BAB21

2.5K 107 0
                                    

Zyra yang sedang menontan televisyen itu memegang perutnya.

"Hish ! Lapar lah pulak." fikirnya.

Ting ! Tiba-tiba dia mendapat idea. Dia lantas bangun lalu menuju ke arah dapur . Di bukanya kabinet yang menempatkan makanan kering.

Tangannya pantas mencapai sepaket makanan. Tadaaaa !!!! Of course lah ramen cheese Samyang kegemarannya. Tengah-tengah malam begini  apa lagi yang sedap dimakan dan mudah dimasak kalau bukan mi segera ? Hehehe

Zyra meletakkan bahan terakhir yang wajib menjadi santapannya apabila bersama ramen iaitu cheese ,sosej dan cendawan rebus. Fuh cukup rasa , dan membangkitkan selera.

Dia dengan pantasnya membawa ramen dan jus anggur  menuju ke ruang tamu. Dia meletakkan makanan dan minuman itu di atas meja kopi . Alat kawalan jauh segera dicapainya.

Zyra terjerit kecil melihat koleksi drama korea kegemarannya.

  "Hmm.... Nak tengok yang mana dulu eh.." gumamnya.

Dia telah menyimpan banyak koleksi drama korea kegemarannya namun sebaik sahaja kelas bermula , dia belum sempat menonton walau satu episod pun. Macam mana nak tengok dah kalau assignment bertimbun timbun. Haih.. Susahnya jadi student. Lagi susah daripada jadi bini !

Akhirnya dia memilih drama bertajuk Her Private Life . Lakonan Park Min Young iaitu salah satu pelakon wanita korea kegemarannya.

Sedang asyik dia menyuapkan ramen ke dalam mulut , dia terdengar bunyi derapan kaki sedang turun dari tingkat atas.
Dia menoleh ke arah tangga , ya tepat sekali jangkaannya , Aizat. Dia tidak menghiraukan Aizat yang berdiri memandang tajam ke arahnya. Ramen dan drama lebih menarik perhatiannya. Aizat melangkah ke arah Zyra lalu melabuhkan punggungnya disebelah Zyra.

  "Kau buat apa ni ?" soal Aizat.

  "Tengah makan sambil tengok drama lah ." jawab Zyra dengan malas.

Pandangan Aizat beralih ke arah televisyen .  Dahinya berkerut pelik.

   "Kau ni dah kenapa tengok drama cina ? Dah takde drama Melayu nak tengok ?"

Zyra menjeling.

  "Ish tu bukan drama cina lah ! Tu drama korea !" Zyra mempertahankan drama kegemarannya itu.

Aizat menggeleng. Matanya beralih pula ke arah ramen yang berada di atas meja.

  "Kau makan apa ni hah ? Asal macam cacing doh ? Tu muka kau merah , mata berair dah kenapa ? Sedih sangat ke drama ni ?" tanya Aizat lagi. Tiba-tiba dia berasa ingin tahu.

Zyra mengeluh. Dipandangnya Aizat lalu berkata ,

  "Ini , ramen. Buka cacing ! Ramen ni pedas , sebab tu lah mata saya berair. Bukan sebab drama lah !"

Aik. Pulak dah ? Aizat masih dengan wajah blur nya.

  "Bak sini ramen tu aku nak rasa." pinta Aizat.

Zyra memandang Aizat dengan wajah tidak percaya.

  "Betul ni ? Ish sejak bila lah Aizat Irsyad ni busy body and terlebih sikap ingin tahu ni ?" usik Zyra.

Aizat menjegilkan matanya.

  "Sejak bila kau sibuk nak tau hal aku ni ?" Aizat memulangkan paku serpih.

"Ceh ! Kurang hasam punya Aizat. Aku nak bahan dia , tiber aku pulak yang di bahankannya." fikir Zyra.

Zyra memberikan pinggan berisi ramen itu ke arah Aizat. Aizat menggeleng seraya menyilangkan tangannya ke dada. Dahi Zyra berkerut seribu.

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now