𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 8

9.2K 795 202
                                    

"Allahu budak bertuah ni. Kan Pak Leman dah pesan, jangan datang. Eima nak Pak Leman bergaduh dengan ayah Eima ke?!" Tangan mencengkik pinggang, kening bertaut garang serta mata tajam menikam Eima.

Eima senyum senget. "Tak boleh lah macam tu, Pak Leman. Eima rindu. Dah lama Eima tak jenguk kawan Eima ni..." Guni yang berisi rumput gajah diletakkan ke lantai kayu itu.

Belakang tapak tangan menyeka peluh merinik di dahi. "Lagipun ayah tak marah punya. Pak Leman nak risaukan apa? Kaki Eima?"

Tanpa memberi ruang kepada Pak Leman bersuara, Eima menyambung lagi.

"Ni ha! Tengok kaki Eima ni. Cik Ani kut yang urut. Dah 2 hari elok je Eima berlari. Tak apa! Jangan risau ya, Pak Leman..." Eima angkat kakinya yang terseliuh tempoh hari. Digerakkan secara bulatan kakinya menunjukkan bahawa memang dia bercakap benar.

Menipu kan berdosa...

Pak Leman mengeluh kecil. Matanya kian redup. Mula pasrah dengan degil Eima.

"Siang tadi baru Pak Leman nampak Eima kesana ke mari dekat rumah Ani tu. Petang Eima ke sini pulak. Gaji Pak Leman bagi tak seberapa pun sampai Eima nak tolong Pak Leman macam ni?" Serba salah pula Pak Leman jadinya. Dia tidak mahu dianggap sebagai orang yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan Eima ini. Mahu bagi gaji yang banyak, pendapatannya pun tak seberapa.

"Kan Eima dah pesan? Eima tak nak duit. Gaji Pak Leman kena bayar temankan ayah pergi masjid dan mengopi hari-hari je. Itu dah mahal sangat untuk Eima..." Sambil mengunggah rumput ke dalam bekas makanan yang disediakan untuk kambing Pak Leman, Eima mengujar.

Eima tolong kerana dia kasihankan Pak Leman. Nasib Pak Leman tidak kurang bandingnya dengan ayah. Anak ramai pun akhirnya ditinggalkan sendirian. Ayah bernasib baik kerana masih punya Eima.

"Pak Leman janganlah rasa serba salah pulak. Eima buat sebab Eima suka. Eima tak rasa terpaksa pun. Eima datang sekadar nak luangkan masa. Pak Leman pun tahu, mana ada orang muda nak berkawan dengan Eima?"

Eima tak nak bercakap lebih, tapi Eima nak cakap juga. Budak kampung dia kebanyakannya bodoh dan sombong. Cerdik akal tapi cetek adab. Pusing Eima dibuatnya. Kerja nak mengata sahaja.

"Yalah. Pak Leman mengaku kalah. Jangan sedih-sedih dengan Pak Leman. Eima satu-satunya penghibur hati Pak Leman. Kalau Eima sedih, berganda-ganda Pak Leman sedih." Jujurnya tanpa dalih lagi. Sejak dia rapat dengan Eima, hidupnya mula berubah. Eima sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri. Sanggup melayan dia yang tua ini. Sedangkan mereka tiada pertalian darah langsung.

"Eima boraklah dengan kawan-kawan Eima tu. Pak Leman nak sambung sign borang sekejap. Apa-apa panggil je Pak Leman." Arah Pak Leman sambil kaki melangkah turun dari kandang kambingnya itu.

"Eh Eima. Pak Leman lupa nak tanya. Dah ada nama tak untuk kambing baru Pak Leman tu?"

Mendengar soalan Pak Leman, Eima lekas tersenyum.

"Dah! Eima dah jumpa. Dan nama tu memang dah confirm!" Sahut Eima gembira.

"Eima sebut memang dia menyahut ke?" Soal Pak Leman lagi.

"Ya Pak Leman. Nak dengar tak Eima panggil?" Pertanyaan Eima dijawab dengan anggukan. Seronok melihat wajah cantik itu senyum lebar. Perkara sekecil ini pun boleh buat Eima gembira.

Eima berdehem beberapa kali. Tanda gemuruh dan bersedia.

"Atap!" Laung Eima kuat. Suasana dalam kandang itu makin menyepi.

Tidak lama selepas itu...

"Embekkk."

Mata Eima dan Pak Leman membulat besar. Wah, memang jawablah.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now