BAB9

2.6K 87 0
                                    

Selepas dua bulan menyiapkan segala persediaan perkahwinan , kedua-dua pihak telah bersetuju memilih tarikh 19/11 sebagai tarikh untuk melangsungkan majlis perkahwinan diantara Zyra Hannan dan Aizat Irsyad.

Zyra menilik wajahnya di cermin solek. Sempat dia membetulkan mahkota yang tersarung dikepalanya.

Hatinya berdebar , jiwanya tak tenang, fikirannya bercelaru.

"Zyra , kau dah siap?" soal Mira di pintu bilik.

Zyra mengangguk sambil tersnyum kelat.

"Hah cepatlah turun , pengantin lelaki dengan tok kadi semua dah tunggu dekat bawah tuha."

Zyra mengangguk lemah.

Semasa Zyra menuruni anak tangga , semua mata tertancap pada susuk tubuh pengantin perempuan. Kedengaran suara-suara yang memuji kecantikkan Zyra pada hari itu.

Suara-suara tersebut berjaya membuatkan Aizat menoleh ke arah Zyra.

Aizat terpegun melihat kecantikkan yang dimiliki Zyra. Matanya langsung tidak beralih.

Zyra duduk bersimpuh di tempat yang disediakan. Tangannya berpeluh oleh kerana terlalu berdebat.

Dia sempat mengalihkan pandangannya ke arah Aizat.

Pandangan mereka bertaut namun lantas Aizat mengalihkan pandangannya ke arah tok kadi.

"Kita mulakan majlis dengan doa dan bismillah." ujar Tok kadi.

Doa selesai dibacakan. Jantung Aizat semakin berdebar.

"Pengantin lelaki sudah bersedia ?" soal tok kadi.

Aizat mengangguk. Tok kadi menghulurkan tangannya , Aizat menyambut dengan perlahan.

"Aku nikahkan dikau Muhammad Aizat Irsyad bin Fuad dengan Zyra Hannan binti Hamzah dengan mas kahwin sebanyak RM3000 tunai."

Aizat menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Aku terima nikahnya Zyra Hannan binti Hamzah dengan mas kawin sebanyak RM3000 tunai." ujarnya lancar .

Selepas semua saksi mengangguk tanda sah . Debgan sekali lafaz , akhirnya Zyra menjadi isteri yang sah kepada Aizat. Doa dipanjatkan. Aizat merasakan seolah olah jantungnya hampir pecah.

Zyra yand duduk tidak jauh daripadanya dipandang sekilas.

Terlihat Zyra kusyuk mengaminkan doa.

Aizat datang menghampiri Zyra untuk menyarungkan cincin. Jurugambar juga sudah bersedia untuk merakamkan detik-detik indah itu.

Jatung masing-masing berdegup kencang.

Aizat meraih jari manis milik Zyra lalu disarungnya cincin , begitu juga Zyra . Dia menyarungkan cincin ke jari Aizat. Tangannya sedikit menggeletar.

"Cium tangan Aizat , sayang." tegur Datin Zarina sambil tersenyum.

Zyra teragak-agak namun perlahan lahan dia mengucup tangan suaminya itu. Suami ? Erk. Lain macam pulak bunyinya.

"Pengantin lelaki tolong cium dahi isteri ya , kitorang nak ambil gambar ni." terdengar suara jurugambar memberi arahan.

Aizat terkedu. Ramai mata memandangnya saat ini , mahu tak mahu dia terpaksa . Perlahan lahan bibirnya menyentuh dahi Zyra. Terasa segan mengucup anak dara orang di hadapan orang.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now