𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 48

8.8K 1K 158
                                    

Keluar dari bilik mandi, Altaf terus ke ruang persalinan. Hampir berpuluh minit juga dia habiskan masa menguruskan diri dalam itu. Akhirnya dia hanya keluar dengan jogger pants kelabu tanpa sebarang kain yang menutupi bahagian atas tubuh kekarnya.

Segaris senyuman menguntum di bibir melihat Eima yang sudah terbongkang di atas katil. Seluruh katil king itu dikuasai oleh tubuhnya sahaja.

Comel sungguh Eima. Macam manalah hati lelaki Altaf tak tercuit, kan?

Usai membetulkan kedudukan tidur si isteri, Altaf turut berbaring secara mengiring di sebelah wanitanya. Sebelah lengan menongkat kepala seraya seluruh wajah Eima yang polos ketiduran itu menjadi santapan mata.

Ralit merenung, agak terkejut bila jemari Eima bergerak ke sekeliling lengannya lalu merangkul di situ. Wajah wanita itu juga sudah disembamkan ke dada bidang Altaf.

"Abang mandi ke?" sayup-sayup suara serak Eima berbunyi.

Wangi sungguh Altaf. Bau vanilla. Manisnya...

"Hurm," gumam Altaf perlahan.

Wajah ditundukkan sehingga pucuk hidung mancungnya menyelit ke celah helaian rambut Eima.

"Abang dah keringkan rambut?" soalnya lagi. Prihatin. Sambil itu, sempat jemari halusnya berlari dan melurut rambut tebal Altaf. Halus dan lembut sungguh. Cemburu pula Eima.

"Dah sayang..."

Eima senyum. Bagus suami Eima.

Berada sedekat ini dengan Eima, segala keserabutannya lesap serta-merta. Sentuhan kecil Eima amat menenangkan.

"Abang yang angkat Eima?"

Kali terakhir Eima ingat sebelum lelapkan mata tadi, dia masih bersantai-santai di atas sofa.

"Taklah. Kenapa?"

Mendengarkan itu, laju Eima naikkan wajah. Bertentang mata dengan iris hitam pekat yang memandangnya.

Gulp. Eima telan saliva payah. Dengan bertemankan cahaya lampu nightstand, Eima pandang si suami.

Dari rambut yang menjuntai di dahi jatuh ke kening lebatnya yang terukir cantik. Turun pula melihat bulu mata panjang dan lentik yang jatuh lembut setiap kali lelaki itu membalas renunganya serta bibir merah jambu yang dapat buat jiwa wanitanya meracau.

Argh! Kenapa Altaf terlebih kacak pula tengah-tengah malam ini? Atau Eima yang terlebih miang?

Sudahlah Altaf half-naked malam ini. Jarang-jarang sekali.

Laju tapak tangan halusnya melekap di pipi. Menepuk beberapa kali di situ. Menyedarkan diri sendiri yang sungguh merenyam. Gatal betul.

Pantas Altaf alih tangan Eima. Suka sungguh sakitkan diri sendiri. Kalau perlahan Altaf masih boleh berkompromi. Tapi bunyi tapak tangan kecil itu bertemu dengan pipi tembam Eima, boleh tahan juga.

"Tipu. Abang yang angkat Eima, kan? Eima tertidur atas sofa tadi," bahas Eima pula. Berkerut -kerut dahinya.

Altaf geleng kepala sekali. Masih mahu berdalih.

Bibir Eima memuncung. Panjang. Tidak puas hati dengan jawapan yang dia dapat daripada encik suami.

"Abang... Eima tahulah Eima ini tidur buas tapi seteruk-teruk Eima, tak pernah lagi sleepwalking."

Altaf nak bergurau pun, agak-agaklah. Seram sejuk Eima. Lagian bila memikirkan dia sendiri yang berjalan dan mendaki tangga itu.

Mendengar nada yang agak ketakutan sang isteri, Altaf lepaskan tawa halusnya.

ALTAF'S SAVIOURDonde viven las historias. Descúbrelo ahora