BAB33

2.3K 71 1
                                    

Sudah masuk hari kedua dia dan Aizat tidak bertegur sapa. Masing-masing membawa haluan masing-masing.

Zyra hanya mendiamkan diri. Aizat pula sering pulang lewat malam. Kadang-kadang apabila Zyra bangun pagi , suaminya sudah pun berangkat ke pejabat. Boleh dikatakan seharian dia tidak bertembung dengan suaminya itu.

Zyra pun kurang pasti sama ada Aizat benar-benar sibuk atau sengaja hendak mengelakkan diri daripadanya.

Zyra mengeluh di birai katil. Memikirkan masalah mereka berdua. Tiba-tiba dia teringat akan sampul surat yang diberikan oleh suaminya semasa tempoh hari.

Dia membuka almari lalu mencapai sampul surat tersebut.

Kelihatan dua tiket penerbangan ke Seoul , Korea.

Dahi Zyra berkerut. Zyra membaca tulisan yang berada di belakang sampul tersebut.

  "So... This is my present for your graduation. And plus , aku ganti balik tiket honeymoon yang papa bagi haritu. Again , congratulations Zyra Hanan."

Satu titik. Dua titik. Dan akhirnya air matanya jatuh berguguran.

  "I miss the old usSaya rindu lawak awak , saya rindu bebelan awak , saya rindu usikan awak. Saya rindu awak. Kenapa cepat sangat semuanya berubah?" rintih Zyra.

Sungguh dia rindukan lelaki itu. Sangat. Sangat.

Zyra tidak tahu apa yang akan terjadi dengan rumah tangganya. 
"Perlu ke aku pertahankan hubungan ni ? Atau... biarkan semuanya berakhir ? Ya Allah... Bantu aku."

                         ****

Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Amirah mengenai keputusan kelulusan permohonan belajar di China , Zyra segera membuka laptop nya.

Dia memasukkan nombor kad pengenalannya. Dia menutup mata sebaik sahaja menekan butang enter.

Zyra menghela nafasnya berat. Dengan lafaz bismillah  dia membuka matanya perlahan-lahan.

CONGRATULATIONS MRS ZYRA HANAN ! YOU'RE ACCEPTED TO DO YOUR FURTHER LEARNING IN MEDICAL AND SCIENCE COURSE AT QING UNIVERSITY OF CHINA !

Matanya terkebil-kebil melihat bait bait perkataan yang tertera di paparan skrin laptopnya.

Dia tidak tahu sama ada dia patut gembira atau tidak. Perasaan dan fikirannya berbelah bahagi.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now