BAB17

2.7K 90 0
                                    

Sesampai sahaja di rumah , Zyra rasa seperti hendak menanam wajahnya ke dalam tanah pada ketika ini.

Erhan , Hariz dan Mira tidak habis-habis menyakatnya dan ketawa habis habisan.

Kurang asam ! gumam Zyra.

  "I heard there's a girl who was very excited to watch the horror movie but turns out being a coward." perli Aizat menahan gelak sambil mengatur langkahnya ke ruang tamu.

Zyra menghempaskan badannya di atas sofa yang lembut itu.

Dia memandang wajah selamba suaminya itu.

   "I'm not coward or either afraid . But I was just surprised. There is a lots of jump scared scenes . You know that !" Zyra membela dirinya sambil membuka tudung.

Tangannya kemudian mengurut sedikit lehernya yang lenguh.

Aizat tersenyum sinis.

   "Well, memang kau je yang tengok scenes jump scared tu. Orang lain pun tengok jugak tapi takde la terjerit jerit sampai kaki naik atas kerusi , popcorn berterabur jatuh , peluk-peluk lengan orang." Aizat semakin galak menyakatnya.

Zyra mendengus kasar.

   "Saya tak sengaja okey peluk lengan awak ! Tolong jangan nak perasan eh ." 

  "Yeke ? Hm? Really?" Aizat mendekati Zyra perlahan lahan.

Zyra menelan liur. Hah sudah mamat ni.

   "Awak ni dah kenapa hah ? Awak nak apa lagi?" soal Zyra gugup.

Aizat tayang muka nakal.

   "Aku nak kau jawab soalan aku yang tadi."

Zyra terdiam sejenak. Oh ya ! Soalan di dalam kereta itu ! Ah lantaklah. Acah acah lupa lah. fikirnya.

  "Soalan apa awak ni ? Ish!"

Aizat tersenyum lagi.

Oh..Kau nak main tarik tali dengan aku?

Kali ini Aizat memegang hujung dagu Zyra lalu diangkatnya sedikit agar mata Zyra menatap matanya.

  "About a man who own your heart . Don't you have one?" Aizat mengulang soalannya tetapi kali ini dengan suara yang menggoda .

Zyra terperangkap dengan permainan Aizat.

Zyra menarik nafas.

   "No. I don't have any except my father. Puas hati?" jawabnya dengan yakin sambil menjongketkan sebelah keningnya. Agar tampak yakin.

Aizat masih tersenyum dan tangannya masih setia memegang dagu isterinya itu.

Tiba-tiba Aizat meletakkan kepalanya di atas pangkuan Zyra lalu berbaring dengan enaknya di atas sofa itu. Matanya dipejam.

Zyra terkejut besar dengan tindakkan Aizat itu.

  "Awak bu..buat..ap..apa ni?" soalnya tergagap gagap .

Aizat masih menutup matanya.

  "Just , let me like this. Aku letih . Bagi aku hilang penat aku . Sekejap je." tiba-tiba suara Aizat seperti merintih.

Sayu dan sedih ditelinga Zyra.

Mereka berdua terdiam sejenak.

Zyra merenung wajah itu sepuas puasnya. Inilah kali pertama dia mampu melihat wajah suaminya sedekat ini . Sebelum ini dia pasti mengalihkan pandangannya kerana dia tidak sanggup bertentangan mata dengan suaminya itu.

Zyra menggerakkan jari jemarinya untuk menyentuh rambut lelaki itu , untuk menenangkannya. Namun dia segan.

Baru sahaja dia hendak menarik jari jemarinya agar jauh daripada rambut jejaka itu , Aizat membuka matanya lalu memegang jari jemarinya.

My Mr Annoying !Où les histoires vivent. Découvrez maintenant