BAB47

2.1K 66 6
                                    

Zyra menghirup nafas sedalam-dalamnya sebaik sahaja kakinya menjejak di atas tanah kelahirannya. Dia memerhati di sekitar lapangan terbang itu. Walaupun sudah tiga tahun berlalu , namun tiada banyak perubahan di kawasan itu. Zyra mengukir sedikit senyuman.

Arghhhh ! Rindunya dia pada bumi ini ! Sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia , Zyra sibuk berfikir soal makanan. Hehe. Sudah terlalu lama rasanya dia tidak merasai makanan tempatan. Sambal belacan , ikan bakar , kari kepala ikan , rendang , sate , nasi lemak aaaa dan banyak lagi lah ! Tak sabarnya nak buat food hunting ! And of course lah Amirah yang akan menjadi mangsanya nanti ! Hehe ! Tunggu kau Mira !

****
"Assalamulaikum ! Mama ! Papa ! Adik !" suara Zyra memenuhi ruang rumah tersebut sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalai..." kata-kata Datin Zarina terhenti sebaik sahaja melihat figura anaknya berdiri dihadapan matanya.

"Mama !" jerit Zyra gembira sambil mendepakan tangannya ke arah Datin Zarina.

"Ya Allah ! Anak mama !!!" jerit Datin Zarina pula.

Mereka segera berpelukan. Seerat yang mungkin !

Air mata Zyra jatuh setitik demi setitik.

"Zyra.. Zyra kenapa tak balik nak ? Mama , papa dengan adik rindu Zyra sangat-sangat tau tak ! Kenapa buat macam ni ?!" soal Datin Zarina sambil menepuk perlahan belakang Zyra.

Zyra hanya mampu merembeskam air matanya.

"Maafkan Zyra ma... Zyra tak berniat pun... Maafkan Zyra.. " lirihnya.

****

Dato Hamzah tersenyum ceria melihat teletah anak daranya dan isterinya memasak di dapur.
Terubat juga rindunya.

"Masak apa tu sayang papa?" soal Dato Hamzah.

Zyra menoleh.

"Hehehe... Biasa biasa je pa.. Dinner malam ni kita makan asam pedas bawal , sayur kangkung goreng , sotong celup tepung dengan sambal ikan bilis petai !" balas Zyra sedikit teruja.

"Amboi... Sedap-sedap belaka ! Zyra ke yang masakkan semua ni ?" soal Dato Hamzah lagi.

"Eh tak lah ! Mana ada ! Mama yang masakkan. Zyra cuma goreng sotong dgn kangkung tu je. Hehe. Yang lain semua mama yang masak !" ujar Zyra sambil tersengih.

Dato Hamzah hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Kejap lagi lepas solat maghrib berjemaah , kita dinner. Hah , kejap lagi Zyra tolong naik atas panggilkan Zarif. Papa tak larat nak panjat tangga." pesan Dato Hamzah.

Zyra hanya mengangguk faham sambil tangannya membentuk simbol "okay".

****
Suasana di meja makan riuh rendah dengan suara mereka empat beranak.

Zyra sibuk menceritakan suasana pembelajaran dia di China , mengenai universitinya , kawan-kawan , dan juga professor.

" Kak , dekat sana ada ramai awek awek yang cun tak?" soal Zarif lalu mengenyitkan matanya.

Zyra tarik muka geli.

"Euwww ! Kau ni kan ! Gatal !" balas Zyra.

Zarif tergelak kecil.

"Alah , serious lah kak , takkan takde kot ?" soal Zarif lagi.

"Adaaaa ! Ramaii ! Asal , kau nak bagi dekat mama dengan papa menantu amoi ke ?" perli Zyra sambil menjeling ke arah adik lelakinya yang sangat annoying itu.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now