𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 67

10.3K 1K 248
                                    

Altaf hanya mampu gelengkan kepala. Bakul yang dibimbitnya ini sudah penuh dengan barang bayi. Baju, botol susu, kasut, stoking, keperluan mandian dan macam-macam lagilah. Penat kalau nak senaraikan satu-satu. Begitu banyak.

Melihat tubuh gempal Eima yang tersarung abaya putih itu masih mampu berlari anak sambil membawa perut yang besar, Altaf tidak dapat menutup kebimbangannya.

"Jangan berlari, sayang. Risau abang tengok awak laju-laju bawa perut tu," nasihatnya lembut sembari jemarinya disulamkan dengan Eima.

Eima berhenti lalu menatap seraut kacak milik Altaf. Dia hanya sengih apabila melihat wajah kepasrahan milik si suami. Eima buas sangat ke?

"Jangan tunjuk muka comel macam itu. Kita dekat luar ni, sayang..." Kecil sahaja Altaf mengatur langkah ke arah ruangan baju bayi itu. Mahu menyamai langkah comel si isteri.

Eima tertawa sebelum nakal dia melentokkan kepala ke biceps Altaf. Eima tahu dia berada di tempat awam tetapi pusat beli belah ini begitu sunyi pada waktu sebegini. Hari bekerja dan juga masih awal pagi. Altaf pun cuti sebab Eima. Hehe. Tetapi akhir-akhir ini Altaf memang bekerja dari rumah. Sebab itulah Athmar sering kali singgah di rumahnya.

Altaf tolak bahu Eima supaya duduk di tengah-tengah ruangan yang sudah menyediakan tempat duduk untuk ibu mengandung itu.

"Macam mana Eima nak cari baju adik kalau belum apa-apa abang dah paksa Eima duduk ni?" sungut Eima dalam cebikan. Sudahlah sejak mengandung ini Eima pantang sahaja duduk selesa sebegini. Pasti susah dan ambil masa yang lama untuk bangun. Itu belum berbaring lagi. Berganda-ganda kepayahannya.

Altaf senyum segaris. "Sayang tunjuk je yang mana. Abang ambilkan, ya?"

"No! Tak boleh!" Dengan tegas Eima gelengkan kepala. Jari telunjuknya juga bergerak ke kiri dan kanan.

"Eima nak kena rasa kain lagi. Nak belek betul-betul. Ini adik yang nak pakai tau abang. New born pun kena cari saiz yang elok. Adik gemuk!" Eima tepuk perutnya berkali-kali. Anak ibu... makan apalah yang gemuk sangat ni?

Kadang-kadang, Altaf kasihankan juga anak mereka. Selalu difitnah oleh sang ibu. Ini belum apa-apa, dah shaming anak sendiri. Walhal, dia yang mengidam macam-macam. Altaf pun sama. Bilalah agaknya dia akan reti bercakap tidak dengan isteri kesayangannya ini?

"Abang. Tolong Eima. Eima nak bangun ni," pintanya sambil menghulurkan tangan sendiri.

Altaf hela keluhan halus sebelum dia bantu wanita itu untuk berdiri. Sementelah itu, dia melihat ke kiri dan kanan sebelum lengan Eima dibawa ke bibir dan ngap!

"Abang!" Eima mencerun ke arah sang suami. Berani-beraninya Altaf menggigit dia di tempat terbuka sebegini!

"Abang geram." Banyak celoteh. Suka membebel. Comel. Cantik. Tembam. Macam-macam.

Dengan wajah yang masam mencuka, dia hulurkan lengannya sebelah lagi. Melihat kening Altaf yang terangkat itu, Eima sengih sehingga menunjukkan susunan giginya yang cantik.

"Yang ni jugak." Mengada!

Altaf usap lengan Eima lalu membawa wanita itu ke arah susunan baju yang tergantung. Dia hanya diam dan memerhati wajah khusyuk Eima yang sedang membelek baju itu.

"Abang. Eima rasakan adik nanti muka macam abang," ujarnya sambil menggeletis suka. Tak sabar mahu lihat Altaf versi perempuan.

"Tapi abang rasa nanti dia macam Eima." Muka dan juga perangai. Sebijik. Dua Eima? Comelnya!

Eima ketawa. "Tapi Eima rasa dia macam abang. Hidung mancung terletak, dan ada lesung pipit macam abang." Altaf tak perlu senyum, kadang-kadang sewaktu dia berbicara pun boleh nampak lekuk yang begitu dalam itu. Seksi. Eima rasa macam nak kunyah sahaja.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now