BAB45

2.2K 60 8
                                    

Zyra bermain dengan jari jemarinya. Sesekali dia menghirup air fresh apple yang di ordernya.

Dia tidak mempunyai kekuatan untuk memandang wajah jejaka itu. Apatah lagi untuk berbicara dengannya.

Tiga tahun.

Ya.

Tiga tahun itu sudah terlalu cukup untuk membuat dia berasa gugup bertemu secara bersemuka dengan lelaki yang bergelar suaminya itu . Tiga tahun bukanlah suatu tempoh yang sekejap.

Aizat juga memilih untuk mendiamkan diri. Matanya memerhati wajah Zyra. Wajah yang amat dirinduinya sepanjang tiga tahun.

"Kau... Kau sihat ?" akhirnya Aizat mampu bersuara selepas dia mengumpulkan segala kekuatan yang ada pada dirinya untuk memulakan bicara dengan gadis itu.

Zyra mengangkat sedikit wajahnya untuk melihat wajah jejaka itu.

"Er.. Um.. Err ya.. Si..sihat.." balas Zyra terketar-ketar.

Aizat mengukir senyum nipis.

"Ya Allah ! Rindunya senyuman dia ! Sumpah aku rinduu !" jerit hatinya.

Zyra menarik nafas beberapa kali untuk meneruskan bicaranya.

"Aw..awak.. Bu.. Buat apa de..dekat sini ?" soal Zyra perlahan.

"Aku nak jumpa kau lah. Apa lagi ?" soalan Zyra berbalas dengan soalan Aizat.

Zyra mengangguk kecil.

"Aku rindu kau." sepatah ayat yang keluar dari mulut Aizat itu secara tidak langsung mengejutkan Zyra.

Zyra tergamam.

"Yes I miss you. Badly. Crazily. I wanna see your face everyday , every second of my life." ujar Aizat lagi.

Anak matanya menikam anak mata Zyra yang berwarna sedikit keperangan.

"Don't you ever miss me ? Even a little bit ?" soal Aizat dengan suara yang ditahan.

Zyra terdiam lagi. Dia berusaha sedaya upaya untuk tidak mengalirkan air matanya di hadapan lelaki ini. Sungguh dia tidak kuat. Dia tidak kuat untuk bercakap dengan suaminya apatah lagi untuk mengaku rindu dan kasihnya pada jejaka itu. Dia tidak kuat.

Zyra pantas mencapai beg tangannya lalu bangkit dari kerusinya.

Ya. Pada saat ini , dia hanya mampu melarikan diri.

Aizat turut pantas bangkit dari duduknya dan mengejar langkah Zyra yang sudah pun keluar dari kafe tersebut.

"Zyra !" panggil Aizat dari arah belakang.

Zyra menghiraukan panggilan itu. Dia terus mengatur langkahnya sepantas yang mungkin.

Aizat terus berlari dan mengejar Zyra.

Dia menggapai lengan Zyra.

"Zyra Hannan !" suara Aizat mengeras.

Zyra akhirnya memberhentikan langkahnya.

"Lepaskan saya lah !" bentak Zyra.

"Kenapa kau suka lari dari aku ? Kenapa setiap kali kita ada masalah , kau selalu larikan diri kau ?" akhirnya Aizat bersuara.

Zyra hanya memandang kosong ke arah Aizat.

"Sebab saya tak kuat." jawabnya ringkas lalu menepis pegangan Aizat.

Dahi Aizat berkerut.

"Apa maksud kau ?"

Zyra menarik nafas sedalam-dalamnya.

My Mr Annoying !Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin