BAB40

2.4K 76 0
                                    

3 tahun kemudian

Zyra menghirup angin segar yang menyapa lembut wajahnya. Mukanya didongakkan sedikit melihat awan yang membiru. Cuaca pada hari ini sangat baik. Dia amat sukakan musim bunga kerana suhunya yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Matanya juga disajikan dengan pemandangan yang menarik dan indah. Menyejukkan mata dan menenangkan hatinya. Dia tersenyum melihat keindahan ciptaan Illahi.

Namun perlahan-lahan senyuman itu pudar. Tangannya yang tadi menggenggam titian jambatan (pepandai lah korang brain , sis pun dah pening nak buat ayat macam mana bagi korang faham 😂) kini dimasukkan kedalam coat labuhnya yang berwarna koko gelap. Dia menghembuskan nafas berat. Berat yang teramat.

Fikirannya tiba-tiba melayang mengingatkan lelaki itu. Ya. Sepanjang dia menyambungkan pelajarannya di China , dia tidak pernah lupa akan lelaki itu. Satu-satunya lelaki yang amat dicintainya, yang amat dirinduinya.

Bohonglah kalau dia tidak pernah menerima sebarang pengakuan dari mana-mana lelaki sepanjang tiga tahun dia belajar di universiti itu. Memang benar , salah satu sebab dia tidak menerima mana-mana lelaki kerana statusnya sebagai isteri orang. Namun itu bukanlah sebab utama.

Bagi aku , ramai je perempuan di luar sana yang sanggup curang dengan pasangan masing-masing. Nak nak lagi kalau long distance relationship. Tapi bukan aku. Aku , Zyra Hannan.

Zyra tidak menerima mana-mana lelaki kerana hatinya hanya ada pada suaminya. Aizat Irsyad. Hanya lelaki itu yang bertakhta di hatinya walaupun rumah tangga mereka seolah-olah menanti belah. Dia akur dan redha dengan ketentuan-Nya.

Zyra berjalan perlahan-lahan sambil matanya meliar memerhati gelagat orang ramai. Sesekali dia membetulkan sedikit selendang yang melilit lehernya.

Tiba-tiba dia terasa seseorang menarik hujung coat labuhnya dari belakang. Dia pantas menoleh.

Kelihatan seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 3 tahun tersenyum ke arahnya. Zyra tersenyum manis ke arah budak itu.

Comelnya ! desis hatinya.

Dengan memakai baju sweat shurt berwarna peach , berseluar jeans hitam dan berkasut boots berwarna pink terang benar-benar mencuit hatinya. Ditambah pula dengan tocang kecilnya.

Zyra melutut dihadapan kanak-kanak itu agar ketinggiannya seiring dengan ketinggian budak itu.

"Hey... What's your name ?" soalnya sambil menggosok lembut kepala budak perempuan itu.

Budak itu hanya menayang sengih. Kelihatan lesung pipit di kedua-dua belah pipi budak perempuan itu.

Zyra tergelak kecil.

"Diandra !" kedengaran suara seorang wanita dari arah belakan Zyra. Zyra mengalihkan pandangannya ke arah punca suara tersebut.

"Diandra... What are you doing here?" soal wanita itu.

Zyra bingkas berdiri lalu tersenyum ke arah wanita itu.

Wanita itu mendukung budak perempuan yang bernama Diandra itu lalu membalas senyum Zyra.

"I'm sorry Miss. Did my daughter disturbing you ?" wanita itu memohon maaf dengan wajah serba salah.

Zyra menggeleng laju .

"Eh ! No no ! She didn't disturbing me at all." balas Zyra dengan senyuman manis bagi meyakinkan wanita dihadapannya itu.

Wanita itu akhirnya tersenyum lega.

"Mama cakap kan , jangan nakal-nakal !" bisik wanita itu kepada anaknya.

Zyra terkejut.

"You orang Malaysia ke?" soal Zyra.

Wanita itu mengangguk laju.

"Ha ah. Eh , you pun orang Malaysia juga eh?" soalnya dengan wajah sedikit teruja.

Zyra mengangguk sambil tersenyum.

"By the way nama I Zyra Hannan. And you ?" Zyra memperkenalkan dirinya.

"Saya Safiyah. Nice to meet you Zyra !" ujar Safiyah gembira.

"Me too ! Eh , you free tak ?" soal Zyra.

"Of course ! Kenapa ?" soal Safiyah semula.

"Good then ! Jomlah kita pergi grab some hot drinks and foods ! It is on me." pelawa Zyra.

"Eh ! Takpe takpe ! Buat susah susah je ! It's okey lah biar I yang belanja." Safiyah menolak pelawaan itu.

"Ish apa lah you ni ! It's okey lah ! Biar I yang belanja. Lagipun I memang berniat nak belanja Diandra something that she like." pujuk Zyra lagi.

"If that so..."

Safiyah akhirnya mengangguk tanda setuju.

Zyra tersenyum gembira.

****
Zyra terhibur melihat celoteh Diandra yang tidak lekang membuat dirinya ketawa.

"Zyra... Can I ask you something?" soal Safiyah sambil menyuapkan sedikit kek coklat ke dalam mulut Diandra.

Zyra mengangguk.

"You datang sini for honeymoon or what ?"

Zyra tersenyum sambil tangannya mengacau air menggunakan straw.

"Honeymoon? Hmm... I wish i was hahahaha but nope ! I sambung belajar haa.." jawab Zyra.

Diandra tergelak sedikit.

"I see... I dah agak dah sebab you nampak muda. Takkanlah datang sini sebab honeymoon kan? Lagipun you masih belajar. Hahhahhaa. " Safiyah tergelak apabila memikirkan semula soalannya tadi.

Hish kau ni Safiyah ! Ikut suka jee cakap orang tu honeymoon !

"Hmm.." Zyra menongkat dagunya.

"But too bad... I dah kahwin actually." sambung Zyra sambil tersenyum nipis.

Mata Safiyah terbuntang luas.

"Oh really ?!" soal Safiyah lagi.

Zyra mengangguk sambil tergelak kecil .

"Why terkejut sangat ?" soal Zyra pelik.

"Of course I am ! You muda lagi. Tapi... Okeylah ramai je yang kahwin muda. So, you dengan suami you sama-sama sambung belajar atau dia kerja dekat sini?" Safiyah menyambung bicara.

"Again, too bad sebab I je yang tinggal dekat sini." balas Zyra dengan rasa kurang senang.

Bukan apa , dia betul-betul malas memikirkan hal itu. Dia rasa terbeban. Terbeban dengan perasaan sayang, rindu , sakit hati, kecewa. Semuanya bercampur baur menjadi satu rasa yang dia sendiri tidak mengerti.

"Ohhh... Kiranya suami you kerja dekat Malaysia and you berpisah sekejap lah ye sebab nak sambung belajar ? Hmm.. Mesti rindu kan ?" Safiyah menayang wajah muram. Cuba untuk mendalami perasaan Zyra.

Zyra menghamburkan senyuman hambar.

"I wish that kitorang berpisah sekejap je. Rindu ? Of course. But I wish I won't miss him anymore. It's killing me." jawab Zyra perlahan namun masih dapat didengari oleh Safiyah yang berada dihadapannya.

Dahi Safiyah berkerut seribu.

"Hah ?" soal Safiyah inginkan penjelasan.

Zyra hanya menggeleng.

"Can we just stop talking about him ? I hate that." pinta Zyra sambil tersenyum kelat.

Perlahan-lahan Safiyah mengangguk.

What's going on ?

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now