BAB64

2.6K 81 0
                                    

Maldives
19/12/19

Zyra menyelak kain langsir di resort yang disewa mereka itu. Terus kelihatan hamparan laut dan pemandangan hijau yang cantik dan indah.

Bibir Zyra melopong luas. Terlalu teruja melihat pemandangan yang menakjubkan itu.

   "Subhanallah... Cantiknya..." desis hati kecilnya.

Aizat hanya tersenyum melihat raut wajah isterinya itu. Takjub sangat tu.

Aizat tarik bagasi besar itu lalu diletakkannya di tepi almari baju. Kaki dihayun ke arah katil bersaiz king itu lalu menghempas tubuhnya di atas katil yang lembut tersebut. Tangan didepanya.

Letih !

Perjalanan dari Malaysia ke Maldives yang memakan masa berjam-jam itu benar-benar meletihkannya. Jet leg pun masih terasa.

Zyra mengalihkan semula pandangannya ke arah Aizat yang sudah pun selamat membongkang di atas katil. Senyuman terukir di bibir kecilnya.

Kasihan pula melihat suaminya yang kelihatan penat dan tak bermaya itu. Mana tidaknya , Aizat langsung tak membenarkan Zyra untuk mengangkat bagasinya sendiri. Aizat... Aizat.. Gentleman sangat !

Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Dipegangnya bahu Aizat lalu menggoncangnya perlahan.

   "Awak... Bangun , mandi , tukar baju.."

Aizat masih lagi memejamkan matanya.

Zyra hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia lantas bangun. Biarlah suaminya itu berehat sebentar. Dia mahu membersihkan dirinya terlebih dahulu. Badan terasa melekit dan berpeluh !

Aizat masih diulit mimpi. Sekejap sahaja jejaka itu sudah pun terlelap.

                           ****
Aizat dan Zyra berjalan berpegangan tangan di sepanjang persisiran pantai.

Air laut yang membiru kehijauan benar-benar cantik ! Airnya yang jernih menampakkan pasir-pasir putih di dasar laut.

 
Zyra yang memakai kain bercorak bunga-bungaan itu menyelak sedikit kain agar tidak menyentuh air laut. Bimbang sekiranya basah teruk.

Belum sempat Zyra mengangkat kainnya naik ke atas sedikit , Aizat pantas menghalang.

Zyra memandangnya pelik.

  "Dah kenapa awak ni?" soalnya , geram.

Habis basah kainnya itu !

Aizat memandangnya tajam.

   "Kenapa apanya ? Takkan awak nak saya biarkan orang ramai tengok aurat bini sendiri kot ?" tegas sahaja suaranya.

Zyra terdiam. Sengihan diberinya.

  "Hehehe... Sorry.." pintanya.

Aizat hanya diam.

Zyra ada perasan juga perangai Aizat sepanjang tempoh mereka bersama-sama.

Terutamanya dari segi panggilan.

Kalau mood Aizat normal , romantik atau sweet , panggilannya abang-sayang. Namun bila marah , cemburu , terasa atau menegur , Aizat menggunakan panggilan saya-awak. Sejak mereka sudahpun bertukar cara panggilan , belum pernah lagi dia mendengar Aizat membahasakan dirinya kau-aku dengannya. Walau dia marah sekalipun.

Perlahan-lahan lengan Aizat dirangkulnya. Memandang tepat muka Aizat.

  "Abang... Janganlah marah.. Sayang tak sengaja.." pujuknya.

My Mr Annoying !Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon