𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 26

10.7K 768 102
                                    

Eima bangkit dari lena. Tubuhnya dibangunkan daripada baringan sembari bebola mata dililaukan ke segenap ruang bilik yang asing tapi cukup mewah ini.

Saat anak matanya berhenti pada satu sudut bilik, dahinya berkerut halus. Terdapat bagasi miliknya dan Altaf serta selendang yang disangkut kemas disitu.

Tersentak, Eima sentuh kepalanya yang tidak beralas selendang. Tarik nafas panjang, bau haruman maskulin seseorang yang sebati dengan rongga hidungnya menerjah. Bau  Altaf!

Eh, Eima dah sampai rumah Altaf ke?

"Alamak. Macam mana boleh tak sedar ni?" Eima tolak duvet yang membaluti tubuh lalu kakinya dibawa turun menyentuh lantai.

Dengan kalut, Eima menuju ke arah pintu keluar. Terbuka kecil mulut Eima melihat keadaan ruang tamu yang agak besar dan cantik itu. Mata bergerak melilau ke arah ruang yang bertemakan klasik. Seluruh ruang rumah didominasi dengan warna putih, hitam dan kelabu.

Kemas, cantik, nyaman dan juga teratur. Seluruh rekaan dalaman rumah ini memang mengingatkannya kepada Altaf.

Mendengar bunyi air yang datang dari satu pintu, kakinya menuju ke situ. Senyum kecil Eima melihat belakang tubuh tegap seseorang. Kakinya diatur mendekat.

"Cantiknya rumah awak Altaf."

Altaf menunduk sedikit melihat kawasan pinggangnya yang telah dililit oleh lengan halus. Belakang tubuhnya juga terasa lekuk wajah si isteri. Sebelah tapak tangannya menindih kekura Eima.

"Good morning." Suara Altaf lembut seiring dengan perlian halus. Senyumannya tipis dan penuh makna. Kekura Eima diusap.

Mendengarkan sapaan ramah si suami, wajahnya cemberut. Eima makin mengemaskan pelukan sembari tangan Altaf ditekup oleh kedua tapak tangannya.

"Ya, good morning jugak." Tidak mahu kalah, Eima balas gurauan lelaki itu. Eima tahu sekarang sudah menginjak waktu asar. Dia sendiri sempat kerling jam dinding di ruang tamu Altaf tadi.

"Maaf awak. Saya terlelap. Sepatutnya awak kejutkan saya." Suaranya sedikit kesal.

Macam manalah Eima boleh tidak sedar agaknya? Pasti lenguh lelaki itu mengangkut segala barang mereka sendiri.

Altaf hanya senyum sebagai balasan kepada arahan Eima. Nak kejut macam mana kalau Altaf tidak sampai hati? Zaril duk pot pet pot pet membebel kepada Eima pun wanita itu tidak terusik.

Altaf balikkan tubuh. Seraut cantik yang agak sembap itu ditatap semahunya.

"Eima lapar tak? Aku nak masak. 20 minutes lagi. Boleh?"

Eima mengintai dapur penuh dengan bahan memasak itu. Wajah tampan Altaf kembali dicari. Altaf masak? Altaf reti masak ke? Eima tak tahu pun.

"Awak pandai memasak ke Altaf?" Soalnya teruja.

Altaf angguk sekali. "Yang mudah boleh lah buat. Kalau lauk macam Eima tu, tak reti sangat." Jawabnya jujur.

Setakat masakan western itu, Altaf boleh lah buat. Lauk pun hanya sup biasa.

Kontra dengan Eima yang memang power memasak. Cekap juga. Sudah berkali-kali dia melihat Eima bertempur di dapur. Sudahlah sekali masak, pelbagai jenis lauk pauk. Memang hebat.

Eima mengemaskan pelukan pada tubuh Altaf. Belakang sosok tegap itu ditepuk berkali-kali.

"Hebatnya suami saya..." Meleret-leret Eima bersuara. Dibuatnya Altaf seperti anak kecil. Nakal.

Hidung si isteri dikepitnya dan digerakkan beberapa kali. Geram sungguh Altaf dengan Eima ini.

"Awak masak apa? Saya nak tolong." Eima bergerak ke dapur sambil menyingsingkan lengan baju blouse, tetapi pergelangan tangannya dipegang kemas oleh Altaf.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now