BAB56

2.3K 59 0
                                    

Amirah sengaja membawa lari Qalish jauh dari Aizat dan Zyra. Saja hendak membiarkan mereka berdua-duaan.

Aizat dan Zyra masing-masing memilih untuk mendiamkan diri.

Aizat hanya mengikut langkah Zyra dari belakang. Zyra kelihatan sibuk memilih coklat kegemarannya.

Mata Zyra tertancap pada sebuah balang coklat berperisa tiramisu. Dia menjengketkan sedikit kakinya untuk mencapai balang tersebut.

   "Aduh ! Kenapa tinggi sangat ?!" desis hatinya.

Dia masih belum berputus asa.

Aizat yang memerhati gelagat isterinya itu hanya tersenyum simpul. Isterinya itu tidak pernah berubah. Sama sahaja seperti dulu.

Aizat lantas mendekatkan dirinya pada Zyra lalu dicapainya balang coklat itu.

Zyra tergamam.

Tubuh mereka tersangatlah dekat dan rapat. Zyra mendongak sedikit memandang wajah suaminya.

Aizat hanya diam.

Perlahan-lahan dia menjarakkan sedikit tubuhnya. Balang itu dihulur kepada Zyra yang masih lagi mengelamun.

  "Nah !" tegur Aizat.

Lamunan Zyra tersentak.

  "Er.. Thanks..." ucapnya perlahan.

Aizat hanya mengangguk.

Mereka berjalan lagi menuju ke arah rak yang lain. Perlahan sahaja ayunan kaki mereka berdua.

   "Awak.. Sihat ?" entah mengapa , dalam banyak-banyak soalan ,  soalan itu jugalah yang terpacul keluar dari bibirnya.

Aizat mengerutkan dahinya.

  "Sihat elok je aku berdiri depan kau ni . Tak nampak ke ?" soalnya pelik.

Zyra hanya angguk perlahan.

  "Er..." belum sempat Zyra menghabiskan kata-katanya , Aizat terlebih dahulu memotong.

  "Kejap. Asyik kau je tanya aku , bagi aku pulak tanya kau something. Boleh ?" soal Aozat seraya memberhentikan ayunan kaki. Langkah Zyra turut terhenti.

  "Huh ? Tanya apa ?"

Aizat menarik nafas sebelum menyusun katanya.

  "Kenapa kau balik  Malaysia?" soalnya serius.

Zyra tergamam.

  "Er.. Hm.. Sebab saya ada hal.. Hal uni.." jawabnya jujur.

Aizat hanya terangguk-angguk faham.

  "Oo.."

Zyra kembali senyap.

  "Kau duduk sini (Langkawi) sampai bila ?" tanya Aizat lagi.

"Esok." jawabnya sepatah.

  "Awak ?" tanya Zyra pula.

  "Esok jugak."

Suasana kembali senyap dan janggal.

  "Hmm... Malam ni kau free ?" soal Aizat.

Zyra memandangnya dengan penuh tanda tanya.

  "Omaigod. Dia nak ajak aku keluar ke ? Ke dia nak ajak aku dating ? Eh jap jap ! Ke dinner ? Or maybe..." fikirannya merewang.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now