BAB65

2.4K 64 0
                                    

Zyra tidak sabar menunggu kepulangan Aizat. Sengaja dia menyuruh jejaka itu keluar membelikannya makanan ringan , padahal ada udang di sebalik batu. Dia sudah pun merancang kejutan buat Aizat bersempena dengan ulang tahun kelahiran jejaka itu.

Dia menempah candle light dinner dan menyuruh pihak hotel agar menyediakan candle light dinner itu di beranda resort yang mereka sewa. Tambahan pula beranda itu menghadap pantai. Memang menimbulkan suasana romantik !

Zyra hanya mengenakan baju tidur satin separas lutut berwarna pink lembut dan terdapat sedikit  lace di bahagian leher.

Zyra melabuhkan duduknya di kerusi meja makan. Hidangan sudah pun elok tersedia.

  "Sayang.." kedengaran sayup sayup suara Aizat dari depan pintu bilik. Zyra tersenyum. Dia segera bangkit dan berjalan menuju ke arah suaminya.

Aizat menanggalkan kasutnya dan diletakkan di atas arak kasut yang disediakan. Sebaik sahaja dia mengalihkan tubuhnya , dia kelihatan sedikit terkejut melihat pemakaian isterinya yang dikira agak seksi. Mungkin kerana Zyra jarang memakai pakaian sebegitu.

Aizat meletakkan plastik berisi makanan di atas meja yang disediakan di tengah tengah bilik. Pandangan pelik diberikannya kepada Zyra.

  "Sayang ada surprise dekat abang !" ujar Zyra , girang.

Kening Aizat terjongket sebelah.

  "Huh ? Surprise ?"

Zyra mengangguk laju.

  "Tapi abang kenalah tutup mata dulu..." rengeknya.

Aizat tergelak kecil.

  "Haih macam-macam lah sayang ni. Yelah yelah." Aizat menurut juga kata-kata si isteri. Dia menutup rapat kedua-dua belah matanya seperti mana yang disuruh oleh Zyra.

Zyra tersenyum lalu menggapai tangan Aizat. Dia membawa langkah Aizat mengikutinya perlahan-lahan sehingga Aizat duduk di atas kerusi makan.

   "Hah bukaklah mata tu." arah Zyra.

Aizat membuka matanya perlahan-lahan.

Seketika dia terkedu. Agak terkejut dengan kejutan yang disediakan oleh Zyra.

  "Wow... Bila masa sayang prepare ni ? Diam diam je." usik Aizat.

Zyra tersengih.

  "Ni bersempena dengan birthday abang. Suka tak ?" soal Zyra dengan nada yang amat teruja.

Aizat mengangguk sambil tersenyum. Hatinya tersentuh melihat kesungguhan Zyra.

  "So, candle light dinner ni hadiah birthday lah ?" soal Aizat.

Zyra menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

Kening Aizat berkerut.

  "Huh ? Habis tu mana hadiahnya ?" soal Aizat sedikit teruja.

Zyra tersenyum penuh makna.

  "Rahsialah. Nama pun surprise. Kita makan dulu , lepastu sayang bagi okey ?" pujuk Zyra.

Aizat menganggukkan saja kepalanya.

  "Abang." panggilan Zyra memberhentikan tangan Aizat daripada memotong steak daging yanh terhidang. Aizat memandang Zyra dengan penuh perhatian.

  "Ya ?" sahut Aizat , ringkas.

Jari jemari Aizat dicapai Zyra. Dia menggenggam jari jemari suaminya itu dengan erat. Anak matanya memandang tepat ke dalam anak mata Aizat.

  "I just wanna say that , sayang bersyukur sangat-sangat dapat suami macam abang. Allah je tahu betapa sayang rasa beruntung memiliki abang sebagai suami. Sayang cintakan abang kerana Allah." luah Zyra.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now