BAB30

2.3K 70 1
                                    

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Zyra , Amirah , Erhan , Hariz dan juga seisi mahasiswa dan mahasiswi yang dari fakulti perubatan sem akhir.

Hari dimana berakhirnya perjuangan mereka menuntut ilmu di MSU University , merupakan hari terakhir mereka bergelar pelajar di universiti tersebut  dan merupakan hari terakhir mereka berada di universiti tersebut.

Hari merupakan hari dimana mereka akan graduasi dan menerima penghargaan dan pengiktirafan mereka sesuai dengan usaha masing-masing.

Zyra dan rakan-rakannya yang lain sedikit gugup. Sebentar tadi dia sudah memaklumkan ibu bapa nya dan juga ibu bapa mertuanya bahawa yang dibenarkan masuk ke dalam untuk menyaksikan detik bersejarah itu hanyalah terhad kepada dua orang. Akhirnya mereka memutuskan bahawa Dato Hamzah dan juga Datin Zarina yang akan masuk ke dalam.

Aizat ? Hmm... Sudah beberapa kali dia menelefon jejaka itu. Namun hampa. Lelaki itu langsung tidak menjawab panggilannya. Sibuk mungkin. Ah entahlah !

  "Kau okey ke Zyra?" soal Amirah prihatin.

Zyra tersenyum  sedikit.

  "Yes. I'm quite okey."

Amirah mengangguk.

"Tolong kemaskan jubah aku jal dekat belakang leher ni." pinta Amirah.

Zyra mengalihkan tubuh Amirah. Dikemaskannya jubah tersebut. Getaran makin terasa.

  "Let's go , lepasni giliran kita pulak. Are you ready?" soal Amirah sambil menggenggam erat jari jemari Zyra.

Zyra menghembuskan nafasnya lalu tersenyum sambil mengangguk.

                          ****

Zyra memeluk Datin Zarina dan Dato Hamzah sebaik sahaja mereka bertemu di luar dewan. Air mata gembira dan terharu berguguran jatuh.

   "Tahniah Zyra ! Mama bangga dengan Zyra. We're all proud of you !" ujar Datin Zarina gembira.

Dato Hamzah , Datin Airina dan juga Zafril hanya tersenyum melihat mereka berdua.

  "Betul tu Zyra. All of us are soo proud of you ! You did a great job ! Papa dengan mama pun gembira sangat !" ujar Dato Fuad pula.

  "Terima kasih , mama , papa ." ucap Zyra.

Matanya masih tercari-cari kelibat suaminya namun tidak kelihatan.

   "Ma... Aizat tak datang ke?" soal Zyra kepada Datin Airina.

Datin Airina tersenyum penuh makna lalu memuncungkan mulutnya ke arah belakang Zyra.

Zyra mengerutkan keningnya. Dia mengalihkan tubuhnya untuk melihat siapakah yang ditunjukkan oleh ibu mertuanya.

Kelihatan Aizat sedang berjalan ke arah mereka sambil memegang sejambang bunga dan terdapat seekor patung beruang bersaiz sederhana kecil ditengah-tengahnya manakala sebelah tangannya lagi dimasukkan ke dalam poket seluar.

Aizat tampak sangat kacak. Dia memakai kemeja berwarna biru lembut dipadankan dengan tali leher berwarna biru tua berjalur putih. Seluar slack hitam yang dipakainya menyerlahkan lagi ketinggian yang dimiliki oleh lelaki itu.

Ramai mata memandang ke arahnya. Sungguh aura jejaka itu sangat kuat !

Untuk seketika Zyra terpegun. Aizat berdiri betul-betul di hadapannya. Tanpa menunggu sebarang bicara , Aizat memeluknya.

   "Congratulations sayang." ucapnya lembut di tepi telinga Zyra. Zyra terkaku. Perlahan-lahan air matanya jatuh. Dia membalas pelukan itu seerat-eratnya ! Ya , dia tak mahu lepaskan lelaki itu ! Dia mahu berkongsi kegembiraan itu bersama lelaki yang amat disayanginya !

Mata-mata yang memandang mereka sedari tadi bertambah terkejut apabila melihat Zyra dan Aizat berpelukan. Masing-masing mula membuat andaian dan spekulasi . namun apa yang pasti , ramai wanita wanita cemburu akan Zyra kerana mendapat seorang jejaka yang sangat hot dan handsome !

Aizat tersenyum sebelum meleraikan pelukan mereka.

Dia memegang kedua-dua belah pipi Zyra lalu dilapnya air msta itu menggunakan jari jemarinya perlahan lahan .

  "Dah dah... Jangan menangis okey? This is your happy day right?"

Zyra mengangguk kecil.

  "Amboi amboii... Dua orang laki bini ni... Dah tak sedar ke mama dengan papa ada dekat sini?" perli Datin Airina.

  "Itulah tu ! Macam kita ni tak wujud pulak kan Rina?" Datin Zarina turut menyumbang tenaga dalam menyakat anak menantunya.

Mereka semua tertawa.

Tiba-tiba terdengar seseorang memberi salam.

   "Err... Kak Zyra , Kak Amirah panggil nak ajak bergambar sekali. Kak Zyra busy ke?" soal seorang pelajar sem 2 dari fakulti fotografi iaitu Ainul.

  "Eh Ainul ! Ha ah kejap eh ! Cakap dekat Kak Mira I'm on my way !" pesan Zyra.

Ainul hanya menangguk faham.

  "Mama , papa , Zyra nak pergi bergambar dengan kawan-kawan kejap , mama dengan papa tunggu dekat kafeteria okey? Japgi  Zyra datang , kita bergambar ramai-ramai ya?" Zyra meminta izin.

Orang tua mereka hanya mengangguk faham.

  "Biar abang teman sayang." ujar Aizat.

Zyra sedikit terkejut.

  "Er... Em... Takpe ke ?" soal Zyra.

Aizat mengangguk laju.

  "Of course. Jom lah , nanti Mira dengan kawan-kawan awak tunggu pulak." ajak Aizat.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now