BAB 67

3.2K 73 5
                                    

Hari ini merupakan hari pertama Zyra mendaftar sebagai kakitangan Hospital Pantai dan memegang jawatan sebagai doktor.

   "Sayang , dah siap dah ?" suara Aizat membangunkan dia dari lamunannya. Zyra menoleh ke belakang , dilihatnya Aizat sudah pun segak berpakaian kemeja dan seluar slack hitam.

Hari pertama dia bekerja , Aizat meminta untuk menghantarnya ke hospital. Katanya nak merasa hantar isteri pergi kerja untuk pertama kalinya.

Zyra ukir senyuman manis saat Aizat menghampirinya.

  "So , how you feel ?" soal Aizat.

Zyra membuat mimik muka seolah-olah sedang berfikir lagak seorang professor.

   "Hmmm.... Excited ? Takut ? Nervous ?" balas Zyra.

Aizat tergelak kecil.

  "Memang patut pun sayang takut , nervous. Sebab sayang bekerja dengan nyawa orang." ujar Aizat.

Zyra mengangguk tanda setuju.

  "Masa abang first time masuk kerja pun abang nervous jugak eh ?" soal Zyra , ingin tahu.

Aizat menggeleng.

    "Nak nervous apanya. Kerja dengan komputer je. Lagi pun tu syarikat bapak sendiri kan , acah acah jela." balas Aizat selamba.

Zyra menampar lembut lengan Aizat.

   "Ish ! Hmm jomlah , nanti kita lewat pulak. Qalish dah siap ?" soal Zyra lagi sebaik sahaja dia menyedari bayangan anak tirinya itu tidak kelihatan.

   "Dah siap dah pun. Tuha tengah tunggu mama dia , nak ajak breakfast sekali. Lama tau sayang bersiap." usik Aizat.

   "Lahhh... Ye ke ? Kenapa tak makan je dulu ? Ish kesian budak tu !" Zyra jadi serba salah.

Baru sahaja dia ingin mengorak langkah keluar dari bilik , tangan Aizat terlebih dahulu menghalang. Ditariknya pergelangan Zyra. Hampir sahaja Zyra mencium dada bidang suaminya itu.

Zyra yang agak terkejut memandang geram suaminya itu. Aizat menarik Zyra mendekatinya sehingga tiada jarak di antara mereka. Zyra yang berketinggian 158cm itu terpaksa mendongak memandang Aizat yang berketinggian kira-kira 188cm.

   "Kenapa ?" soal Zyra penuh debaran saat anak mata Aizat menatapnya tanpa berkedip. Walaupun mereka sudah lama berkahwin , namun getaran dan debaran itu masih wujud dalam dirinya. Perasaan yang sama muncul seolah-olah di awal perkahwinan mereka dahulu.

Aizat tidak menjawab sebaliknya kedua belah tapak tangannya memaut kemas pinggang ramping Zyra. Zyra terdiam.

   "Ring me." ujar Aizat.

Zyra hanya diam menurut. Dia memaut leher Aizat. Mata mereka bertemu.

5 saat berlalu tanpa bicara. Aizat hanya memandang penuh kasih wajah sang isteri dan Zyra masih lagi gementar.

  "Why you look at me like that ?" soal Zyra , ingin tahu.

Soalan Zyra dijawab dengan sebuah kucupan lembut di dahinya.

   "I don't know. It is just weird because I want to keep on looking at you. No. I just love looking at you. And you know what is the weirdest ?" soal Aizat dengan senyum penuh makna.

Zyra mengerutkan keningnya.

  "What is it ?"

   "We're in love for many years. But why , every time I looked at you , the feeling is just like I was looking at my first love ? And why , I feels like I fall in love with you everyday ? Is it weird or I'm the one who crazy about you ?" suara romantis Aizat menyapa halwa telinga Zyra.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now