BAB 68

1.8K 70 24
                                    

Zyra memegang kepalanya yang agak berdenyut. Usai sahaja menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Aizat , Zyra terkulai lemah di birai katil.

   "Kenapa ni sayang ?" soal Aizat , risau.

Dia melabuhkan duduknya bersebelahan Zyra.

Zyra menggeleng perlahan.

   "Entah la. Sakit sangat-sangat kepala ni. Rasa mual nak muntah , tapi tahla perut ni asyik memain je kejap rasa okay kejap tak okay. Tak larat la hm." jawab Zyra.

Keningnya berkerut menahan sakit.

Aizat mulai gelisah.

   "Kita gi klinik la ?"

Zyra tersenyum lemah.

   "Abang lupa ke bini abang ni doktor ?"

   "Memangla tapi doktor pun manusia. Dah dah jom la kita check." ujar Aizat.

Zyra menggeleng lagi.

  "Sayang letih la. Lagipun weekend kan , nak rest kejap je."

Aizat terdiam.
 
Zyra menggapai tangan Aizat lalu dipegang.

   "Jangan risau okey. Kejap lagi kalau still sakit kepala kita gi klinik. Boleh ?" soal Zyra sambil tersenyum nipis.

Aizat akhirnya mengangguk setuju.

   "Dah sekarang ni abang nak sayang rest dulu. Kejap lagi tayah turun breakfast la. Abang bawakan makanan naik atas."

  "Takpe ke ? Nanti mama cakap apa pulak ?"  Zyra sedikit risau dengan tanggapan ibu mertuanya yang semakin tidak suka pada dirinya.

Namun dia juga tidak dapat menyalahkan ibu mertuanya itu. Salah dirinya juga kerana telah mengabaikan anak lelakinya. Entahla , serabut memikirkan hal itu.

   "Taklah , nanti abang gitau mama yang sayang tak sihat. Baring rest dulu okay ? Abang nak turun bawah kejap lepastu keluar gi beli makanan untuk breakfast. Sayang ada nak makan apa apa tak ?"

Soalan Aizat disambut dengan sebuah gelengan daripada Zyra.

   "Takpe , sayang tak selera lah. Abang beli je apapun takpe."

Aizat mengangguk tanda faham.

Sebaik sahaja dia membaringkan Zyra , ditariknya selimut menutupi tubuh kecil itu. Dahi Zyra dikucup lembut. Ubun isterinya itu dielus lembut.

   "Abang pergi kejap ye. Apa apa call je. I love you so much dan takkan pernah berubah. Sayang abang jangan fikir sangat ek about anything pun. Just free your mind. Abang tak suka la sayang tak sihat lemah macam ni. Abang pun hilang semangat dah bila sayang tak ceria macam selalu." ujarnya dengan riak muka risau.

Zyra tergelak kecil.

  "Ishh sayang okeyy jela. Abang tu jangan risau sangat. Nanti dah makan ubat legalah. Dah gi cepat nanti abis pulak breakfast." balas Zyra.

Aizat akhirnya mengangguk perlahan. Dia bingkas bangun dari duduknya.

   "Apa apa call tau ?"

Zyra angguk faham.

   "Assalamualaikum." ucap Aizat.

  "Waalaikumussalam."

   
                                     ****

Usai membeli segala makanan untuk sarapan pagi , Aizat lantas pulang. Hatinya gusar.

Dalam perjalanan , Aizat tidak abis memikirkan soal Zyra. Risau sekiranya Zyra ada memendam apa apa daripadanya. Dia takut untuk hilang Zyra buat kali kedua. Cukuplah sekali dia menahan sakit. Dia tidak mempu untuk hidup tanpa Zyra. Mungkin mampu , tapi tidak lagi ceria. Hanya jasad yang ada. Sebolehnya dia hendak membawa Zyra pindah. Risau pulak kalau mama menyakitkan hati isterinya itu dengan kata kata kasar dan tak sepatutnya.

Sebagai anak lelaki dia tersepit diantara tanggungjawab sebagai seorang anak dan sebagai seorang suami.

Deringan telefon menyedarkan dia daripada lamunan.

Tangannya menggapai telefon namun entah dimana silapnya telefon itu terjatuh ke bawah seat tempat duduknya. Dia berusaha meraba mencari sambil sebelah tangannya memegang stereng kereta.

Akhirnya dia dapat menggapai telefon tersebut.  Nama Zyra terpampang di skrin. Aizat tersenyum.

Baru sahaja dia hendak mengangkat panggilan tersebut tiba tiba keretanya hilang kawalan. Dia cuba untuk menekan brek namun brek tersebut seolah olah tiada fungsi.

Aizat memusingkan sterengnya ke arah kanan namun kereta yang datang dari arah belakang menghentam kereta yang dipandunya.

Aizat membuka matanya sedikit. Kepalanya terasa berpinar. Sakit yang teramat pada kepalanya.

Pada masa itu dia hanya terfikir tentang panggilan dari Zyra.

    "Abang mintak maaf sayang , abang tak sempat jawab call sayang."

Hanya ayat itu yang bermain di fikirannya sampailah pandangannya gelap gelita.

                                  *****
p/s ;

sorry for the hanging story. i is terlupa password Wattpad and only now teringat balik 😭🤲sebabkan terlalu lama tak menulis , otak pun kering dah but I'll try my best to finish up this story ASAPPPP !!!!

STAY TUNED 🤍

   

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now