BAB12

2.7K 89 0
                                    

Zyra dan Aizat masing-masing sudah memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta.

Zyra menyalami tangan kedua-dua ibu bapanya. Sebak mula memenuhi ruang jiwa.

"Zyra sayang , jaga diri elok-elok ye sayang ? Jaga pakai minum suami , jangan sesekali melawan cakap suami , jadi isteri yang solehah ." pesan Datin Zarina , menaham sebak.

Tanpa menunggu panjang ,Zyra segera memeluk erat tubuh wanita yang amat disayanginya. Zarif yang berada disitu hanya tersenyum sumbing melihat kakaknya menangis seperti kanak-kanak.

"Aizat, kamu jaga anak papa elok-elok ya ? She is under your responsible now. Syurga dia di bawah tapak kaki kamu , jadi kamu bimbinglah isteri kamu sebaik mungkin ." pesan Dato Hamzah kepada Aizat.

Aizat tersenyum nipis.

"Insya Allah pa. Aizat akan cuba. Papa dengan mama jangan lupa doakan kami ya ?" ujarnya .

Zyra mengangkat mukanya memandang Aizat . Mencari keikhlasan di wajahnya. Namun dia tidak tahu membaca air wajah Aizat.

"Ma,pa , Zyra pergi dulu eh. Halalkan makan minum Zyra selamani." ujar Zyra perlahan.

Dato Hamzah dan Datin Zarina mengangguk .

Pandangan Zyra beralih kepada adik lelakinya pula.

"Woi , kau jaga mama dengan papa baik-baik. Akak dengar kau susah kan mama dengan papa kau siap kau. Lagi satu , kau tak payah lah buang masa lepak sana sini. Kau belajar elok-elok !" pesannya sambil menjegilkan matanya.

Dato Hamzah dan Datin Zarina ketawa melihat Zyra menasihati adiknya. Aizat turut geli hati namun dia menyembunyikan senyumannya.

"Hish . Orang tahulah. Sibuk je akak ni. Abang Aizat , nanti kita main PUBG sama-sama lagi tau !" mata Zarif bersinar memandang ke arah Aizat.

Aizat tergelak kecil.

"Yelah . Nanti bila bila Abang free , kita main sekali ye ?"

Zarif menangguk semangat.

Dahi Zyra berkerut seribu.

Entah sejak bila tah dua orang ni rapat . Siap main game sekali pulak tu.

"Okeylah , kitorang gerak dulu eh , papa , mama. Nanti kitorang free , kitorang melawat lagi. Jaga diri ya." pesan Zyra.

Aizat dan Zyra masuk ke perut kereta lalu memulakan perjalanan.

****

Dimana ada Aizat dan Zyra , disitu pasti ada kesunyian. Aceywah gituu ~

Suasana sunyi dan "awkward" menguasai situasi di dalam kereta ketika ini.

Aizat memasang radio

Aku , selalu tersenyum ~
Bayangkan kita , hidup berdua ~

Kedengaran lagu mula dimainkan di radio.

Zyra hanya memilih untuk melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Seketika , dia baru teringat yang dia ingin menanyakan sesuatu kepada Aizat.

Zyra berdehem.

"Err, sejak bila awak rapat dengan si Zarif gelong tu?" soal Zyra.

Aizat tersenyum sambil matanya ditumpukan ke arah pemanduan.

"Sejak aku kahwin dengan kau lah."

"Ish , yelah. Tapi since when?"

Aizat tersenyum lagi.

"Masa kau nak mandi haritu kan aku ada cakap nak bersembang dengan adik beradik kau. Tapi aku awkward and segan. So aku duduk jelah dekat sofa tu sambil tengok fon. Tiba-tiba Zafril datang ajak aku main PUBG dengan dia , and since I was doing nothing , aku on jelah." terangnya panjang lebar.

"Ouh... Begitu..." Zyra mengangguk faham.

"Kau nak tau something tak ?" soal Aizat.

"What is it ?" soalnya semula.

"Since I was 6years old , aku selalu berharap yang aku akan ada adik lelaki." Aizat memulakan ceritanya.

Dahi Zyra terjongket tanda dia ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai cerita itu.

"Why ?" soal Zyra lagi.

"Because my mom and my dad were so busy with their work. Most of my times I'll just spend with my maid at home. Since aku anak tunggal , so aku memang selalu sorang-sorang dekat rumah. Bila aku main sorang-sorang , aku selalu terfikir , mesti seronok kalau ada adik lelaki , at least aku ada peneman. Hahahaha. " Aizat tergelak kecil.

Namun ketawa itu kedengaran sayu dan tidak ikhlas ditelinga Zyra.

Aizat menyambung.

"So , what I'm trying to say is , do appreciate your brother since you have him. It seems like a normal thing for you to have a brother. But you don't know how precious it is for those who doesn't have any brother or sister to play with, to argue with. You should be thankful Zyra."

Zyra tersentak. Sungguh dia terasa dengan kata-kata Aizat.

"Hm. What ever." balasnya acuh tidak acuh.

Aizat tersenyum lagi.

"Kau lapar tak ?" soal Aizat.

Zyra berfikir .

"Hm... Not so hungry , tapi saya tak rasa nak makan lah."

Aizat merenung Zyra pelik lalu mengalihkan semula pandangannya ke arah jalan.

"Women are so complicated."
ujarnya perlahan namun masih dapat didengari oleh Zyra.

"What did you just say?" soal Zyra bengang.

Aizat menggeleng.

"Nothing. Hm, kalau macam tu , kita makan dekat rumah jelah eh ?"

Zyra hanya mengangguk. Malas hendak bersuara.

****

Kereta Audi berwarn putih milik Aizat memasuk ruang parkir di halaman rumah bangol tiga tingkat milik keluarganya itu.

Aizat menarik handbreak. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Zyra yang terlelap .

"Bangun , dah sampai."

Masih tiada sahutan.

Aizat merenung seketika ke arah Zyra. Dia mengeluh perlahan.

"Woi , bangunlah." geraknya lagi.

Namun Zyra masih diulit mimpi.

Aizat dengan perlahan menyentuh bahu Zyra dan menggerakkannya.

"Ish , saya nak tido lah." gumam Zyra perlahan.

Aizat tersenyum.

"Dah sampai ha, bangun bangun !"

Aizat mendekatkan dirinya ke arah Zyra untuk membuka tali pinggang keledar.

Namun tanpa diduga , Zyra tiba-tiba mengalihkan mukanya lalu bibirnya terkena pada bibir Aizat.

Aizat tersentak. Dia segera menjauhkan dirinya daripada Zyra. Zyra pula masih tidak puas tidur oleh kerana keletihan.

Jantung Aizat berdegup kencang. Apakah yang baru dia alami tadi ? Aizat memandang Zyra.

Fuh nasib si Zyra tidak sedar , kalau tidak memang malu tujuh keturunan. Fikir Aizat.

Tanpa menunggu lagi, Aizat segera menggoncang tubuh Zyra dengan lebih kuat .

"Woi bangunlah ! Dah sampai dah ! Kau nak aku dukung kau ke macam mana ? Baik kau bangun." suara Aizat ditinggikan.

Zyra membuka matanya perlahan.

"Huh?"

Aizat segera keluar daripada perut kereta.

Zyra bagaikan bahaya buatnya sekarang ini. Dia merasakan ingin lari daripada Zyra.

Zyra mengikut jejak Aizat keluar daripada kereta.

"Kita dah sampai ke ?" soal Zyra kepada Aizat yang berjalan ke arah pintu

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now