𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 47

8.9K 1K 202
                                    

Angkara terkejut, mujur tidak jatuh rahang Edrees saat mendengar bait bicara Engku Tashmir. Bersama dengan kerutan pandangannya terhenyak pada pinggan yang masih penuh dengan makanan.

"Daddy cakap apa tadi?" Sipi-sipi soalan Engku Maleeka menerpa sistem pendengaran. Jelas wanita itu juga turut berkongsi reaksi yang sama dengannya.

"Risa akan bertunang dengan Altaf."

Jadi benarlah. Engku Maleeka tidak silap dengar.

Bebola mata beralih pada Marisa yang sedang menjamu selera di hadapannya. Fokus tidak terusik.

"Daddy. Altaf dah kahwin," beritahu Engku Maleeka. Mana tahu kut-kut daddy dia belum dikhabarkan dengan berita ini.

Engku Tashmir terkesiap. Pantas dia mencari wajah anak sulungnya itu.

"Macam mana Mal boleh tahu?" duganya pula.

Terlepas tawa Engku Maleeka. Kedengaran teramat sinis.

"Daddy tahu yang dia dah kahwin tapi daddy masih nak jadikan Risa tunang kepada suami orang? Are you... okay?" sayup-sayup kedengaran soalan kedua itu.

Sungguh dia terkejut. Tidak terduga. Tergamaknya daddy.

Sekelip mata tumpuan Engku Marisa beralih ke arah kakaknya. Sudu dan garfu dalam genggaman dilepaskan perlahan. Napkin yang terhampar di riba, diangkat dan dibawa ke bibir. Menyapu lembut di situ.

Engku Tashmir hilang diksi. Agak terkesan dengan soalan yang berbaur perlian daripada anak sulungnya.

"Jawab soalan daddy dulu. How do you know?" soalnya tegas.

Setahu dia, tiada siapa dalam keluarga mereka yang tahu tentang status Altaf sebagai suami orang. Hanya keluarga adik iparnya dan dia sahaja. Waima si isteri pun dia tidak beritahu.

Engku Maleeka melirik si suami yang setia di sebelah. Edrees seakan mengelamun.

"Altaf adik ipar Edrees. Dia kahwin dengan Eima!" suaranya jelas.

Spontan tiga pasang mata itu terhenyak pada seraut wajah Edrees yang turut terkejut dengan pengakuan si isteri.

"Mal..." Edrees sentuh lengan si isteri.

"Really?" Marisa akhirnya keluarkan suara. Kepala dikalih ke arah Engku Tashmir.

"Betul ke, daddy?You want to marry me off to someone's husband?" Sebelah keningnya yang terukir cantik terangkat sendiri.

Engku Maleeka hembus nafas lega. Mendengar nada jengkel si adik, dia sudah dapat rasa yang Marisa turut tidak bersetuju dengan cadangan yang sungguh mengarut ini.

Engku Tashmir mendecit kecil. "Dadd—"

"Get rid of her."

"Engku Marisa!" jerit Maleeka lantang. Terperangah dengan sebaris ayat itu.

"I said, get rid of her." Marisa noktahkan ayat di situ. Tenang dia membalas renungan Maleeka yang sedang mencerun ke arahnya.

Berkerut Edrees memandang Marisa. Sukar untuk tafsir apa yang bermain di fikiran wanita itu. Engku Marisa sukar untuk difahami.

"I don't like sharing what's mine. So, daddy sebelum function minggu depan I hope you can settle everything."

Engku Marisa bangun. Saat kaki panjangnya ingin melangkah keluar daripada ruang makan, suara Engku Maleeka buat niatnya terbantut.

"Kalau ini niat Risa balik Malaysia, akak rasa baik Risa stay London. Stay, and don't you ever think to comeback!" bidas Engku Maleeka.

"Duduk Mal." Edrees sudah masuk campur. Mendengar nada keras isteri, itu petanda buruk.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now