BAB57

2.3K 69 4
                                    

Aizat terpegun saat melihat Zyra yang kelihatan sangat jelita pada malam itu. Walaupun hanya mengenakan jubah abaya berwarna hitam dan sedikit manik di bahagian pinggang , Zyra tetap tampak menawan. Zyra turut mengenakan shawl berwarna light brown .

Qalish sudah pun selamat tidur semasa perjalanan ke resort Zyra. Jadi Aizat hanya mendukung Qalish naik ke bilik resort Zyra dan Amirah dan meminta Amirah untuk menjaga Qalish buat sementara waktu.

   "Aizat.." panggil Zyra.

Aizat masih lagi tenggelam dalam khayalannya. Dia memandang Zyra tanpa lepas.

Zyra merenungnya pelik.

  "Awak !" panggilnya lagi sekali dengan nada sedikit kuat.

Lamunannya tersentak. Aizat berdehem beberapa kali.

  "Dah siap ?" soalnya.

Zyra mengangguk.

  "Masuklah." Aizat membuka pintu kereta buat Zyra. Perbuatan itu sedikit sebanyak membuatkan hati Zyra berbunga-bunga. Seolah-olah bunga-bungaan yang mekar pada musim bunga di China.

                          ****
Aizat menarik kerusi buat Zyra. Zyra hanya tersenyum nipis.

  "Thanks." ucapnya.

"My pleasure.

Zyra tidak menyangka Aizat akan membawanya menikmati candle light dinner. Sangkanya mereka hanya makan di kedai biasa. Mujur saja dia mengenakan pakaian yang agak tertib dan cantik.

Pandai Aizat memilih tempat untuk makan malam mereka pada malam itu. Betul-betul menghadap pantai. Berlantaikan pasir , berbumbungkan khemah kecil yang berwarna putih , lampu-lampu light fairy berwarna keemasan diletakkan di keliling tiang khemah itu. Terdapat juga beberapa buah dream catcher disangkutkan. Tema candle light dinner itu lebih kepada fairy and chic . Zyra tersenyum suka.

   " Jemputlah makan." ujar Aizat.

Zyra mengangguk. Dia membuka melihat makanan yang sudah pun tersedia dihadapannya.

Steak daging dan spaghetti kegemaran Aizat. Zyra tersenyum.

Selesai membacakan bismillah , mereka berdua menjamu selera. Walaupun agak kekok dengan suasana romantik itu , namun jauh disudut hati Zyra , dia gembira. Setelah sekian lama dia tidak merasakan perasaan yang sangat gembira seperti ini. Ya , dia tahu. Hanya Aizat sahaja yang mampu membuatkan dia berasa seperti ini.

   "Emm.. Apa yang awak nak bagi dekat saya tu ?" soal Zyra sebaik sahaja mereka berdua selesai makan.

Aizat terdiam sejenak sebelum dia mengambil sebuah beg kertas berwarna putih yang diletakkan bersebelahannya di atas meja. Beg kertas itu dihulurnya kepada Zyra.

Perlahan-lahan Zyra menyambut huluran tersebut.

    "Apa ni ?" soal Zyra dengan penuh tanda tanya.

  "Buka lah."

Mata Zyra beralih ke arah beg kertas itu.

  "Pandora?"

Macam pernah dilihatnya beg kertas itu. Tapi bila dan dimana ya ?

Dia memasukkan tangannya ke dalam beg kertas itu.

Kotak cincin ?

Zyra membuka kotak itu dengan berhati-hati.

Sebentuk cincin emas putih dan ada sebentuk berlian kecil bertakhta di atasnya.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now