𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 1

34.4K 907 60
                                    

"Ayah. Eima pergi rumah Cik Ani. Nanti zohor Eima balik. Nak apa-apa ayah call je tau?" Pinta Eima seiring dengan pesanan.

Hujung tudung bawalnya disimpul. Nak pergi menolong untuk persediaan majlis di rumah Cik Ani sahaja, buat apa cantik-cantik?

"Ya. Nanti ayah pergi sana jugak." Mendengar balasan si ayah, lekas Eima mencari wajah tua itu.

Keluhan kecil terbit di bibir. Encik Zain yang sedang membelek helaian surat khabar itu dipandang lama.

"Ayah... Tak usah pergilah. Lutut ayah tu masih sakit." Langkah mula diorak ke arah ayahnya yang bersantai di kerusi malas itu.

"Macam mana Eima tahu ayah masih sakit? Tak sakit dah. Ayah okey." Sambil membaca, sempat dia sangkal ujaran si anak.

Eima labuhkan punggung di atas lantai kayu bersebelahan dengan kaki ayahnya. Kepalanya dijatuhkan ke atas peha tua itu.

"Tok Leman yang tak bagi ayah pergi. Bukan Eima." Tangan bergerak memicit kaki Encik Zain.

Lelaki ini jatuh tangga tempoh hari. Ayahnya tidaklah tua mana, tapi disebabkan lelaki ini telah disahkan sebagai pesakit kencing manis, pergerakannya terbatas. Kena pulak duduk dengan Eima. Anak keduanya ini. Sangat protektif.

Helaian surat khabar ditutup. Naskah itu diletakkan di atas meja berdekatan seraya kepala Eima yang dilutupi tudung, diusap penuh kasih.

"Ayah nak pergi tolong sembelih je. Nanti ayah balik." Beralah juga. Ikutkan hati macam-macam mahu ditolongnya. Kebetulan si Ani pula adalah jiran mereka. Rumah sebelah sahaja.

"Betul? Ayah janji?"

"Ya, janji. Alang-alang cari jodoh untuk Eima."

"Ayah..." Eima mula merengek. Aduh ayah pun. Tak habis-habis isu jodoh untuknya.  Eima masih muda. Lagipun, dia tidak mahu berkahwin. Susah. Complicated.

"Ayah suruh Eima cari, Eima tak nak. Ayah carikan lah."

"Ayah. Satu kampung ni dah kenal Eima, tau? Kalau ada orang berkenan, tak perlu ayah tunggu lama macam ni." Senang cerita, memang tiada satu pun jejaka di kampung ini mahu jadikan Eima sebagai seorang isteri.

Yang ada, pakcik lebih kurang umur dengan ayahnya. Itu pun setakat bergurau. Geli lah Eima. Tapi dia layankan sahaja.

"Pelik ayah. Kenapa tak ada orang berkenan dengan Eima ni?" Anaknya ini apa saja yang tidak boleh buat? Semua kerja kampung Eima buat.

Eh lupa, anaknya kan PA tok penghulu kampung ini. Si Leman itulah. Sahabat karibnya juga.

"Entahlah. Eima kasar sangat kut ayah..." Itu kata makcik-makcik bawang di kampungnya.

Eima, kau dah cantik macam ni, cuba perangai macam perempuan sikit.

Eima, kau jalan tak usah berkangkang sangat.

Eima, orang perempuan tak main mesin macam ni.

Eima, makan jamu ni. Matahari skrin tu buat apa pakai? Banyak bahan kimia je tu.

Eima! Eima! Eima!

Rimas Eima dibuatnya. Tapi yang paling Eima geram, manusia itulah yang suka suruh Eima buat macam-macam. Tolong bawa ke pasar, tolong tengokkan kebun, tolong jemur ikan masin. Mujur tak minta basuhkan pakaian 'anak-anak' sahaja. Grrr!

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now