BAB 68

3.7K 98 20
                                    

Aizat memandang sekilas ke arah jam tangan di pergelangan tangan kirinya. Sudah hampir jam 9 malam namun Zyra masih belum menelefonnya. Aizat  mencekak pinggangnya. Dia segera mencapai telefon pintarnya lalu mendail nombor telefon Zyra dengan kadar segera.

   "Assalamulaikum hello.." kedengaran suara lembut Zyra menyapa hawa telinganya.

Aizat tarik nafas lega.
 
   "Waalaikumussalam , sayang ! Sayang pergi mana ? Kenapa tak angkat call abang ? Dah pukul berapa dah ni ? Abang risau tau tak ?" bertalu-talu soalan ditujunya pada si isteri. Nada suaranya jelas menggambarkan kegusaran dan kerisauan yang melanda hati.

Zyra tergelak kecil di hujung panggilan.

   "Ya Allah abang... Sabar.. Sayang bukan sengaja tak nak call or angkat call abang. Tadi patient ramai abang dekat wad kecemasan tu.  Itu yang lambat sikit. Abang boleh ambik sayang sekarang ke ? Sayang penat lah." Zyra merengek manja.

Aizat tersenyum nipis.

   "Ha ah kejap lagi abang sampai. Jangan keluar selagi abang tak sampai okey ?" pesan Aizat.

    "Okey. Abang tu hati-hati drive. Apa-apa call je." pesan Zyra pula.

                        ****
Usai menggantikan baju , Aizat menyusun langkah dengan laju menuju ke arah keretanya.

    "Aizat ! Laju jalan ? Nak pergi mana malam malam buta ni ?" suara Datin Airina memberhentikan langkahnya.

  "Oh ma. Zat keluar gi ambik Zyra kejap. Dia baru habis kerja." balas Aizat.

Datin Airina hanya mengangguk tanda mengerti.

Melihat Aizat semakin jauh dari pandangannya , Datin Airina mencebik.

   "Dapat bini pun kerja tak tentu masa , macam mana nak jaga anak sendiri nanti dah kalau suami sendiri pun tak terjaga ? Huh !" gumamnya perlahan.

                           ****
Sampai sahaja di dalam hospital , Aizat berjalan bersama senyuman manis mengiringi langkahnya ke arah sang isteri.

Zyra tergelak kecil melihat senyuman Aizat yang melebar.

Aizat lantas mengambil beg dan botol air berjenama Tupperware yang dipegang oleh Zyra. Tangan isterinya di genggam erat. Zyra hanya tersenyum nipis.

Mereka berjalan beriringan.

   "How was your first day working Dr Zyra Hannan ?" soal Aizat.

Zyra tergelak kecil.

   "Hmm... So far so good ! Cuma letih sikit hehe." balas Zyra dengan sebuah sengihan dihujung bicaranya.

Aizat mengangguk faham.

   "Eh Dr Zyra ?" suara milik seorang perempuan menyapa mereka berdua.

Zyra dan Aizat mengalihkan pandangan mereka ke arah punca suara itu.

   "Eh Dr Iman !" tegur Zyra , ramah.

Aizat hanya tersenyum.

   "Dah nak balik ke ?" soal Dr Iman. Namun matanya lebih tertumpu ke arah susuk tubuh jejaka kacak di sebelah Zyra.

  "Damnnnn handsome bethollll !" bisik hatinya.

Zyra mengangguk seraya bertanya.

   "Awak tak balik lagi ke ?"

Dr Iman menggeleng dengan wajah mencuka.

  "Shift saya sampai esok pagi."

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now