Pening. Eima pegang kedua belah sisi kepalanya. Rambut diramas kasar. Mengeluh panjang, bahunya juga turut jatuh mengendur. Tangan kembali jatuh ke sisi.
"Penatnya jadi perempuan..." Sungutnya pula. Nak buat pilihan pun susah.
Iris bundarnya bergerak ke arah dua pasang persalinan yang terhampar di atas katil. Sepasang baju kurung kedah bercorak bunga kecil serta dress labuci yang labuh panjang dan agak mewah dipandang bersilih ganti.
Altaf ajak Eima temankan dia ke majlis malam ini. Majlis kelab sukan polonya. Sudah menjadi tradisi buat mereka sehari sebelum persahabatan, pasti ada majlis makan-makan.
"Susahnya macam ni."
"Apa yang susah?"
Eima menoleh. Tubuh tegap milik Altaf yang hanya bertuala separas pinggang hingga ke lutut itu ditatap penuh minat. Ya Allah, hilang pening Eima.
Anak matanya masih liar menjamah tubuh tegap Altaf yang bersisa titisan air itu. Seksinya makhluk tuhan satu ini. Dengan rambut yang masih basah. Tergugat iman Eima. Humph!
Sampai di hadapan tubuh genit itu, Altaf merendahkan kepala. Anak mata hitamnya berlaga dengan Eima. Dahi berlapis melihat si isteri yang tidak berkedip langsung itu. Staring contest ke ini?
"Mengelamun pulak." Komen Altaf seraya jari telunjuknya mencuit pucuk hidung Eima. Mengelamun pun comel isteri Altaf ni.
Eima sengih janggal. "Awak cakap apa tadi?"
Eima tak kantoi usyar badan suami sendiri kan?
"Eima cakap susah tadi. Apa yang susah?" Altaf ulang soalannya buat kali kedua.
"Oh. Tu ha." Eima tunding ke arah tilam katil.
"Saya tengah pening. Tak tahu nak pakai baju mana." Beritahunya sekaligus kembali mencari anak mata gelap yang menawan itu.
"Awak rasa yang mana lagi cantik?"
"Eima." Senyuman tipis terlakar di bibir merah jambunya.
Melihat alis tidak berapa lebat itu terjungkit keliru, senyumannya tadi berubah sesuatu.
"Eima lagi cantik."
Giliran Eima pula tersipu. Dikemam kuat bibirnya seraya tapak tangan kecilnya menampar manja pada dada bidang Altaf.
"Ish awak ni. Orang tanya baju lah..." Tubuhnya menggedik bergerak ke kiri dan kanan. Suami Eima ni, main puji-puji pulak. Malu lah Eima jejaka tampan puji.
"Betullah. Baju biasa je, tuan empunya baju tu cantik. Jadi kalau boleh Eima pilihlah yang selesa. Eima pakai mana-mana pun cantik." Perlahan dan kedengaran lembut sahaja suara husky itu menerjah halwa pendengaran Eima. Puncak kepalanya juga terasa dibelai oleh tapak tangan besar si suami.
Mendengarkan itu, ekor mata Eima mengerling ke arah katil.
"Pernah dibuat orang tak pakai baju kurung kedah dalam majlis itu?" Soal Eima teragak-agak.
Altaf berfikir sekejap. "Tak perasanlah sayang. Sorry." Jujurnya pula. Bukan niat Altaf makin menambahkan keraguan si isteri, cuma dia tidak berapa ingat.
"Tak pelik kan?"
Altaf geleng laju. "Tak pun."
Refleks bibirnya turut terukir senyuman panjang.
"Nah baju awak. Sekali dengan seluar. Saya dah ambilkan." Lipatan seluar serta baju Altaf yang sudah siap digosokkan itu dihulurkan buat si suami.
Altaf tidak menyambut malah selamba dia angkat lipatan seluar slack hitamnya. Senyum kecil Altaf melihat boxer biru yang terselit di tengah-tengah. Anak mata naik melihat iris bundar itu.
YOU ARE READING
ALTAF'S SAVIOUR
RomanceNur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. Entah apalah dia ni reti pun tak tahu 🤷🏻♀️