BAB60

2.5K 87 1
                                    

- Khamis
- 19/12/19

Akhirnya ! Finally !

Zyra gembira saat kakinya menapak di hadapan rumah ibu mertuanya itu. Sengaja dia tidak memaklumkan Aizat terlebih dahulu. Nak buat surprise lah kononnya.

Jam tangan berjenama Gucci itu dipandangnya sekilas.

Dah pukul 10.30

  "Diorang dah tido ke eh?" Zyra bermonolog.

Suis loceng rumah agam itu ditekan beberapa kali.

Kelihatan muka Dato' Fuad menyambut pandangannya , kebetulan pula dia saja menghabiskan masanya diluar sebentar sambil menghirup kopi panas dan membaca surat khabar. Zyra tayang senyum nipis.

  "Lailahaai..." kata Dato' Fuad sebaik sahaja ternampak bayang menantunya itu dibalik pintu pagar besar yang tersergam elok.

Dato Fuad menekan alat kawalan jauh pintu pagar itu. Membuka pintu buat menantu kesayangannya.

   "Assalamulaikum pa.." tegur Zyra , lembut.

Dia menyalami tangan tua itu.

Dato' Fuad tersenyum nipis.

  "Ya Allah... Lama betul tak nampak menantu papa ni.." ujar Dato Fuad sambil dia menepuk lembut bahu Zyra.

Zyra tersenyum.

  "Maaf pa , sebab tak datang jenguk. Zyra betul-betul tak sempat. Cuti kejap sangat." mohon Zyra.

Dato' Fuad mengangguk faham.

  "Eh ! Mari mari masuk rumah. Apa lagi tercegat dekat sini ? Meh masuk meh." pelawa Dato' Fuad serta merta.

Dia menanggalkan kasut sandalnya. Dia sememangnya kurang gemar mengenakan kasut bertumit tinggi.

  "Aizat ! Isteri kamu dah balik !" panggil Dato' Fuad sedikit kuat , dari tingkat bawah di ruang tamu.

Datin Airina yang berada didapur terkocoh-kocoh menuju ke arah ruang tamu sebaik sahaja mendengar riuh rendah suara suaminya menjerit.

Matanya terbuka luas saat melihat Zyra yang elok berdiri dengan beg bagasi besar bersebelahannya.

Zyra kelihatan lebih kurus berbanding dulu. Walau hanya mengenakan baju labuh muslimah berwarna hitam dan tudung bawal berwarna pink belacan , menantunya itu masih tetap kelihatan cantik dan berseri.

Zyra mendekati Datin Airina. Dihulurnya tangan ke arah ibu mertuanya itu.

Selepas mendengar cerita Aizat mengenai tanggapan dan pandangan Datin Airina terhadap dirinya sepanjang dia meninggalkan Aizat , Zyra agak risau dan cuak hendak berhadapan dengan ibu mertuanya itu.

Datin Airina serba salah sama ada hendak menyambut huluran itu ataupun tidak.

Memang.

Hatinya masih lagi marah dan terasa dengan perbuatan menantunya itu , namun sebaik sahaja dia melihat raut wajah yang lembut milik Zyra , hatinya mudah lembut.

Perlahan-lahan dia menyambut huluran itu.

Zyra tarik nafas lega.

Aizat yang sedang menuruni anak tangga terkejut beruk sebaik sahaja melihat figura yang berdiri menghadapanya. Dari jauh dilihatnya Zyra tersenyum manis dan melambai ke arahnya.

Ayunan langkah dipercepatkan. Dia segera mendapatkan Zyra. Ditariknya tubuh genit itu kedalam rangkulannya. Zyra terkejut besar.

   "Ya ampun suami aku ni ! Memang spesies muka tak tahu malu agaknya ! Depan parents pun still tak behave !" bebel hatinya.

My Mr Annoying !On viuen les histories. Descobreix ara