BAB59

2.3K 60 12
                                    

Aizat menarik bagasi Zyra manakala Zyra pula berjalan berpegangan tangan dengan Qalish menuju ke balai pelepasan.

Mereka memberhentikan langkah. Zyra kalih memandang Aizat yang berdiri tegak memandangnya.

  "Saya pergi dulu ?" Zyra meminta izin.

Aizat mengangguk walaupun jauh di dasar hatinya , dia enggan melepaskan wanita itu untuk pergi jauh darinya.

Baru aje berbaik , ingatkan boleh lah nak bermanja sikit dengan bini , tengok-tengok , kena tinggal balik. Ini semua gara-gara tuntutan Zyra sebagai seorang pelajar. Mujur sahaja dia hanya perlu menunggu kurang 2 bulan sebelum Zyra menghabiskan pelajarannya di China , dan lepas itu... Boleh lah nak bermanja , berkasih sayang lelama dengan bini ! Hehehe ! Tapi... Ada orang ketiga pula yang sentiasa mencuri atau berkongsi Zyra dengan dirinya.

Qalish.

Oh damn. Budak tu... Ada je yang tak kena ! Langsung tak boleh tengok papa dengan mama Zyra dia nak manja-manja sikit , hah mulalah tu dia masuk line nak bermanja juga. Sakit hati kita !

Qalish memeluk kaki kedua-dua belah Zyra. Dia mendongakkan kepalanya memandang Zyra.

  "Mama , balik cepat tau ! Nanti Alish rindu..." ucapnya sebek.

Zyra tergelak kecil. Didukungnya Qalish lalu menghadiahkan sebuah kucupan di pipi gebu itu.

  "Of course la mama balik cepat-cepat ! Nak main dengan Alish !" balasnya dengan nada memujuk.

Aizat menjeling cemburu.

  "Dengan aku kau tak nak main ?" perlinya nakal.

Qalish hanya terkebil-kebil memandang papanya.

Sebelah tangan Zyra naik menampar bahu Aizat dengan kuat.

   "Awak ni ! Anak adalah ! Tak malu betul !" marahnya. Geram betul !

Aizat hanya tersengih-sengih.

   "Dah , come to papa , mama dah nak pergi dah." panggil Aizat.

Zyra menyerahkan Qalish untuk didukung oleh Aizat pula.

   "Kau tu , duduk tempat orang jaga diri. Jangan nak cantik-cantik sangat. Bukan siapa pun nak tengok." pesan Aizat. Lebih kepada memberi amaran.

Zyra tersenyum.

   "Eh hello... Ramai je okey student Malaysia dengan Indon nak try saya.. Cuma saya je jual mahal." balas Zyra jujur.

Aizat mencebik.

  "Hah dah tu ? Pegi lah kahwin dengan mamat indon tu ! Setiap hari boleh buat sinetron sama-sama !" rajuk Aizat.

Zyra tergelak besar.

   "Tak nak lah... Dekat Malaysia ada mamat yang lagi hot tengah tunggu." usik Zyra pula.

Muka Aizat semakin memerah menahan geram.

  "Siapa mamat tu hah? Siapa ? Ohhh tak malu eh kacau bini aku." marahnya.

Zyra tersenyum penuh makna sebelum mendekatkan bibirnya di telinga suaminya itu.

  "Awaklah. My Mr Annoying yang hot." bisiknya.

Aizat mengukir senyum lebar.

Dah gatal eh bini aku sekarang ni ? Siapalah ajar.. Entah-entah si Qalish ni apa ? Bukan boleh budak ni. Umur ke kecik , akal besar !

Zyra menggapai tangan Aizat lalu dikucupnya.

   "Saya pergi dulu. Awak jaga diri , jaga Qalish. Kalau rindu , call lah saya selalu. Hehehe." pesan Zyra pula.

Aizat hanya angguk lalu mengucup dahi isterinya itu beberapa saat. Dia memegang lembut ubun-ubun Zyra.

   "I love you." ucap Aizat penuh romantis.

  "I love you more." balas Zyra semula. Dia menarik bagasi lalu mula mengatur langkah meninggalkan suami dan anaknya.

  "Mama ! I love you two three four six seven ei..." belum sempat Qalish menghabiskan kata-katanya , Aizat terlebih dahulu menutup mulut becot itu menggunakan tangan kirinya.

Tunggu lagi ? Meraung lah budak tu dibuatnya.

Aizat hanya tayang wajah tidak bersalah sambil melambai ke arah Zyra yang sudahpun berjalan menjauhi mereka berdua. Zyra hanya tergelak kecil memerhati gelagat dua beranak itu.

Qalish menggigit kuat tangan Aizat yang menutupi mulutnya.

Aizat menjerit kesakitan.

  "Qalish !" marah Aizat.

Qalish memukul-mukul dada papanya itu beberapa kali untuk melempiaskan rasa tidak puas hati dan marahnya.

  "Papa tutup mulut Alish !!!" jeritnya sekuat hati.

Mulalah orang ramai memandang pelik ke arah mereka berdua disebabkan suara anak kecil itu yang teramat nyaring.

Aizat tayang senyum plastik.

  "Shut up or papa won't buy you an ice cream !" ugut Aizat sambil jari telunjuknya menunjuk tepat ke arah mulut Qalish.

Qalish mengalah. Mulutnya dizip tetapi masih lagi memuncung.

Aizat tergelak melihat muncung sedepa anak lelakinya itu.

Comel ! Geram !

                         ****
Aireen masih setia lagi merengek pada Datin Airina.

  "Aunty , aunty pujuklah Aizat suruh kahwin dengan Aireen.."

Datin Airina duduk berfikir panjang.

  "Kamu takkan tak tahu si Aizat tu macam mana ? Dia tu degil ! Keras kepala !" komen Datin Airina.

Aireen mencebikkan bibirnya.

  "Then you should persuade him ! Dah tiga tahun lebih Reen tunggu dia , tengok-tengok boleh pulak si perempuan tak guna tu senang-senang je datang nak ambil Aizat balik ! Huh ! Dia ingat dia tu siapa ? Ludah jilat balik !" hina Aireen.

Datin Airina turut mengiyakan kata-kata Aireen itu.

  "Sudahla langsung tak datang berjumpa dengan aunty. Tak tahu adab betul !" Datin Airina menambah.

Belum sempat Aireen menambah perasa dalam mengutuk Zyra , Aizat yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah bersama-sama dengan Qalish terlebih dahulu memotong.

  "Bukan dia tak nak datang. Dia cuti sekejap je. Aizat yang suami dia pun tak sempat nak meluang masa lelebih dengan dia. Mama jangan risau , lepas dua bulan nanti , dia datang sini jenguk mama. Masa tu , mama dah boleh kot stop kan perempuan ni daripada terus datang ke rumah kita , jadi tetamu tak diundang. Bukan apa , tak manislah kalau isteri merangkap menantu mama tengok nanti , apa kata dia.." sindir Aizat padat. Sengaja dia menekankan perkataan "isteri" dan "menantu" itu. Biar perempuan tu sedar sikit kedudukannya.

Aireen merengus meluat.

  "Hah bagus sangatla tu , bela lah bini kesayangan kamu tu !" perli Datin Airina semula.

Aizat hanya menjongketkan kening serta bahunya.

  "Jom lah Alish , kita naik atas. Dekat bawah ni ada ahli sihir !" kata-kata itu ditujukan khas buat Aireen.

  "Hoi ! Kamu cakap mama ahli sihir ke Aizat Irsyad ?!" jerit Datin Airina dari bawah tangga.

Aizat yang sedang menaiki tangga tergelak.

  "Taklah ! Zat cakap dekat perempuan gedik tu !" jeritnya semula.

Datin Airina merengus.

Ada-ada je budak jantan sorang tu !

Aireen hanya mampu menyumpah seranah jejaka itu di dalam hatinya.

  "Babi punya jantan."

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now