Sudah masuk hari ketiga Zyra tinggal bersama-sama keluarga Aizat. Walaupun Aizat merupakan anak tunggal , rumah itu tetap berseri dan ceria . Pada pandangannya , bapa mertuanya itu bijak memcari masa untuk bersama keluarga walaupun dia sibuk menguruskan syarikatnya . Manakala ibu mertuanya pula memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa . Katanya Aizat dan suaminya perlukan perhatiannya sebagai seorang ibu dan isteri .
Dalam diam , Zyra bangga . Keluarganya sendiri ? Hm entahlah . Papanya sibuk bekerja , Datin Zarina pula sibuk menguruskan bakerinya . Zarif ? Huh budak bertuah itu lagilah . Dah kalau nama lelaki memang taklah nak lekat dekat rumah .
Dirinya pula ? Agak sibuk . Dengan kelas , assignment . Hm...
Sejujurnya Zyra agak gembira tinggal disini . Setiap hari pasti Datin Airina mengajarnya membuat kuih muih atau kek pada setiap petang.
Lamunan Zyra tersentak apabila terdengar bunyi pintu dikuak perlahan . Wajah Aizat menjemput pandangannya .
"Kau fikir apa? Termenung je." tegur Aizat seraya duduk di meja kerjanya. Lalu tangannya menggapai laptop berjenama apple itu dan menghidupkannya. Matanya tertumpu ke arah laptop tersebut .
"Tak ada apa-apa pun. Awak banyak kerja lagi ke ?" soal Zyra.
Aizat hanya mengangguk sambil jari jemarinya ligat menari di atas papan kekunci.
Zyra bingkas bangun dan menuju ke dapur . Aizat yang leka langsung tidak sedar akan ketiadaan isterinya itu.
Selepas lima minit , Zyra kembali ke bilik bersama dengan dua cawan nescafe panas . Satu untuknya dan satu untuk Aizat .
"Awak , nah ." hulur Zyra .
Aizat mengangkat wajahnya lalu tersenyum nipis sambil menyambut huluran tersebut .
"Thanks."
Dia mencicip sedikit .
Sedap . Cukup rasa . Pertama kali dia merasakan nescafe ini sngat sedap .
Zyra bingkas bangun ke arah sofa di hujung bilik . Dia meletakkan cawan itu di atas meja lalu mengeluarkan beberapa buah buku untuk menyiapkan assignment nya. Mujur sahaja terdapat meja kopi di dalam bilik tidur itu. Mudah sedikit kerjanya .
Aizat memandang ke arah Zyra yang sibuk menulis . Rambut Zyra yang panjang melepasi bahu itu dibiarkan mengurai . Aizat terpana .
Cantik . Sangat . Sangat .
Desis hatinya . Aizat bingkas bangun dan mengambil getah rambut . Dia menuju ke arah Zyra lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Zyra.
Zyra memandangnya pelik.
"Kau sini sikit ." arah Aizat supaya Zyra merapatkan dirinya.
"Aw..awak nak buat apa?" soalnya curiga.
Hish jangan macam-macam mamat ni . Aku jerit kang.
"Kau ni boleh tak jangan banyak tanya ?" soal Aizat geram.
Zyra menggeleng laju .
"Aku kira sampai tiga je , kalau kau degil jugak aku cium kau." ugut Aizat sambil tersenyum nakal.
Saja hendak menyakat isterinya itu.
Watehek !
Zyra terdiam sejenak.
"Satu" Aizat mula menghitung.
"Dua..." , "Ti.."Zyra dengan sepantas kilat mendekatkan dirinya ke arah Aizat sehingga muka mereka amat dekat.
YOU ARE READING
My Mr Annoying !
Romancehighest ranking #1 #annoying highest ranking #1 #dramasangat Why should I marry with someone yang aku langsung tak kenal malah tak cinta ? - Zyra Hanan Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau hah ? Aku pun ada pilihan hati aku ! - Aizat Irsyad...