BAB20

2.7K 88 2
                                    

Pagi itu Zyra bangun agak lewat berbanding hari hari sebelumnya. Dia berjalan menuju ke dapur dengan baju tidur dan rambut serabainya.

Baru sahaja hendak melangkah ke ruangan dapur , dia terlihat susuk tubuh suaminya yang sedang mengeluarkan susu kotak daripada peti ais.

"Alamak ! Pahal mamat ni tak pergi kerja lagi nih !" omelnya.

Perlahan lahan dia mengalihkan tubuhnya , dia harus mengelakkan diri daripada berjumpa Aizat selepas peristiwa kelmarin.

"Hoi , kau nak pergi mana?" tiba tiba Aizat bersuara.

Zyra mengeluh. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Aizat . Ditayangnya senyuman plastik.

"Hehe... Err.. Saya nak pergi dapur lah ni." ujarnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Perlahan lahan dia menarik kerusi dan duduk berhadapan jejaka itu.

"Some milk?" soal Aizat.

Mata Zyra terbuntang besar.

WATEHEK ! BERANI DIA MINUM SUSU KURMA AKU?!

"Awak ! Kenapa awak minum susu ni? Kenapa tak mintak izin saya dulu?" soal Zyra dengan muka tak puas hati. Zyra segera merampas kotak susu tersebut.

Aizat memandangnya tajam. Dia mengetuk meja makan menggunakan jarinya.

"Excuse me , perlu ke aku mintak izin ?"

Zyra mendengus.

"Mestilah !"

Aizat tersenyum sinis.

"Aku beli guna duit aku , so , ikut suka hati aku lah nak minum ke tak."

Zyra menelan air liur.

Hm.. Betul jugak.

Aizat menggeleng.

"Kau okey dah?"

Zyra hanya mengangguk kecil sambil tangannya menuang susu tersebut ke dalam gelas.

"Oh ya , saya nak tanya , kenapa awak tiba tiba boleh ada dekat tempat parking tu kemarin?" soal Zyra pelik.

Aizat berdehem.

"Aku jumpa client , so kebetulan."

Zyra menangguk faham.

"Dah lah , aku nak pergi kerja , kau kemas balik bilik tetamu tu. Harini aku balik macam biasa , kau masak dinner." kata Aizat lalu bangkit menuju ke pintu rumah.

Zyra mengikut langkahnya. Dia menyalami tangan suaminya.

"Kau duduk rumah elok-elok. Apa-apa kau terus call aku. Pintu rumah kunci. Kau jangan gedik nak keluar mana mana hari ni. Faham?" pesan Aizat panjang lebar.

Zyra mencebik.

"Ye ye tau... Awak jangan risau lah."

"Siapa cakap aku risau? Aku cuma taknak menyusahkan diri aku je nak kena jaga kau kalau apa apa jadi nanti." ujar Aizat sambil tayang wajah bekunya.

Zyra menjulingkan matanya ke atas.

"Whatever lah Aizat Irsyad. Bye !" Zyra pantas menutup pintu rumah.

Hish geramnya aku mamat tu !

Aizat menarik senyum nipis. Ada sorang bini pun aku dah tak larat jaga. Haih perangai kalah budak darjah empat !

                          ****

Aizat termenung di meja kerjanya.  Imran merenung pelik sahabat baiknya.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now