BAB14

2.5K 79 1
                                    

Aizat menolak troli itu sambil membuntuti isterinya.

Fuhh , boleh tahan jugak bini aku ni shopping. Fikir Aizat sambil matanya melirik ke arah troli yang ditolaknya.

Sarat dengan makanan ringan , maggie , ramen , coklat , manis manisan dan banyak lagi !

Zyra menuju ke rak peti sejuk yang mengandungi segala jenis susu. Matanya bersinar.

Aizat hanya setia menunggu.

   "Kau ni beli susu ke buat susu ? Nak ambil satu pun lambat ke?" tegur Aizat selepas tiga minit memunggu Zyra memilih susu.

Zyra mencebik. Dia lantas memcapai empat botol susu kurma berjenama Farm Fresh itu. Kemudian dia turut mengambil dua kotak susu Marigold HL . Diletaknya ke dalam troli.

Aizat memandangnya terkejut.

  "Dah kenapa awak ni? Jomlah bayar , tadi bising sangat !" geram pula Zyra.

  "Kau ni minum ke kedarah ni?" soal Aizat tidak percaya.

Zyra hanya menjeling. Malas hendak bergaduh. Dia mula mengorak langkah ke arah kaunter pembayaran.

Tiba-tiba Aizat menarik tangannya.

  "Oi , kau ingat kau je nak beli barang ? Jom teman aku pergi belah sana jap." ujar Aizat.

Zyra menahan geram.

Eeeee ! Geramnya !

Mereka mula mengatur langkah ke arah rak dimana terdapat paket-paket spaghetti dan juga sos untuk pasta.

  "Aku teringin nak makan benda alah ni. Kau reti masakkan tak?" soal Aizat sambil tangannya ligat memilih sos kegemarannya.

Zyra tergelak kecil.

  "Ceh , setakat spaghetti tu , petik jari jelah !" Zyra tersenyum bangga.

Aizat mengangguk perlahan. Bagus. Salah satu ideal type Aizat ialah seorang yang boleh memasak. Tambah-tambah lagi makanan kegemarannya.

   "Tapi kenapa awak tak makan dekat kedai je ? Lagi senang. Awak kan banyak duit." ujar Zyra .

  "This is not about money. Saja. Nak rasa air tangan bini sendiri. Lagipun , aku busy dengan kerja , kalau teringin pun , tak sempat nak beli . Ni dah kahwin ni , baik aku guna bini aku je." katanya sambil tersenyum nakal.

Zyra mendengus. Tak habis-habis nak kenakan aku .

   "Awak , saya nak pergi ambil bahan lain untuk spaghetti ni jap , awak beli lah dulu barang apa yang awak nak." kata Zyra.

Aizat mengagguk faham.

   "Kau beli lebih sikit sayur sayur and bahan masak yang lain. Petang nanti kita balik rumah kita. Beli siap-siap sebab rumah tu takde barang masak. Rumah baru lagi." pesan Aizat.

Zyra mengangguk beberapa kali. Hatinya sedikit tersentuh dengan perkataan yang digunakan oleh Aizat iaitu "rumah kita".

Sebaik sahaja Zyra mengorak langkah , Aizat menuju ke bahagian beras .

                          ****
Sarah terkejut sebaik sahaja dia ternampak Aizat di pasaraya itu. Dia segera mendekati lelaki itu.

  "Aizat !" panggil Sarah dengan suara yang gedik.

Aizat mengalihkan pandangannya.

  "Sarah.." sahutnya perlahan.

  "Where the heck did you go ?! Kenapa I call you tak angkat ? Even my whatsapp chats pun you ignored ? Kenapa you macam larikan diri daripada I?" soal Sarah bertalu-talu.

Sungguh dia amat rindukan lelaki ini.

Aizat menghela nafas.

  "I'm sorry but memang I sengaja taknak berjumpa and berhubung dengan you." ujarnya jujur.

Sudah tiba masanya dia berterus terang. Dia tidak mahu jadi lelaki yang penakut.

  "What ? Kenapa? Apa yang I dah buat?" soal Sara .

Dia cuba mencapai tangan Aizat namun ditepis oleh Aizat denga perlahan.

Sara bertambah terkejut.

   "Macam ni lah Sara . I dah kahwin." akhirnya Aizat berjaya mengaku.

Sara terdiam. Dia merenung wajah Aizat dalam-dalam. Cuba untuk mencari kebenaran itu.

   "No. You tipu I. You tipu I kan ?" Sara masih tidak percaya.

Belum sempat Aizat bersuara , Zyra berjalan ke arah mereka.

   "Err , kenapa ni ?" soal Zyra pelik.

Sara memandang ke arah Zyra dengan mimik wajah pelik . Zyra hanya tersenyum nipis.

   "Sara ,this is Zyra , my wife . Zyra , this is Sara." Aizat memperkenalkan Zyra kepada Sara.

Sara tersentak.

  "Hahaha. Wife ? So you're Aizat Irsyad's wife ?" soalnya sinis.

Zyra mengangguk.
 
  "Yes I am. Kenapa ya ?"

Sara tersenyum sinis.

  "Wah betullah kan orang cakap . Lelaki ni bila pilih girlfriend kemain demand nak yang seksi seksi. Tapi bila pilih bini , wah . Nak yang baik , bertudung litup. Am I right Aizat?" soalnya sinis.

Zyra semakin tidak faham.

Aizat meraup kasar wajahnya.

  "I think we gotta go." putus Aizat lalu mencapai tangan Zyra. Digenggamnya kemas.

Sara panas hati melihat.

  "Havva good life with your wife , Aizat Irsyad. " ucapnya tidak ikhlas.

Pandangannya beralih ke arah Zyra.

   "Zyra , you terlalu baik untuk jantan macam dia . Jangan tertipu dengan dia and at the end kena game , like me. By the way , nice to meet you . May both of you live happy together." ujarnya lalu melangkah pergi.

Zyra terdiam.

Apa semua ni ?

                          ****

Suasana di dalam kereta senyap sunyi . Baik Zyra mahupun Aizat , masing-masing memilih untuk berdiam .

   "Em..." belum sempat Zyra hendak menanya , Aizat terlebih dahulu memotong.

  "Kau diam . Aku tak nak cakap apa-apa  atau terangkan apa-apa." keras suaranya .

Zyra tersentak . Terasa hatinya. Ini kali pertama Aizat berkeras dengannya .

Zyra melemparkan pandangannya ke arah luar tingkap . Malas hendak bertingkah . Penat .

                         ****

Datin Airina dan Datin Fuad menunggu anak menantu mereka di halaman banglo.

   "Ma , pa , Aizat minta diri dulu . Nanti bila bila Aizat senang , Aizat jenguk mama dengan papa . Insya Allah." ujar Aizat.

Dato Fuad dan Datin Airina mengangguk faham.

Aizat dan Zyra segera menyalami tangan tua itu. 

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now