BAB61

2.5K 71 4
                                    

Zyra yang baru sahaja bangun daripada tidur kelihatan masih lagi mamai. Dia cuba untuk membuka matanya walaupun rasa mengantuk menghantui dirinya. Ya , dia harus menggagahkan dirinya juga untuk bangkit jika tidak , terlepaslah solat subuh.

Baru sahaja dia hendak mengeliat kemalasan , terasa sesuatu yang melingkari pinggangnya. Dia mengalihkan mukanya sedikit.

Tidak semena-mena , senyuman manis terukir lebar dibibirnya. Kelihatan wajah sang suami menyambut pandangannya di awal pagi itu. Dia mengalihkan badannya lalu tangannya ditongkatkan di dagu. Di pandangannya wajah itu sepuas mungkin. Inilah pemandangan yang paling indah tika waktu pagi. Zyra membelek sepuas-puasnya wajah kacak milik jejaka itu. Dia tersenyum lagi dan lagi. Rasa bahagia menyerbu hati.

Dipegangnya bahu Aizat perlahan-lahan untuk membangunkan suaminya itu.

  "Awak.. Bangun wak.." panggilnya lembut.

Aizat bergerak sedikit. Tetapi dia hanya mengeratkan lagi pelukan itu. Zyra tersenyum.

  "Awak.. Bangun wak.. Solat subuh." panggil Zyra lagi.

Akhirnya Aizat mencelikkan juga matanya.

Kedengaran suaranya merengek.

   "Ermm.." Aizat mengeliat sedikit.

Dia kembali memeluk Zyra lalu di pandangannya wajah isterinya itu.  Dengan keadaannya yang masih lagi mamai , matanya yang sepet , rambut hitam keperangannya itu berserabut , benar-benar membuatkan Zyra jatuh hati buat suaminya untuk kesekian kalinya.

Zyra membalas pandangan itu. Mata mereka bertaut.

Aizat tarik senyum. Walaupun senyuman itu kelihatan malas namun masih lagi menawan.

  "Kenapa awak tengok saya macam tu ?" soal Zyra pelik.

Aizat hanya menggeleng. Dia merapatkan lagi tubuhnya pada tubuh Zyra. Hidung mereka bertemu.

   "Nothing. I just miss you and you're so pretty." balasnya dengan suara yang serak-serak basah kerana baru bangun dari tidur.

Zyra tersenyum gembira.

  "Hmm.. I guess you're missing me badly , and I was so pretty right ? Sampaikan awak tengok saya macam nak telan ?" sindir Zyra.

Aizat ketawa kecil.

   "Boleh ke aku nak telan kau pagi ni ? Hmm as a breakfast maybe ?" usik Aizat.

Zyra gelak.

   "No way."

Aizat memasamkan mukanya.

  "Alaa... Kemarin cakap nak bagi ?" rengeknya.
 
   "Yes... But not in this morning." balas Zyra.

   "But why ?" soal Aizat , masih lagi tidak berpuas hati.

   "Awak , dah subuh ni. Nanti kang bilanya nak solat subuh , bilanya nak mandi wajib ? Hah ?" bebel Zyra.

Aizat terdiam.

Ada betulnya juga kata isterinya itu.

Akhirnya Aizat mengangguk setuju.

Namun pelukan masih belum dileraikan. Dia memandang lagi wajah Zyra. Rasa tidak puas pula menatap wajah isteri.

   "Hey ! Dah dah ! Jom bangun , solat subuh !" Zyra menepuk bahu Aizat.

Aizat masih statik. Dia kemudian mengusap lembut ubun-ubun Zyra lalu diciumnya ubun-ubun itu. Dia memeluk Zyra sehingga muka Zyra terbenam didada bidangnya. Zyra hanya membiarkan. Dia suka dimanjai seperti itu setelah sekian lama tidak bermanja dengan suaminya sendiri.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now