Sambil sambil tu boleh lah aku cuci cuci mata jugak hehehe mana tau ada promosi ke." ujarnya sambil tersenyum lebar.

Zyra tergelak kecil.

Kalau bab promosi memang tak boleh dilepaskan !

                          ****

Zyra membelek belek pencuci muka berjenama Bio Essences itu. Jenama itu merupakan jenama kegemarannya.

  "Kau rasa warna ni okey tak dengan aku?" soal Mira ke arah Zyra di rak sebelah sambil menunjukkan sebatang lipstik berwarna pink belacan.

Zyra mengangguk.

  "Sesuai sangat . Lagipun kulit kau putih melepak , mesti cantik !" puji Zyra.

Mira tersenyum simpul dipuji sahabat sendiri. Jarang tau membe kau nak puji kau !

Zyra turut mengambil sepaket mask muka buatan Korea. Dia menggunakan duit yang diberi oleh Aizat sebentar tadi.

Keluar sahaja dari Watsons , mereka terserempak dengan Erhan.

  "Erhan !" panggil Zyra sambil melambai ke arahnya. Mira hanya melemparkan senyuman.

Erhan mengalihkan pandanganya ke arah Zyra dan Mira. Dia tersenyum lalu membalas lambaian itu. Dilihatnya Mira berdiri di sebelah Zyra . Bertambah manis senyuman yang dilemparkannya. Aww biasalah crush ada sekali ~

  "Buat apa?" tegur Erhan mesra.

  "Beli barang perempuan lah." ujar Zyra sambil menayang plastik berisi barang-barang yang dibelinya tadi.

Erhan mengangguk faham.

"Ni lepasni korang ada nak pergi mana mana lagi ke?" soal Erhan ingin tahu.

"Entah. Aku ikut Zyra je sebab dia yang datang ambil aku and hantar aku." ujar Mira.

  "Hm... Rasanya kitorang nak balik je terus. Dah pukul 9lebih dah ni." balas Zyra.

Erhan mengangguk. Tiba-tiba dia mendapat satu idea.

   "Eh rumah kau yang sekarang ni dekat Damansara kan Zyra?" soal Erhan.

Zyra mengangguk pelik.

  "Kau tak rasa jauh ke nak patah balik ke rumah sewa Mira ? Rumah Mira dekat Cheras tau." tambah Erhan lagi.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now