BAB 66

2.4K 51 0
                                    

Pagi itu Zyra berjalan beriringan di persisiran pantai Jari jemari suami digenggam erat. Enggan melepaskan tangan yang sudah sah menjadi miliknya seorang.

Diangkatnya wajah sedikit , menandang sayang ke arah Aizat. Wajah kacak itu diamatinya.

  "Kenapa tengok abang macam nak telan je ?" tegur Aizat tanpa memandang Zyra. Anak matanya memandang lurus ke hadapan.

Zyra termalu sendiri. Ya , walaupun sudah bertahun menjadi suami isteri ,perasaan malu itu masih wujud dalam dirinya.

   "Abang handsome sangat. Sayang tengok jelah. Lagi pun dapat pahala tau tengok muka suami. Salah ke ?" soal Zyra semula. Daripada genggaman , Zyra mengubah pula kepada rangkulan. Dia merangkul erat pinggang Aizat sambil dadanya mendarat di dada Aizat.  Aizat hanya tersenyum melihat tingkah manja isterinya.

   "Abang tak kata salah pun. Bukan setakat pandang , nak cium pun abang rela." usik Aizat.

Zyra tergelak kecil dibalik rangkulan itu. Tiba-tiba Aizat memberhentikan langkah mereka berdua. Dia memeluk erat tubuh kecil Zyra. Erat yang mungkin. Ubun-ubun Zyra dibelainya perlahan-lahan.

  "Sayang..." panggil Aizat.

  "Hm ?"

Aizat menarik nafas lalu menghembuskannya.

  "You know... Abang ada sayang je. Walau maut memisahkan kita sekali pun , sayang tak akan pernah ada penggantinya. Dan abang , takkan pernah menggantikan bidadari ni. Satu dalam sejuta ? Tak. You're the only one in this universe. And I will only love you." kata-kata romantis dan puitis mengisi kata Aizat.

Zyra terdiam. Terharu , tiba-tiba kolam air matanya bertakung.

  "Don't say like that.. Sayang pun takkan pernah gantikan abang walau maut memisahkan kita. Abang satu-satunya syurga sayang. Dan sayang nak , hanya kita berdua je yang mengukir kenangan. Allah tahu betapa sayangnya sayang dekat abang. So , abang janganlah terlalu fikirkan yang bukan bukan ya ? Sayang risau." pesan Zyra dihujung katanya.

Aizat mengangguk lalu tersenyum kelat. Sudah tiga hari hatinya berasa tidak tenteram. Dia asyik takut akan kehilangan Zyra. Dia hanya mahu berada dekat dengan Zyra sepanjang waktu.

Pelukan dikemaskan.

   "Andai kata abang pergi dulu , atau abang tak dapat bersama-sama dengan sayang , sayang kuatlah untuk abang. Untuk Qalish. Dan yang paling penting , untuk diri sayang sendiri.  Abang tak nak tengok sayang lemah. Abang hanya mampu berjanji untuk terus berada di samping sayang sampai bila-bila. Tapi , yang menentukan semua tu , Allah. Dan abang hanya berserah. Ingat pesan abang , jaga diri  , jaga iman , jaga hati. Doa abang sentiasa mengiringi langkah sayang. I love you and i love you. Very much. Damn much. Therefore , don't be worried. I am you , and you're me. We completed each other I just loveeee youuu !" ujar Aizat. Matanya merah menahan tangis.

Zyra tergamam. Dia segera meleraikan pelukan. Kedua-dua belah lengan Aizat digenggamnya. Matanya menikam tepat anak mata Aizat. Hatinya tidak enak.

  "Kenapa ni ? You sounds weird. Did anything happened ? Or ada something yang ganggu fikiran abang ?" soal Zyra , serius.

Aizat tidak menjawab. Hanya sebuah gelengan dan sebaris senyuman hambar menjawab pertanyaan Zyra.

Zyra mengeluh. Dia menunduk memandang pasir yang memutih.

  "Okey then if abang tak nak cerita. Mungkin I'm not the best place for you to tell your problems with." rajuk Zyra.

Aizat serba salah. Di pegangnya kedua-dua belah pipi Zyra agar pandangan mereka bertemu. Pipi Zyra digosok lembut. Seluruh wajah Zyra diperhatinya sepuas hati.

  "Listen sayang. Antara kita , tak ada rahsia. Macam yang abang cakap tadi , I'm you  , and you're me. Sayang bukan tempat yang terbaik untuk abang ceritakan masalah abang sebab sayang adalah seseorang yang memahami abang lebih daripada abang memahami diri abang sendiri. Nothing happened or need to be explain. Abang cuma takut kehilangan sayang. Itu je. Sayang jangan risau. Apa-apa pun yang jadi , tempat sayang di hati abang takkan pernah berubah. Bagi abang , sayang adalah takdir terindah yang abang pernah miliki." luah isi hati Aizat.

Ya.

Dia tidak dapat menggambarkan betapa sayang dan cintanya dia pada wanita yang berdiri dihadapannya ini.

Zyra terdiam. Dia membalas renungan Aizat. Matanya yang berair cuba untuk ditahan agar tidak menghamburkan tangisnya di hadapan suaminya itu.

  "Abang , I love you. Sangat-sangat ! Abang anugerah terindah sayang. Terima kasih untuk segala apa yang abang perjuangkan. Sayang hargai semua tu." balas Zyra. Sebuah senyuman manis menghiasi hujung bicaranya.

Aizat mengangguk sambil tersenyum.

   "Abang , can I kiss you ?" pinta Zyra dengan riak wajah manja dan malu.

Aizat tergelak kecil.

"Tak ada sebab untuk menolak. I'm yours."

Aizat memegang lembut leher jinjang Zyra lalu bibirnya mendekati bibir kecil milik isterinya itu.

Lautan damai  , awan yang membiru serta bumi menjadi bukti cinta mereka.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now