BAB27

2.2K 72 0
                                    

Amirah , Erhan dan juga Hariz tergopoh-gopoh berlari mendapatkan Zyra yang berada di kafeteria. Berita tergempar ini harus cepat di sampaikan kepada tuan empunya badan.

  "Zyra ! Zyraaaa !!!" panggil Amirah dengan kuat sehinggakan seisi kafeteria memandang pelik ke arah mereka.

  "Ish apa kau ni terjerit-jerit panggil aku ! Kau duduk dulu !" arah Zyra geram.

Amirah lantas melabuhkan punggungnya diikuti Erhan dan Hariz.

  "Kau...kau baca tak lagi..yang..yang gosip pasal kau?" soal Amirah termengah-mengah.

  "Hah ? Gosip apa pulak ni ?" soal Zyra pelik.

Erhan menepuk dahi. Ternyata Zyra masih belum tahu mengenai gosip tersebut.

  "Kau ni gila ah ! Semua orang dah kecoh doh pasal tu ! Kau bukak insta story Gina cepat !" arah Hariz.

Dahi Zyra berkerut seribu. Dia lantas mencapai iPhone miliknya lalu dibuka aplikasi Instagram.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati banyak comments dan dm (direct message) yang diterimanya. Zyra membuka dibahagian commenting.

commenting

"What ?! Seriously dia dah kahwin ?!"

"Queen of University dah kahwin sebab kena tangkap basah ?! Wtf !"
 
  "Omaigod ! Nampak je macam acah-acah baik gitu..."

  "Harapkan muka je cantik , tak sangka perangai macam hantu ! Ew jijik sangat !"

    Sebaik sahaja dia melihat Insta story Gina dan komen-komen yang ditinggalkan ,Zyra terus memandang ke arah tiga orang sahabatnya itu.

  "Apa yang dah jadi ni ? Kenapa Gina fitnah aku macam ni ? And macam mana dia tau yang aku dah kahwin ?" soal Zyra panik.

  "Kitorang pun tak tau beb ! Tapi yang aku tahu , si Gina kepala bana tu memang dah melampau !" ujar Amirah sambil mengepal penumbuknya.

Zyra hilang kata-kata. Patutlah sepanjang dia duduk di kafeteria sejak tadi ramai yang memerhatinya namun dia ingatkan itu perkara biasa memandangkan dia agak terkenal di universiti tersebut. Namun rupa-rupanya pandangan itu merupakan pandangan sinis untuk dirinya.

   "Zyra , kau nak aku minta tolong member aku tak ? Dia tu jurusan science computer. Alah setakat nak hack akaun Instagram si minah tak betul tu , heh kacang jelah ! Celah gigi dia je !" cadang Erhan.

  "Ye do ! Kau suruh je si Zaim tu hack akaun perempuan tu ! Geram pulak aku !" sokong Hariz sambil membuat thumbs up.

Amirah turut mengangguk setuju.

Zyra menggeleng lemah.

  "No need. Aku akan settle kan masalah ni. Insya Allah. Korang jangan risau. I can handle this." balas Zyra.

Mereka bertiga mengangguk tanda faham.

                        ****

Zyra berjalan lemah ke arah kereta BMW yang di parkirnya di tempat letak kenderaan bersebelah kafeteria.

Baru sahaja dia ingin memboloskan diri ke dalam kereta , kelihat beberapa orang pelajar perempuan yang berbisik antara satu sama lain ketika melalui keretanya.

   "Aku rasa dulu dia pakai Myvi je"

  "Eleh. Kereta bapak ayam dia lah tu. Ey jijik sangat !"

Zyra mengetap bibir. Pantang betul orang menfitnah dirinya. Terutama sekali soal maruah.
Dia melepaskan genggamannya daripada pemegang pintu kereta lalu memusingkan badannya untuk melihat pelajar itu. Zyra tayang senyum sinis.

  "What did you said just now ?"

Dua orang pelajar perempuan itu terkejut. Mereka hanya menunduk memandang tanah.

Zyra tergelak kecil.

Ohhh tadi kemain kau mengata aku... Baru panggil sikit dah spark.

Matanya beralih ke arah kad matrik dua orang pelajar tersebut.

Puih. Budak sem 2 baru. Tak padan dengan junior ! Mulut mintak kaki betul !

  "Both of you baru je sem 2 , tapi mulut kalah orang tua kan ? Confident sangat lah tu bila bercakap pasal hal orang ? Hah ?" soal Zyra serius.

Alah saja nak test bebudak ni. Nak tengok berani mana sangat !

Dua orang pelajar itu hanya menggeleng laju.

  "Err... Saya... Saya mintak ma..maaf..." ucap salah seorang pelajar itu.

Zyra tersenyum mengejek.

  "Korang berdua ni tak tahu beza ke antara suami aku dengan bapak ayam ? Ikut suka hati aku lah nak guna harta laki aku. Yang korang sibuk mengalahkan laki aku dah kenapa ? Listen here , I won't stay quiet if any of you keep on saying about my dignity. Ingat , korang ni pun belum tentu boleh graduate kalau kekalkan perangai penyibuk and kurang adab macam ni. Plus... Korang ni budak business je. You guys are nothing compare with me. Cakap dekat orang je lebih. Diri sendiri pun tah pape. Any ways , goodluck my dearest junior. Ups. Terlupa pula. I'm Medic student. So I guess you're not my junior right ? Ah yaaa ! That cheesy Gina is you guys senior isn't it ? Haih no wonder lah. Senior dengan junior sama-sama naik je perangai tu. Poor you guys." Zyra tersenyum mengejek lalu pantas memboloskan dirinya ke dalam kereta.

Hambek kau !!! Hah baru puas hati aku ! Kau ingat aku nak duk diamOhhh mentang-mentanglah selamani aku pendiam je korang ingat aku bodoh sangat nak keep on quieting. Hell no !

My Mr Annoying !जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें