BAB54

2.3K 72 1
                                    

Zyra menggosok kedua-dua belah matanya sebaik sahaja dia terjaga daripada tidur. Dilihatnya jam yang tergantung elok di dinding bilik resort tersebut.

9.00 pagi ?!

Terlepas subuh !

Zyra mengeluh.

Zyra mengalihkan semula pandangannya di sebelahnya.
Namun dia sedikit terkejut sebaik sahaja mendapati Aizat sudahpun tiada disisinya.

Kedengaran pintu dikuak perlahan. Terlihatlah kepala Amirah tersembul di hadapan pintu biliknya.

   "Good morning beb ! Lama tido !" ujar Amirah sambil tersengih ke arah Zyra yang masih termangu mangu.

Tangan Zyra naik menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

   "Er... Mira.. Em.." malu pula Zyra hendak bertanyakan soal suaminya pada Amirah.

Nanti kang orang cakap suami sendiri pun tak tahu pergi mana. Hah sudah...

Amirah tersenyum penuh makna.

  "Asal ?"

Zyra menggigit bibirnya.

  "Emm... Takpelah ! Takde apa-apa." bohong Zyra.

Amirah tergelak.

  "Eleh macam aku tak tahu. Kau nak tanya mana Aizat kan ?" usik Amirah lalu duduk di atas kerusi bersebelahan katil Zyra.

Zyra terdiam.

  "Tadi lepas dia belikan kau breakfast,dia terus call aku bawak Qalish ke sini , and then dia balik ke hotel dia balik dengan Qalish. Dia belikan kau ubat juga. Dia pesan suruh aku tengok tengokkan kau." terang Amirah satu persatu.

Zyra terdiam sejenak.

  "Kenapa saya susah nak faham awak Aizat ? Awak ni sayang saya ke tak ?" getus hatinya.

Amirah tersenyum melihat Zyra mengelamun.
 
    "Kau pegi lah mandi , makan apa semua dulu. Kejap lagi kita gi HIG (Haji Ismail Group). Aku nak borong banyak benda ni hehehe." ujar Amirah.

Zyra hanya tersenyum lalu mengangguk.

                          ****
Aireen menarik kaca mata hitam itu lalu dipegangnya. Dia menghirup udara yang segar itu.

Bibirnya mengukirkan senyuman penuh makna.

    "Kau jangan harap kau boleh lari dari aku. Sampai ke lubang cacing aku boleh ikut kau lah."

                          ****
Aizat mendukung Qalish lalu menjatuhkan dia di atas kerusi makan.

Aizat melabuhkan duduknya berhadapan dengan Qalish.

  "Alish nak makan apa ?" soalnya.

Qalish kelihatan sedang berfikir.

  "Hm... Nanak nasi goreng dengan ayam goreng lah ! Air milo ais satu !" pintanya dengan sengihan yang melebar.

Aizat turut tersenyum. Dia memandang ke arah pelayan yang setia berdiri bersebelahan meja makan mereka untuk mengambil pesanan.
 
   "Dik , bagi air milo ais satu , nescafe ais satu , nasi goreng ayam goreng satu dengan nasi goreng pattaya telur mata satu ye ?" pesan Aizat.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now