BAB11

2.8K 88 2
                                    

Zyra menuruni anak tangga dengan perlahan . Rambutnya masih serabai dan mukanya jelas menunjukkan dia baru sahaja bangun tidur .

     "Good morning ma." ucap Zyra sambil membuka peti sejuk dan mengambil susu .

Datin Zarina menggeleng .

    "Zyra Hanan , awal bangun ?" perli Datin Zarina.

Zyra tersengih seperti kerang busuk.

   "Kamu tu dah jadi bini orang , janganlah perasan masih bujang. Aizat mana ?" soal Datin Zarina sambil menghidangkan sarapan mereka pada pagi itu.

Zyra menjongket bahu tanda tidak tahu.

Tiba-tiba Aizat memasuki ruang dapur sambil membawa beberapa plastik makanan.

   "Good morning ma. Ni ha Aizat ada belikan kuih ." tegur Aizat mesra.

Datin Zarina tersenyum senang.

   "Terima kasih ye . Ni ha , kamu suruh lah bini kamu mandi . Dah pukul berapa dah ni."

Aizat mengalihkan pandangannya ke arah Zyra yang sibuk mengunyah sosej . Dia menggeleng sedikit.

   "Zyra , go and take your shower. Sebelum kita semua sarapan. Takkan nak sarapan dengan muka macam tu ?" soal Aizat perlahan.

Zyra tidak membantah , dia lantas bangun lalu mengorak langkah. Tetapi dia memberi pandangan kau-ingat-kau-siapa-nak-suruh-aku?

                           ****

"So , what your plan after this Aizat, Zyra?" Dato Hamzah memulakan perbualan dimeja makan .

Aizat dan Zyra masing-masing terdiam sebelum Aizat bersuara,

   "I think, Aizat nak balik ke rumah Aizat yang dekat Damansara tu . Rumah tu memang Aizat beli untuk masa depan .And I think this is the right time for me to stay there with my wife."

Dato Hamzah dan Datin Zarina tersenyum.

Zyra membuat muka jelek.

    "Erk.  Wife lah sangat . Ew." fikirnya.

   "Baguslah tu . Lagipun both of you need some times together , and have your own privacy life isn't it ? " sokong Dato Hamzah.

Aizat dan Zyra hanya tersenyum nipis.

   "Papa dengan mama ada sediakan hadiah for your wedding. Guess what ?" soal Datin Zarina teruja.

Dahi Aizat dan Zyra sama-sama berkerut . Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum pandangan itu dialihkan ke arah Dato Hamzah dan Datin Zarina . Kedua-duanya menggeleng serentak tanda tidak tahu.

    "Nah." Datin Zarina menghulurkan sekeping sampul surat.

Zyra mengambilnya sebelum membukanya dengan penuh debaran .

Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati sampul tersebut mengandungi dua tiket penerbangan ke Korea Selatan. Tempat yang ingin dikunjunginya.

    "What is it ?" soal Aizat .

Zyra menghulurkan tiket tersebut kepada Aizat.

Aizat melihatnya lalu memandang ke arah mertuanya tanda tidak faham .
 
   "Ni tiket untuk honeymoon korang lah ! Happy tak ?" soal Datin Zarina ,gembira.

   "Hah?! What?!" soal Zyra terkejut. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Aizat yang duduk disebelahnya .

Lelaki itu kelihatan tenang . Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya , Aizat sudah mengagak bahawa itu merupakan hadiah bulan madu mereka . (Alah biasalah cerita cliche Melayu ~ hshshs)

   "Zyra you really want to go there don't you ? I think , you've been telling me that you wanna go there badly . So , I think this is the most suitable wedding gift for you right ?" soal Dato Hamzah sambil tersenyum nipis.

Dia masih ingat lagi ketika Zyra masih berumur 15 tahun . Dia sering menyatakan keinginannya untuk ke Korea oleh kerana Zyra merupakan peminat kpop yang fanatik (pfft zaman dulu orang sibuk kumpul duit nak beli buku untuk SPM , tetapi dia mengumpul duit untuk membeli album dan lightstick group kpop kegemarannya).

Namun oleh kerana Dato Hamzah sibuk menguruskan perniagaan dan syarikatnya , dia masih belum berpeluang memenuhi permintaan puteri tunggalnya itu. Oleh itu dia merasakan sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk diberikan hadiah seperti itu. Sekurang-kurangnya Zyra mempunyai peneman dan penjaga bagi pihaknya iaitu Aizat.

   "Yeah I do . But I want to go there with our family !" ujar Zyra.

Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tidak senang.

   "Zyra , Aizat ni suami kamu . Apa yang menjadi masalah sekarang ni ?" soal Dato Hamzah tegas.

   "But pa..." baru sahaja Zyra hendak bersuara , Aizat terlebih dahulu memotong,

  "Pa , bagi Aizat dengan Zyra berbincang dulu okey ? Sebab Aizat pun kena check dulu jadual kerja Aizat sebab Aizat kena pergi out station untuk uruskan projek in Cherating."

     "Oh ya ! Papa ada dengar daripada papa kamu yang there is something wrong with that project. Hm... It's okey , kalau memang keadaan memaksa , kamu pergi uruskan dulu apa yang patut. Zyra , berbincang elok-elok dengan suami kamu. " ujar Dato Hamzah.

Zyra hanya mengangguk lemah.

                        ****

Di dalam bilik , Aizat mahupun Zyra , masing-masing memilih untuk mendiamkan diri. Kedua-duanya sibuk mengemas baju dan barang-barang peribadi kerana selepas Zuhur mereka akan pergi bermalam di rumah keluarga Aizat pula selama 4 hari.

    "Don't you have anything to discuss or even talk with me about that matter ?" suara Zyra memecah kesunyian.

   "Matter ? About what matter ?" soal Aizat semula tanpa memandang Zyra sambil tangannya ligat mengemas beg.

Zyra menjeling.

  "About our honeymoon !"

Serta merta tangan Aizat terhenti. Dia menarik nafas lamu menghembuskannya perlahan.  Wajahnya diangkat lalu memandang tepat ke arah Zyra.

   "Nanti kita bincang boleh tak? Aku betul-betul serabut nak fikir hal remeh temeh macam ni." suara Aizat meninggi sedikit daripada sebelum ini.

Zyra tersentak.

Hal remeh temeh ? Ya. Hal remeh temeh. Oh dia tidak sangka bahawa lelaki itu menganggap hal itu hal yang remeh temeh.

Zyra menghela nafas berat.

  "Okey then. Tak payah bincang pun takpe. I don't even care." Zyra segera menuju ke bilik air. Tidak betah untuk duduk terus bersama jejaka ini.

Aizat terdiam dan akhirnya mengeluh berat. Bukannya dia berniat henda meninggikan suara namun fikirannya sangat serabut pada ketika ini dan Zyra pula terus terusan memaksanya.

                         ****

Sarah merengus marah melihat panggilannya tidak dijawab.

   "Ish mana Aizat ni ! Berani dia tak angkat call aku ! He never act like this oh gosh!" bentaknya lagi.

Sejak seminggu yang lalu Aizat sering mengelak daripada dirinya dan juga panggilan telefon yang dibuat .

   "Kau tengok kau, kau nak main kasar dengan aku sangat kan ? You just wait and see !" gumamnya geram.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now