BAB38

2.2K 67 8
                                    

Hari ini merupakan hari dimana Zyra Hanan akan meninggalkan bumi kelahirannya.

Zyra melihat segala persiapan yang sudah disiapkan. Beg , pakaian , dan macam macam lagi.

Hatinya berbelah-bahagi. Fikirannya masih memikirkan tentang jejaka itu. Ya , suaminya , Aizat Irsyad.

Will he come to meet me for the last time ?

Bunyi ketukan pintu dari luar bilik membangunkan dia daripada lamunannya.

   "Zyra , dah bersiap ke?" kedengaran suara Datin Zarina memanggil Zyra dari arah luar bilik.

   "Ye ma. Kejap !" sahut Zyra.

Zyra menggapai beg tangan dan bagasinya dengan segera sebaik sahaja mendengar panggilan daripada Datin Zarina.

                          ****
Aizat menghiraukan kewujudan sahabat baiknya itu. Sudah 3 minit berlalu , masing-masing diam membisu.

Aizat lebih selesa menyambung semula kerjanya yang bertimbun. Matanya langsung tidak lari dari komputer dihadapannya.

Imran pula hanya duduk di kerusi berdekatan dengan meja kerja Aizat dan memerhati gerak geri Aizat sambil menyilangkan kakinya.

   "Okey fine ! Tell me now Imran , kau nak cakap apa sebenarnya ni ?" akhirnya Aizat mengalah.

Dia sudah rimas dengan pandangan sarkastik Imran kepadanya walaupun dia berusaha mengabaikan pandangan itu.

Imran tersenyum sinis.

   "Kau ni ego kan ?"  soal Imran dengan senyuman sengetnya.

Aizat menghiraukan perlian sahabat baiknya itu. Menyakitkan hati je.  Matanya lamgsung tidak lari dari komputer. Jari-jemarinya lincah menari-nari di atas papan kekunci.

Imran yang melihat hanya menggeleng.

Dasar kau ! Hish kalau bukan sebab kau ni kawan baik aku , dah lama aku rembat si Zyra tu. Tak sedar diuntung punya orang.
gumam Imran.

   "Macam ni lah Zat , aku tak nak cakap banyak , yela kau pun bukan nak dengar sangat bebelan mak jah aku ni , tapi itulah kan , kalau nanti apa-apa jadi dekat bini kau tu , baru padan muka kau tak menyempat lah kau nak mintak maaf ke apa ke dekat dia. Kau tu dah lah bodoh , sombong pulak tu." perli Imran lagi sambil dia bermain-main dengan pen yang berada ditangannya.

Sekelip mata , jari-jemari Aizat berhenti daripada melakukan segala aktiviti. Dia terpaku.

Aizat mengalihkan matanya ke arah Imran yang hanya menayang wajah tidak bersalah + selamber nya.

   "Kau ni memang cari nahas dengan aku kan ?" soal Aizat geram.

Disebabkan kata-kata hikmat yang tak berapa nak hikmat itu , dia berasa bersalah terhadap Zyra. Dan.... Takut. Takut kehilangan buat kali kedua.

Imran hanya mengangkat bahunya tanda tidak bersalah.

   "Well... Aku cakap je... Kau kan ada otak, pepandai lah kau brain eh? Jangan nanti menyesal je bro. Benda kalau nak jadi kita tak tau." Imran menambah lagi kata-katanya.

Sengaja dia menggunakan taktik psychology untuk memberi kesedaran kepada Aizat.

Aizat menarik nafas. Dia menjeling sekilas ke arah jam tangan berjenama Rolex itu.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now