BAB 3

3K 98 1
                                    

Zyra masih belum memberi kata putus bagi lamaran "paksa rela" Aizat walaupun dia sudah menerima petunjuk bagi istikharahnya. Sejujurnya , dia masih tidak dapat menerima kenyataan bagi istikharah tersebut . Zyra termenung sejenak .

   "Hmm... Apa patut aku buat sekarang ni ? Mama dengan papa dah mula bertanya . Ya Allah..."

Kedengaran pintu bilik terkuak perlahan . Zyra segera mengalihkan pandangannya ke arah pintu bilik . Wajah Datin Zarina yang tersenyum nipis menyambut pandangannya .

    "Zyra sayang , sibuk ke ?" soal Datin Zarina sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di birai katil sambil matanya memerhati tepat ke arah anak perempuannya yang duduk di meja belajar .

     "Tak busy mana pun ma . Why?" soal Zyra pelik .

      "Hm... Mama nak tanya ni . Boleh ?"

      "Fasal Aizat and what was my decision right ?" balas Zyra dengan senyuman paksa .

        Datin Zarina membalas dengan anggukan kecil .

      " Mama harap sangat Zyra terima ya sayang ? Zyra je harapan mama dengan papa. "

Zyra menghela nafas . Dia memejamkan matanya sebentar .

       "Ya Allah , kalau ini jalan yang terbaik buatku dan juga orang lain , aku redha. Sungguh aku buat keputusan ini berdasarkan istikharahku dan juga petunjukmu. Permudahkanlah." Zyra berdoa di dalam hati .

Dia kembali membuka matanya . Matanya melirik ke arah ibunys yang tersayang dan segaris senyuman dihadiahkan .

      "Zyra terima lamaran Aizat ma . Kalau ini yang terbaik untuk kita semua , Zyra redha ."

Datin Zarina yang terkejut dengan jawapan itu segera mendapatkan anaknya dan memeluknya dengan erat . Zyra merupakan anak yang mudah mendengar kata sejak dahulu lagi .

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now