BAB31

2.2K 73 0
                                    

Aizat sengaja memunculkan diri di khalayak ramai dan di hadapan rakan-rakan Zyra selepas peristiwa yang lepas dimana Zyra menceritakan masalahnya di kampus agar dia dapat membuktikan bahawa apa yang mereka dengari selama ini adalah salah. Dia mahu membuktikan kepada mereka bahawa dia merupakan suami yang sah dan dikahwini secara baik  dan bukannya kerana perbuatan keji.

  "Hah sampai dah pun ! Puas kitorang tunggu !" tegur Amirah.

Semua mata memandang tepat ke arah mereka berdua terutama sekali ke arah Aizat. Mereka tertanya-tanya siapakah jejaka yang kacak itu.

Erhan dan Hariz berjabat tangan dengan Aizat. Semua yang melihat agak pelik. Bagaimana Erhan dan Hariz mengenali jejaka itu? Dan soalan penting , apakah hubungan lelaki itu dengan Zyra?

Zyra menayang sengih.

  "Hehe sorry lah , tadi aku borak dengan family aku jap." balas Zyra.

  "Ehem ! Tak nak kenalkan dekat kitorang ke siapa handsome boy dekat sebelah kau tu?" tegur Fiza.

Zyra tergelak kecil mendengar usikan kawan sekelasnya itu.

  "Oh ya by the way , this is my husband , Aizat Irsyad. Emm.. Abang , diorang ni semua classmates Zyra." Zyra memperkenalkan Aizat kepada rakan-rakannya.

Aizat hanya mengangguk sekali sambil tersenyum nipis tanda sebagai sapaan.

Seluruh mata terbeliak sebaik sahaja mendengar penjelasan Zyra.

  "Suami kau Zyra ?! Serius lah ?! Handsome giler !"

  "Really Zyra ?! Ya ampun untungnya kauu !"

  "Omaigod ! Your husband memang handsome teruk lah ! Sepadan dengan kau Zyra !"

  "Ha ah ! Laki kau handsome , kau pulak cantik , haih memang bagai pinang dibelah dua lah !"

Kedengaran suara-suara memuji mereka berdua. Zyra dan Aizat hanya mampu mengulum senyum malu.

  "Oh by the way... Hm betul ke yang pasal kau dekat ig story Gina haritu ? For God sake , i don't wanna believe that witch you know !" ujar Fiza dengan wajah meluat.

Zyra terdiam.

Perlahan lahan Aizat menggapai jari jemari Zyra lalu digenggamnya erat. Zyra mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah suaminya dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

  "Ehem..." Aizat berdehem perlahan.

Semua mata tertumpu ke arahnya. Menantikan ayat seterusnya daripada lelaki itu.

  "Sorry for interrupting but , here ,  I want to make it clear for all of you that has misunderstanding us . Saya dengan Zyra berkahwin bukan disebabkan kami kena tangkap basah macam yang you guys semua dengar .  Itu semua fitnah. Saya berkahwin dengan Zyra atas sebab aturan keluarga. Pada mulanya it was hard for us to accept it. But we tried to accept each other. And alhamdulillah,we both complete each other. You know , bukan senang nak pertahankan rumah tangga and hubungan ni tanpa cinta at the first. Tapi hasil kesabaran kami , we're so happy together until now. So saya harap sangat-sangat , stop insulting Zyra and me. You don't know how hard we're going through this marriage. And saya tak nak disebabkan fitnah yang tersebar , hubungan kami retak , rumah tangga kami pecah belah. We put lots of effort for this marriage. I hope you guys can respect our relationship. That's all. " terang Aizat panjang lebar .

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now